Monday, 23 April 2018

Alfalfa Shaklee



Assalamualaikum wbt semua pembaca blog Nad. Moga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa di dalam jagaanNya.

Entri kali ni Nad nak cerita pasal Alfalfa Complex Shaklee. Sebelum tu, ada ke yang tak tau atau tak pernah dengar pasal Alfalfa ni? Jujur, Nad bila join TWB( The Walking Beauty) baru tau kewujudan tumbuhan bernama alfalfa😂

Ada jugak bila cerita pasal alfalfa dekat kawan, dia cakap " Ooo, alfalfa yang bagi arnab makan tu". Korang pulak macam mana? Kenal alfalfa sampai tahap buat ulam ke? Bagus lah gitu. Sebab alfalfa ni memang banyak khasiatnya. Tapi, dia tetap tumbuhan herba yang ada toksin tau😅.  Tak digalakkan sangat untuk makan mentah.

Inilah rupa pucuk alfalfa.


Alfalfa digelar Raja Tumbuhan disebabkan akar tunjangnya memanjang ke dalam tanah sehingga 6 meter, membolehkan alfalfa ni menyerap segala vitamin dan mineral. Mengikut kajian, terdapat 300 jenis nutrien dan mineral yang terkandung dalam alfalfa. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin A, K dan klorofil.

Banyak dah produk alfalfa ni dekat luar sana. Ada yang dalam bentuk tablet, pil takpun cecair. So, apa yang special sangat Alfalfa Complex Shaklee?

Haa, Nad bila tau pasal Alfalfa Shaklee ni, memang rasa beruntung n excited nak share dengan orang. Sebab kagum sangat. Alfalfa Complex merupakan signature product Dr. Forrest C. Shaklee. Maksudnya memang formulanya dirumus sendiri oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an. Sekarang dah 2018. Wowww, dah lama kan produk ni? Produk yang hebat ja boleh bertahan lama kan?🤗

Yang lebih menariknya, Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada pucuk alfalfa ye. Bukannya ambik skali dengan batang ke, akar ke, takpun daun yang dah tua. No no no okey. Hanya pucuknya yang berusia 2tahun. Kenapa mesti 2 tahun? Sebab waktu ni pucuk tu mempunyai kandungan klorofil yang maksimum.

Haaa, tak bulat lagi ke mata korang bila tau pasal ni? Sangat details proses nak hasilkan Alfalfa Shaklee ni. Tu belum campur dengan bab ladang alfalfa yang langsung tak guna sebarang racun, pastu dah petik pucuk tu, sebelum proses, beratus ujian depa test untuk pastikan tiada toksin, racun serangga, bahan kimia merbahaya dan segala yang bahaya lah. Dah ladang pun tak guna racun, tapi still test jugak? Yes! Sebab racun boleh tersebar melalui udara jugak kan.



Ok, now, meh la kita tengok khasiat atau kegunaan Alfalfa Shaklee ye.

1. Sebagai agen detoks
Badan kita ni memang banyak toksin tau. Sebab kita makan macam-macam. Lepas tu kurang bersenam. Even kita vegetarian pun, buah-buahan dan sayuran sekarang dah banyak GMO. Guna baja dan racun serangga. Jadinya, kita memang perlu detoks untuk mencuci toksin dalam darah tu, dan Alfalfa Shaklee memang bagus untuk detoks😊

2. Milk booster
Orang dulu-dulu memang dah tau alfalfa membantu banyakkan susu badan. 

3. Mengurangkan gejala resdung dan jerawat.
Insha Allah, sangat sesuai untuk orang yang ada resdung, ataupun alahan dengan seafood atau habuk.

Jom tengok simptom resdung:

- nafas berbau
- kerap selesema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur

4. Mengatasi masalah bau badan, kaki & mulut

Badan berbau disebabkan toksin yang banyak terkumpul dalam badan. Buang toksin, hilanglah bau insha Allah.

