Tuesday, 14 January 2020

Agar-agar Roti Marble



Haiii semua. Ok harini saja nak share resepi pulak. Sebab resepi ni kak Nadh guna 24g agar-agar.

Dok google jumpa yang 10g or 12g je. So kita dah adjust resepi ni and simpan sini jelah๐Ÿ˜

Layannnn je lah ye korang.

24gm agar-agar tali
6 cawan air
3 sudu mentega/ marjerin
* Kak Nadh guna Buttercup
1 cawan gula pasir
Sedikit serbuk koko
* Kak Nadh guna Tamar Koko je๐Ÿ˜‚

Kisar:

9 keping roti dicarik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
 1. Masukkan bahan-bahan kisar dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar dengan 7 cawan air. Masukkan gula. Apabila agar-agar sudah hancur, masukkan bahan kisar tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan masak hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.

3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campur dengan serbuk koko yang sudah dilarutkan dengan air.

4. Sedia untuk di 'marble' kan๐Ÿ˜. Sendukkan agar2 secara selang seli sampai habis.

Selamat mencuba semua

Much love
Nadhirah Halim

No comments:

Post a comment