Saturday 18 April 2020

ANAK - ANAK DAN GADGET


Credit to keluarga.my

Ada yang kata, kakak Amna pandai speaking. Bijak English. Tak adalah cekap betul, banyak lagi yang dia kena belajar, tapi cukup untuk Amna faham soalan kalau ada yang tanya dia dalam English.

Vocab pun not bad, kalau compare dengan ummi baba waktu umur 7 tahun dulu, memanglah kami kalah😂 Sebutan dia? Ok yang ni ummi mengaku, lidah Amna dah nak macam minah salleh. Cumanya, dah sekolah ni kuranglah slang dia tu.

So dari mana Amna belajar? Of course dari gadget. Gadget ni banyak kelebihannya, tapi banyak juga kekurangannya.

Tambah pulak memang zaman anak-anak sekarang, gadget tak dapat dipisahkan dah.

So dekat sini, Kak Nadh nak cuba kongsi macam mana nak control supaya anak-anak tak terlalu ketagih dengan gadget. Bukanlah maksudnya anak-anak kak Nadh tengok screen 2jam saja sehari, tambah PKP ni. Rasa tak mampu nak limitkan setakat 2jam saja😭

Tapi bolehlah dikatakan masih dapat dikawal. So apa caranya?

1. Limit screen time hanya dekat tv sahaja. No notebook, handphone, ipad untuk anak-anak. ( Lega sbb ipad rosak waktu Amna berapa bulan entah).
- ni waktu dekat rumah, saya dan suami tak guna handphone kami untuk buka cerita upin dan ipin. Memang kami buka di tv saja. Jadi anak-anak takkan minta hp kami utk tgk cartoon.

2. Screen time guna handphone orang lain. Contohnya mak sedara depa ni buka baby shark guna hp dia. Ataupun pergi rumah sedara, tengok dekat hp diorang. Boleh. Sebab sekali sekala jumpa. In case nak tengok lagi, jumpa semula baru boleh tengok kan?

3. No gadget waktu makan luar. Sejak dulu lagi, kalau makan dekat luar memang kami biarkan ja anak-anak ni bermain, tengok ikan ke. Bising? Agakla, kena rajin control. Waktu anak seorang dua memang ok. Dah makin besar, makin byk akal kan? So waktu ni dah masuk 3 orang, kena pilih tempat makan yang open. Kalau bising pun orang tak heran sangat lah. Kena pastikan jugak masa pergi kedai makan tu diorang tengah lapar, so makanan sampai, senyaplah😁

4. No screen waktu makan di rumah. Selalunya tutup tv dulu baru makan. Ada masa kami biar ja tv tu, memang tak tenteram depa ni makan. Terteleng kepala nak tengok tv. So pergi pause dulu cerita tu. Rezekilah pasang unifi dekat rumah boleh pause hypptv jugak. Haha

5. Kawal rancangan yang anak-anak tengok. Masa depa ni kecik, umur setahun dua macam tu, kak Nadh banyak pasang Baby First TV dengan Cbeebies je. Tak ada iklan barang2. Hihi Takpun search Robocar Poli English Version ( bonus kalau nak ajar anak guna carseat, memang bagus tengok Robocar Poli). Pasang nursery rhymes ke. Lagu Bismillah ke.

Selalu waktu malam memang no screen dah.

Ok lah, tu je yang nak share. Kami tak perfect pun, ada yang lagi hebat boleh buat segala aktiviti dengan anak2 with just 2 hours or less screen time per day. Memang salute🤗💪

Sekarang, Amna maybe tak pandai nak taip dekat handphone, tapi dia tahu nak search dekat Youtube😅 Lagilah ummi baba kena pantau. Buat restriction mode, untuk kids. Kalau rasa tak sesuai show tu, bagitahu cerita apa dia boleh tengok, Peppa Pig, Dora The Explorer, Moana, Max & Ruby, Nick Jr. atau tutup tv. So dia pilihlah nak yang mana.

Jadinya dari sinilah Amna ni belajar English. Sekian.

Thanks for reading guys😘

LESU KETIKA BERPUASA? MENGAPA DAN CARA ATASINYA.

Credit to inc.com

Selalu juga terjadi pada kita kan? Bila puasa sahaja, mesti tak efficient. Asyik menguap entah berapa kali. Tahu sahaja masa zaman Rasulullah dulu, berperang dalam bulan Ramadhan. Hebatnya Rasul dan sahabat!