5. Untuk kesihatan tulang dan sendi.
Sepuluh biji alfalfa bersamaan segelas susu tinggi kalsium tau. 

6. Mengatasi masalah keputihan
Alfalfa membantu dalam mengurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

7. Jamu moden sebab fungsinya macam kacip fatimah untuk wanita dan tongkat ali untuk lelaki.

8. Mengurangkan uric acid ( Gout)
Alfalfa membantu meneutralkan asid.

9. Mengatasi masalah penghadaman dan sembelit

10. Mengurangkan paras gula dalam darah

11. Mengawal paras kolestrol.


Now, jom kita tengok siapa yang tak boleh ambik Alfalfa.

1.    Pesakit autoimun contohnya SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.
-Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk

2.    Ibu mengandung
- Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)

3.    Penyakit hormone-sensitive eg kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid
- Phytoestrogen dalam alfalfa yang boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini

4.    Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin
-  Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.

5.    Penerima organ transplant
-  Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).

6.   Orang yang mengambil ubat cair darah warfarin.
- Alfalfa ni ada kandungan vitamin K yang sangat tinggi. Vitamin K berfungsi memekatkan darah. Jadi, bila ambik alfalfa, warfarin tak dapat berfungsi dengan betul la.

7.    Ibu yang menyusui bayi G6PD deficiency
- G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.

8.   Individu yang mengambil pil perancang
- Alfafa mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti hormon estrogen. Pengambilan alfalfa dapat mengurangkan kesan pil perancang tersebut.

Alhamdulillah, rasanya Nad dah cover apa yang korang kena tau pasal Alfalfa ni. Harapnya dapat bagi manfaat untuk kita semua😊, insha Allah.

Kalau ada yang berminat nak try Alfalfa, boleh contact Nad untuk order dan konsultasi percuma ye.

Sihat dan ceria bersama Shaklee🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026






Wednesday, 18 April 2018

Modal Minima Buka Spa


Assalamualaikum w.bt. buat semua pembaca blog Nad. Semoga Allah memudahkan setiap kesulitan kita dan memberikan kita ketenangan dalam hidup😊🌻🌷

Untuk entry kali ni, Nad nak cerita pasal bukak Spa tapi dengan modal yang rendah😱 Boleh percaya ka cerita ni? 😂 Yelah, semua orang bila sebut Spa, mesti dah imagine Spa dekat hotel2, shopping mall, sewa  takpun beli premis perniagaan untuk buka Spa. Kan ke guna modal banyak?🤔

Tapi, dengan keadaan ekonomi sekarang, kita memang terpaksa mencari solusi lain untuk jana pendapatan. Orang yang pandai memang akan cari bisnes yang risikonya rendah, tapi pulangan lumayan. Seboleh mungkin, cari yang modal paling minima.

So...jeng jeng jeng...

Nad nak ajak hangpa bisnes Spa Tanpa Kedai. Haa, bisnes ni memang guna modal paling minima tau. Tup tup, dah ada Spa sendiri dah😉 Tak payah nak labur puluh2 ribu pun untuk buka spa sendiri.

Apa maksud Spa tanpa kedai?

First skali, Nad cerita asal usul sikit ye. Projek spa tanpa kedai yang Nad recommend ni adalah di bawah The Walking Beauty, bertujuan membantu para wanita yang ingin menambah pendapatan secara full time ataupun part time. Sebuah peojek yang sangat santai, seronok dan mudah.



So, berbalik kepada Spa tanpa Kedai, ia adalah suatu bisnes dimana kita jana pendapatan melalui 'Mobile Spa', ataupun bahasa melayunya adalah Spa Bergerak. Kita yang datang kepada clients untuk bagi servis spa. Macam gambar dekat atas skali, gambar beg spa tu. Uolls just beli bag untuk letak semua perkakas spa dan angkut ke mana saja ikut client uolls lah. Kalau nak modal lagi minima, guna ja bag mana yang ada asalkan sesuai untuk gerak ke sana ke sini.

