Credit to inc.com |
Selalu juga terjadi pada kita kan? Bila puasa sahaja, mesti tak efficient. Asyik menguap entah berapa kali. Tahu sahaja masa zaman Rasulullah dulu, berperang dalam bulan Ramadhan. Hebatnya Rasul dan sahabat!
Tiap kali Ramadhan, tanam azam nak jadi produktif. Tapi asal pukul 10 pagi je perut dah menyanyi lagu rock. Aduhai, macam mana nak buat ni?
Jom kita semak kenapa.
1. Pemilihan makanan yang salah ketika bersahur dan berbuka.
Kenapa salah? Antaranya, sebab kita mengambil makanan yang:
🍭 Tinggi kandungan gula
🍔 Tinggi lemak, minyak, makanan bergoreng
🍟 Tinggi kandungan garam
Kiranya makanan yang tidak sihatlah.
Jika kita mengambil makanan sebegitu ketika berbuka, ia akan mengganggu sistem penghadaman setelah seharian kita berpuasa. Boleh menyebabkan tidur kita terganggu dan kita mengantuk di siang hari. Nah, itulah sebabnya capek aja di waktu siang (opps, bahasa indon pulak).
2. Tidur yang tidak mencukupi.
Ada banyak faktor yang menyumbang kepada tidur yang tidak mencukupi. Bukan semata tidur lewat. Tidur awal pun boleh sebabkan tidur kita tidak cukup. Kenapa?
Antaranya, kita makan berat 2 jam sebelum tidur dan makanan tersebut seperti di point nombor 1, berminyak berlemak tinggi garam gula. Cara begini sebabkan kita kerap terjaga ketika tidur, di samping terjaga sebab takut terlepas waktu sahur. Aduhai...
Ada juga yang berjaga sehingga tengah malam dan terus sahur pukul 1 pagi. Paginya bangun solat subuh kemudian bersiap pergi kerja.
Selain itu, tahukah anda tidur dengan membiarkan lampu tidur terpasang juga mengganggu tidur anda? Sebaiknya, tidur dalam keadaan yang betul-betul gelap. Sedikit cahaya lampu tetap mempengaruhi mata anda menyebabkan anda tidur tidak lena.
Elakkan meletak handphone dekat dengan anda kerana cahaya dan bunyi notification masuk juga boleh mengganggu tidur. Jika menggunakan alarm untuk kejut sahur, guna volume yang kuat dan letak pada jarak 2meter dari anda. Sebaiknya guna jam loceng sahaja.
3. Kurang pengambilan air
Ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan terhidrasi dengan baik. Seperti hari biasa, kita perlu mengambil 8 gelas air kosong sehari, selepas waktu berbuka hingga sahur. Anda boleh cuba guna pola 2-4-2, iaitu 2 gelas ketika berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas air kosong ketika sahur.
Membiasakan diri menggunakan botol air membantu anda mengenal pasti pengambilan air. Letakkan di dalam bilik tidur untuk lebih memudahkan anda. Banyakkan mengambil buah-buahan, jus buah kurang atau tanpa gula, yogurt, sup juga membantu.
Selain itu, pengambilan kafein ketika berbuka dan sebelum tidur juga boleh mengganggu tidur.
Jika dapat hindari dari mengambil teh, kopi, air berkarbonat selama sebulan berpuasa, anda sudah membuat pilihan yang bijak.
Ini kerana kafein bersifat diuretik,
menyebabkan air dikeluarkan dari badan lebih banyak melalui ginjal. Bahasa mudahnya, kita kerap ke tandas untuk buang air. Sedangkan ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan cukup air.
Secawan teh atau kopi pada waktu sahur memadai. Namun, jika bertukar terus kepada susu atau minuman tanpa kafein lebih baik.
Info Tambahan:
Bersenam secara berkala
Mungkin kedengaran janggal jika ingin bersenam ketika berpuasa. Tapi jika anda memang mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam 3-5 kali seminggu, teruskan bersenam ketika berpuasa boleh membantu kita kekal segar dan bertenaga.
Berjalan kaki selama 10 minit setiap hari ketika berpuasa sesuai untuk mereka yang jarang bersenam. Berkebun, atau apa sahaja aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh boleh anda lakukan mengikut kemampuan diri.
Peruntukkan 2jam 30minit seminggu untuk bersenam dan rasai perbezaannya.
Sekian saja sharing kali ni😊 Terima kasih sudi baca blog saya.
Boleh klik share jika anda rasa bermanfaat ya.
No comments:
Post a Comment