Tiap kali Ramadhan, tanam azam nak jadi produktif. Tapi asal pukul 10 pagi je perut dah menyanyi lagu rock. Aduhai, macam mana nak buat ni?

Jom kita semak kenapa.

1. Pemilihan makanan yang salah ketika bersahur dan berbuka.

Kenapa salah? Antaranya, sebab kita mengambil makanan yang:

🍭 Tinggi kandungan gula
🍔  Tinggi lemak, minyak, makanan bergoreng
🍟 Tinggi kandungan garam

Kiranya makanan yang tidak sihatlah.

Jika kita mengambil makanan sebegitu ketika berbuka, ia akan mengganggu sistem penghadaman setelah seharian kita berpuasa. Boleh menyebabkan tidur kita terganggu dan kita mengantuk di siang hari.  Nah, itulah sebabnya capek aja di waktu siang (opps, bahasa indon pulak).

2. Tidur yang tidak mencukupi.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada tidur yang tidak mencukupi. Bukan semata tidur lewat. Tidur awal pun boleh sebabkan tidur kita tidak cukup. Kenapa?

Antaranya, kita makan berat 2 jam sebelum tidur dan makanan tersebut seperti di point nombor 1, berminyak berlemak tinggi garam gula. Cara begini sebabkan kita kerap terjaga ketika tidur, di samping terjaga sebab takut terlepas waktu sahur. Aduhai...

Ada juga yang berjaga sehingga tengah malam dan terus sahur pukul 1 pagi. Paginya bangun solat subuh kemudian bersiap pergi kerja.

Selain itu, tahukah anda tidur dengan membiarkan lampu tidur terpasang juga mengganggu tidur anda? Sebaiknya, tidur dalam keadaan yang betul-betul gelap. Sedikit cahaya lampu tetap mempengaruhi mata anda menyebabkan anda tidur tidak lena.

Elakkan meletak handphone dekat dengan anda kerana cahaya dan bunyi notification masuk juga boleh mengganggu tidur. Jika menggunakan alarm untuk kejut sahur, guna volume yang kuat dan letak pada jarak 2meter dari anda. Sebaiknya guna jam loceng sahaja.

3. Kurang pengambilan air

Ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan terhidrasi dengan baik. Seperti hari biasa, kita perlu mengambil 8 gelas air kosong sehari, selepas waktu berbuka hingga sahur. Anda boleh cuba guna pola 2-4-2, iaitu 2 gelas ketika berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas air kosong ketika sahur.

Membiasakan diri menggunakan botol air membantu anda mengenal pasti pengambilan air. Letakkan di dalam bilik tidur untuk lebih memudahkan anda. Banyakkan mengambil buah-buahan, jus buah kurang atau tanpa gula, yogurt, sup juga membantu.

Selain itu, pengambilan kafein ketika berbuka dan sebelum tidur juga boleh mengganggu tidur.
Jika dapat hindari dari mengambil teh, kopi, air berkarbonat selama sebulan berpuasa, anda sudah membuat pilihan yang bijak.

Ini kerana kafein bersifat diuretik,
 menyebabkan air dikeluarkan dari badan lebih banyak melalui ginjal. Bahasa mudahnya, kita kerap ke tandas untuk buang air. Sedangkan ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan cukup air.

Secawan teh atau kopi pada waktu sahur memadai. Namun, jika bertukar terus kepada susu atau minuman tanpa kafein lebih baik.

Info Tambahan:

Bersenam secara berkala

Mungkin kedengaran janggal jika ingin bersenam ketika berpuasa. Tapi jika anda memang mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam 3-5 kali seminggu, teruskan bersenam ketika berpuasa boleh membantu kita kekal segar dan bertenaga.

Berjalan kaki selama 10 minit setiap hari ketika berpuasa sesuai untuk mereka yang jarang bersenam. Berkebun, atau apa sahaja aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh boleh anda lakukan mengikut kemampuan diri.

Peruntukkan 2jam 30minit seminggu untuk bersenam dan rasai perbezaannya. 

Sekian saja sharing kali ni😊 Terima kasih sudi baca blog saya.

Boleh klik share jika anda rasa bermanfaat ya.