Yang bestnya bila kita buat 'Mobile Spa' ni, kita dah sangat memudahkan wanita-wanita di luar sana untuk kelihatan cantik. Cantik secara asli tau. Lagi banyak pahala kita bila client kita tu nak 'facial' supaya nampak cantik depan suami. Kan dapat saham akhirat untuk kita jugak☺️ Dapat pahala jugak bila kita tolong orang hilangkan stress, bagi orang happy kan?


Nilah contohnya kita ber ' mobile spa'.

Sebenarnya, bila belajar Kursus Spa TWB, uolls jugak boleh buat 'home spa'. Hanya modal yang minima jugak diperlukan, sebab buat dekat mana2 ruang dalam rumah sendiri je kan😉 


Haaa, tengok gambar ni. Simple and nice kan? Ni ruang spa seorang leader dari Team TWB. Menarik kan? Tak guna modal banyak pun nak set up ruang macam ni☺️.

Now, nak proceed kepada berita baik untuk uolls🤗

Beritanya: Agen Spa Diperlukan! Jom join team TWB untuk jana pendapatan hanya dari rumah. Dan...kita akan bocorkan rahsia untuk buat duit sampai 5 angka. Plus, kita bocorkan jugak cara nak dapatkan income 5 penjuru. Dan semua ni hanya dengan TWB ok!😉🤑😎 Boleh klik Kursus Spa TWB 2018 untuk details info.

Uolls berminat? Contact Nad sekarang! Makin lama tangguh, uolls makin rugi weyhhh😰

Puan Nadhirah
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Hp: 0132465026
Fb: Nadhirah Halim



Friday, 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa


Assalamualaikum w.b.t untuk semua pembaca blog hakak Nad🤗🤗🤗 Entry kali ni guna panggilan kak Nad la pulak ye. Biar sedar sikit diri ni dah berumur. Haha. Sebelum ni sokmo perasan muda ja😅 Dah anak 3 pun rasa muda jelita gitu. Penangan TWB lah ni😂

Sebelum tu, Alhamdulillah, kak Nad sangat bersyukur Allah masih lagi berikan kesempatan untuk mencoret entry kali ni. Di saat suami dan anak-anak berkampung di hospital kerana demam, dan akak menghabiskan tempoh pantang dengan baby di rumah.

 Moga dengan entry ni adanya insan yang kak Nad dapat tolong, memberi jalan untuk menambah pendapatan di saat kita semua makin hari makin terdesak. Sorry uolls, tersyahdu pulak permulaan cerita nih😅

Okeh, now kita tinggalkan sekejap gundah gulana tu, fokus kepada buat duit dengan mobile spa🤗. Dah masuk mood excited nih. Uolls tak rasa gitu ke?

Kenapa excited? Spa weyh..Spa! Tempat yang orang perempuan selalu dok pi manjakan diri😍. Nak bagi cantik kulit, muka, nak relax, orang belai2 badan kita. Haa, gitu gambarannya.

Perempuan ni, kalau yang tak suka mekap pun, dia tetap nak kulit dia cantik jugak. Yang bertudung labuh, pakai niqab pun still nak jaga kulit muka, badan jugak. Yang tak pernah jejak Spa pun, dalam hati memang teringin sangat nak merasa servis spa ni tau🤗.

Nampak tak kat sini, bila kita mula transform kepada 'Mobile Spa', insha Allah lagi senang buat duit. Sebab golongan sasaran lebih luas; yang tak suka or tak pakai mekap, kakak-kakak surirumah yang ada anak kecik, wanita bekerja yang dah tak sempat nak pergi ke spa. Kita bagi servis spa terus sampai ke rumah depa.

So, sapa yang boleh buat 'Mobile Spa' aka spa bergerak ni? Boleh ke orang yang takdak ilmu langsung pasal spa ni, tup tup buat servis spa kat orang? Umur berapa yang boleh buat servis spa ni?

Jawapannya, semua yang bergelar perempuan insha Allah boleh buat duit dengan 'Mobile Spa'!😊 Start from 'zero to hero'. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun dah boleh run mobile spa tau!😎 Sebab ilmu spa ni senang  dan seronok nak apply. Tak payah nak perah otak macam ambik SPM tu😂

Ooo, cakap pasal SPM, sekarang adik-adik mesti dok fikir apa nak buat lepas SPM kan? Ada yang dah mula cari duit poket sendiri sementara nak sambung belajar kan? Kerja part time dekat Giant ka, kedai baju ka, kedai makan ka..Yang nak ambik lesen memandu pun ada, yang nak goyang kaki pun ada?😅

Tapi..dok rumah goyang kaki pun mesti nak kena ada duit belanja jugak kan? Nak keluar dengan kawan-kawan, makan² dekat KFC tu nak kena bayar jugak, ye tak? Takpun, waktu ni nak layan baca novel omputih ka, bahasa melayu ka kan? Dah nak beli tu kena ada duit jugak. Kut mana pun, memang nak kena ada duit jugaklah.


Ce tengok adik ni, dah mula mengorak langkah buat duit dengan mobile spa🤗. Baru lepas SPM lah ni. Modalnya memang pinjam dari mak ayah dulu, tapi insha Allah pasti dapat bayar balik modal tu, dan boleh dapat dua tiga kali ganda dari modal once nak dekat masuk U. Tak happy ke adik2, tak masuk U lagi dah boleh belanja mak ayah makan? Belanja adik-adik yang lain, takpun bagi duit raya kat adik2?

Ni kak Nad tunjuk proven result, brapa banyak boleh dapat sehari🤗



Nampak kan? Sehari boleh dapat ratus-ratus🤑🤑 Memang jadi mata duitan la bila tengok ni. Kalau malas pun, sehari sejam setengah dapat RM50, sepuluh hari dah RM500. Kalau kerja dekat Giant pun tak dapat banyak ni kan adik2?

Ada lagi benda best ni kak Nad nak bagitau. Perasan kan dekat gambar² ni semuanya tulis TWB, stand for The Walking Beauty. Dibawah TWB lah adanya kursus murah untuk mobile spa. Ikutkan, dah banyak kursus spa bergerak sekarang ni. Dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tapi....antara banyak² kursus, dengan TWB lah yang paling awesome.

Nak tau kenapa? Sebab TWB lah satu-satunya projek Spa Shaklee. Apa tu Spa Shaklee? Ia adalah spa yang menggunakan produk Shaklee. Why Shaklee? Of course kami tak nak bahayakan kulit client spa dengan menggunakan produk yang tak selamat. So Shaklee ada produk penjagaan kulit yang natural, tiada bahan kimia merbahaya, selamat dan halal. Malah, scrub dan masker yang kita guna ni boleh makan tau😉

Orite, sebelum kak Nad dok syok ceghita panjang lebaq lagi, (tiba² ghasa nak speaking utagha😂), kita patah balik sat untuk tau asal usul Spa Shaklee. Untuk info semua, Spa Shaklee dibawah The Walking Beauty diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad (MAS). Awalnya MAS adalah pengguna tegar Shaklee dan fokus dengan bisnes Shaklee. Tapi disebabkan MAS ni sangat sukakan kecantikan dan spa, terhasillah Spa Shaklee atau lagi glemer dengan panggilan TWB😊

Terlebih awesome lagi adalah income yang boleh dapat dengan Spa Shaklee ni! Ce tengok gambaq ni. My mentor, founder TWB (Master Ainul) and my upline (Izaty Rosli). Serious, proven result. Kalau depa boleh dapat, kita pun boleh kan? Adik2 yang lepas SPM join TWB lagilah untung. Muda-muda lagi boleh buat duit banyak banyak banyak. Dekat U nanti pun boleh dapat duit kepuk2 tau. Taklah kena ikat perut nanti😅.



Income ribu-ribu kan?😎

So, untuk adik2 dan kawan2 yang rasa takut-takut nak buat mobile spa, yang masih berkira-kira, trust me, bisnes ni sangat mudah, santai dan seronok. Just angkut barang dan pergi rumah client. Lepas sejam dua, siap! Dapat RM50-RM150 ikut pakej servis uolls.


Gambar atas ni kak Nad punya style. Bawak ja foldable foot bath tu untuk buat foot spa, steamer, perkakas untuk facial semua sumbat dalam satu bag. Kan mudah je tu? 😁 Client pun tak payah susah2 nak bersiap bagai. Nak facial sambil menyusu anak, buai anak pun kak Nad ok ja. Mudah untuk kita, mudah jugak untuk client🤗

Okeh, rasanya kak Nad stop sini dulu ye. Adik-adik, kawan-kawan yang nak tau pasal Kursus Spa TWB 2018, boleh klik sini ye😊

Moga semua sudi jugak doakan anak-anak dan suami kak Nad sembuh sepenuhnya dan dapat balik rumah cepat. Tq in advance uollss😘

Salam sayang,
Puan Nadhirah
0132465026
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Your Trusted Shaklee Distributor

Saturday, 7 April 2018

Kursus Spa The Walking Beauty 2018


Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt semua🤗 Harapnya pembaca blog Nad ni sihat dan dipermudahkan segala urusan..Aamiin..

Entry kali ni Nad nak kupas isu menjana pendapatan yang tengah hot dan viral sekarang😁 Yuppp, memang kursus spa sekarang ni macam pisang goreng panas tau. Ramai para wanita jelita, comel, bujang, berkahwin, bekerja, surirumah pakat dok search pasal kursus spa.

Paling hot of course The Walking Beauty😍  Kursus spa The Walking Beauty, atau lebih awesome dengan singkatan TWB, bagi Nad memang kursus spa yang termurah, sangat praktikal dan mempunyai proven result.

Selain tu, bila anda join TWB, anda akan ada satu support group yang takda tarikh expired, means, bukannya support untuk sebulan dua ja diberi guide, lepas tu anda jalan sendiri. Tak. Selagi anda menjalankan bisnes TWB, anda stay dalam support group sampai berjaya dan tolong orang lain jugak untuk berjaya. Tapi, kena patuh syaratlah.

Bagi yang tertanya tentang pakej terbaru Kursus Spa The Walking Beauty, I am really excited to inform and explain😊😊😊

Tadaaaaa.


Pakej RM1,999 untuk 5 courses, serta beauty product yang terrrrsangat istimewa, dapat kit spa, barang spa, beg spa pun dapat. Aduh...Nad pun jeles dengan pakej terbaru ni😂.

Ada orang belajar 2 courses pun dah 1k, tanpa dapat beauty product etc..Ada jugak yang labur duit sebanyak 5k untuk 5 courses. Wahhh, banyak beza tu dengan harga pakej TWB😅. Takkan nak pilih yang berganda mahalnya kalau yang setaraf dah ada depan mata kan?

Kita proceed pasal beauty product okeh. Apa beauty product yang dapat? YOUTH Shaklee!.😱  Serius tau, tak tipu. Lepas habis ja training selama satu hari dan secara praktikal one to one, anda dah boleh terus run bisnes mobile spa. Dah lengkap apa yang diperlukan untuk bisnes spa tanpa kedai ni.


Sekali promosi ja insha Allah ada yang booking slot. Plus, anda guna YOUTH skincare. Meh baca sini untuk tau apa istimewanya Youth ni🤗

Owh, bukan tu saja yang special. Kursus spa dibawah TWB adalah kursus bersijil. Bila selesai training, anda akan dapat sijil. Itu antara yang mahalnya dalam TWB ni. Jadi, tak perlu risau. TWB adalah satu platform yang selamat dan mudah untuk anda berbisnes.


Then, anda akan dapat jugak keahlian Shaklee. Untung sangat sebab nak beli vitamin memang dapat harga ahli. Satu family boleh makan vitamin nanti😊

Choppp, chopp. Ada lagi yang best ni. Founder TWB siap buat trip pergi oversea untuk team TWB.  Bila anda join, insha Allah ada peluang nak pergi oversea. Meh kita tengok sikit gambar diorang pergi Perth (2016) dengan Maldives (2017). Untuk tahun ni, insha Allah ke Paris pulak😉





Haa, best kan tengok diorang bercuti😍. Ok, Nad dah kupas dah apa yang best bila join TWB ni. Tinggal anda ja nak ambil action. Jangan tangguh-tangguh kalau nak join sebab makin banyak benda best yang akan terlepas tau😘.

Berminat? Contact Nad ye.
0132465026
Nad's Home&Mobile Spa

Friday, 6 April 2018

Keistimewaan YOUTH Skincare Shaklee



Assalamualaikum wbt. Thanks a lot ya sudi menjengah blog Nad😊 Well, well, well, ni Nad nak cerita pasal skincare yang tengah panassss sekarang.

Mana tak panasnya, kejap ja habis, restock, habis, sampai beratur panjang laa nak dapatkan satu set Youth ni. Dah kena buat peraturan 1 ID, 1 set ja😅.

Okeh, jom kita layan pasal Youth.  Nad try buat dalam point form supaya senang faham ye.

1.  100% vegan. Memang truly diasaskan daripada tumbuhan. So maksudnya apa? Maksudnya produk ni memang selamat insha Allah.

2. Hasil penyelidikan selama 8 tahun. Haa, jangan main-main tau. Memang tip top punya research ni.

3. Mempunyai 8 paten.

4. Hipoalergenik.

5. Non- Comedogenic, maksudnya tidak menyumbatkan liang pori.

6. Diuji oleh ahli dermatologi dan ahli oftalmologi.

Ok, tu baru sikit. Ada lagi Nad nak highlight. Ce tengok gambar bawah ni ( tangkap gambar sambil hayun buai baby😂) Tapi clear untuk dibaca kan? Hihi


Fokus dekat 100% tu. Apa yang 100%? Telah terbukti secara klinikal, 100% wanita memiliki kulit yang lebih muda selepas menggunakan Youth dalam masa 4minggu😍

Now, tentang 2/3 pulak. Keputusan klinikal jugak membuktikan 2/3 daripada wanita tersebut mengalami perubahan kulit muka kepada sedekad lebih muda. Kulit muka muda 10 tahun dari umur tau😱 Haishhh, sapa yang tak mau kalau dapat macam ni kan?

Macam mana pembuktian ujian klinikal ni? Macam mana nak tau kulit tu lebih muda? Bukan main tanya ja, rasa kulit lebih muda tak? Pastu orang tu jawab, ya, saya rasa kulit lebih muda berseri. Of course not!😂


Semuanya berdasarkan Indeks Usia Kulit. Indeks ni dibangunkan oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa! Guna data klinikal yang berasaskan fakta ye. Secara saintifik tau.

Yang diukur adalah:
- Kedutan kulit
- Saiz pori
- Tona kulit
- Keanjalan
- Tekstur kulit
- Hiperpigmentasi
- Seri kulit
- Kekenduran

Dah habis ke yang best pasal Youth ni? Belummmm. Ada lagi tau.


Kali ni pasal angka 1,500 pulak. Youth bebas dari 1,500 bahan kimia merbahaya!  Tu ada disenaraikan beberapa. Nak list sampai 1,500 memang kena refer website laa😊

Ok, last sekali Nad nak cerita sikit pasal kandungan Youth ni. Apa tumbuhan yang digunakan untuk menangani faktor penuaan, dari segi cara hidup kita, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Penuaan semulajadi ni maksudnya bila kita makin tua, pembaharuan sel kulit jadi makin perlahan, menyebabkan kolagen dan elastin pun berkurang. Dari segi cara hidup dan persekitaran, kulit makin tua dari usia sebab pemakanan kita yang tak sihat, tinggi gula, lemak, so sel-sel pun cepat rosak. Udara yang penuh habuk, asap, sinaran uv yang tinggi pun bagi kesan pada kulit muka kita.


Baiklah, ada 5 kandungan utama dalam Youth, untuk baiki semula sel-sel kulit muka kita yang dah rosak disebabkan faktor-faktor yang Nad explain tadi.

First, yang paling femes, Anggur Muscadine. Yup, anggur yang dalam Vivix tu! Polifenol Muscadine Grape dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Kedua, Lotus Japonicus. Menyokong penghasilan kolagen dan elastin serta mengurangkan kedutan.

Ketiga, Apple Stem Cell Extract. Untuk mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit lebih muda, berseri dan lembut.

Keempat, Schisandra Chinensis. Herba ini digunakan secara tradisional di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Ia menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit kerana adanya vitamin semulajadi dan anti oksida.

Last sekali, Vital Repair+ Complex. Memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Alhamdulillah, selesai dah cover tentang keistimewaan Youth Shaklee. Gigih menulis waktu tengah pantang ni, sambil tangan buai baby😂 Kenapa? Sebab Nad nak kawan-kawan semua tau tentang istimewanya Youth! Sooo special🤗 Sangat excited dengan Youth!

Ok, kalau ada yang nak dapatkan Youth, boleh contact Nad ye.

0132465026
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Your trusted Shaklee Distributor


Friday, 30 March 2018

Saat Magika Bersama TWB




Assalamualaikum semua. Hopefully semua sihat dan dipermudahkan segala urusan. Harini Nad nak sharing pasal TWB.

TWB??? Apa tu? Macam tak pernah dengar ja.

Ehhh..betul ke kengkawan tak pernah dengar? Rasanya dah famous giler TWB sekarang ni. Kalau perasan dekat gambar kek tu ada tulis😁 The Walking Beauty.

Haa itulah maksud disebalik TWB. Apa tu The Walking Beauty? Nad brief sikit ye. Ia adalah suatu projek yang diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad untuk membantu para wanita menjana pendapatan secara sampingan ataupun sepenuh masa dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.



Serius, seronok dan mudah nak dapat duit. Macam mana? Caranya, kita Bina Spa Dengan Nama Sendiri. Founder projek akan tetapkan pakej kursus spa bergerak dan once kita dah selesai kursus, terus boleh buat duit dengan ilmu spa yang ada. Terpulanglah nak buat home spa ke, mobile spa ke, takpun dua-dua skali.

Haaa, faham dah kan sekarang?🤗 Jadinya, bolehlah Nad beralih ke topik sebenar entry ni, "Saat Magika Bersama TWB".

Ada banyak yang nak share ni. Harapnya dapatlah mencurahkan segalanya dengan smooth ja😂 Tahun 2016, masa tu anak kedua, Nuqman dah berumur setahun tiga bulan. Kiranya dah boleh main dengan kakak Amna, kalau ummi hilang sekejap pun ok ja.

Jadi, Nad decide untuk buat sesuatu untuk dapatkan pendapatan sampingan. Maklumlah, masa kerja dulu merasa pegang duit sendiri. Kebetulan scroll FB, nampak status kawan mencari beautician. Terus contact dia tanya.

Alhamdulillah, magikanya bila join TWB ni, bila kita down, ada ramai yang akan support. Nad jenis yang suka rasa diri ni banyak yang kurang, orang lain lagi hebat bla bla bla. Dalam TWB, Nad belajar yang pensabotaj terbesar pada diri kita adalah diri kita sendiri.

It is about empowering ourself. Bila dah jadi surirumah sepenuh masa, kita dah susah untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dapat support kita. Masing- masing ada urusannya. Jadi, waktu ni yang senang nak down, asyik nak marah, fikir bukan-bukan.

Dalam TWB, Nad belajar untuk sayang diri sendiri sebab kita yang lebih faham tentang diri kita. Be confident. Be grateful. Ada daya yang akan buat kita untuk dekat dengan Allah. Bila ada masalah, boleh terus contact kawan-kawan TWB yang lain. Masing-masing akan bagi solusi, sokongan. Founder project pun memang sentiasa motivate kami.

Well...ini antara saat magika Nad bersama TWB, selain daripada jana pendapatan dengan cara mudah, santai dan gembira😊😊😊

Anda nak juga melalui saat magika bersama kami?

Jangan malu-malu untuk hubungi Nad ye.

Owner Nad's Home&Mobile Spa
60132465026


Saturday, 17 March 2018

Fungsi dan kelebihan OSTEMATRIX Shaklee


Assalam semua😊. Insha Allah harini Nad nak kupas pasal mineral yang sangat best ni. Botolnya kecik ja tau, tapi fungsi dia sangat membantu kehidupan kita setiap hari🤗

Kenapa Nad kata membantu kehidupan kita setiap hari?? Sebab Ostematrix ni sinonim dengan kalsium. Sebut ja Oste, orang tau dah kalsium. Sebut kalsium, orang tau dah tulang. Kita memang wajib guna tulang kita setiap hari kan? Setiap saat pun memang guna😁 Sebab tu sangat membantu. Tapi...

Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa. Dia luar biasa sebab dilengkapi dengan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Kenapa kena ada yang lain? Tak boleh ke kalsium saja? Haa, inilah kelebihan Ostematrix.

Ok, sebelum kita tengok fungsi Oste, kita tengok kandungan dia dulu ye😊



1) Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang.

2) Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang.

3) Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium

4) Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

5) Mangan, Kuprum dan Zink - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

Kalsium ni adalah mineral yang keras tau. Bila kita ambik kalsium saja, ada risiko kalsium tak diserap semua, dan tertinggal dalam badan. Termendap dekat mana bahagian dalam badan.Paling biasa kita dengar pasal Batu Karang kan.

Sebab tu Shaklee formulasikan Ostematrix menjadi satu supplemen kalsium yang cepat diserap oleh badan tanpa ada risiko termendap.

Selain dari kandungannya yang istimewa, kelebihan Ostematrix ni adalah ada ujian klinikal. Maksudnya ada bukti saintifik. Jadi, kita boleh guna tanpa risau ada negatif efek🤗



Baiklah, sekarang kita tengok fungsi Ostematrix pulak ye.

1) Menguatkan tulang, sendi dan otot.
Kalsium bukan hanya untuk tulang, tapi otot pun perlu kalsium. Pergerakan otot yang paling senang macam senyum pun guna otot tau.

2) Membantu masalah sembelit dan buasir. Ostematrix memudahkan pelawasan kerana terdapatnya Magnesium. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis ( gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus).

3) Mengurangkan tekanan/ stress.
Ostematrix membantu anda tidur lebih lena, mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, mengatasi masalah sakit kepala.

4) Mengatasi masalah gemuk air.

5) Mengurangkan sindrom pra- haid.
Mengatasi masalah lenguh-lenguh, kejang sebelum dan ketika haid.

6) Menyihatkan gigi dan gusi.

7) Mengatasi masalah gastrik.
Gastrik berlaku disebabkan asid perut yang menghakis dinding perut. Pengambilan Ostematrix yang bersifat alkali dapat menyeimbangkan pH perut.

8) Mengurangkan gejala kebas tangan dan kaki

Insha Allah, dengan pengambilan yang konsisten, Ostematrix boleh membantu masalah- masalah di atas.

Hubungi saya jika anda berminat mendapatkan Ostematrix Shaklee dengan harga yang istimewa dan konsultasi percuma😊

Nadhirah. 0132465026
Your trusted Shaklee Distributor.