Monday 30 April 2018

YOUTH Shaklee Bersama Spa TWB




Assalamualaikum wbt semua🤗. Masih lagi dalam mood penangan Youth ni. Demi Youth, hujan batu sanggup ku redah😂. Haha gitulah perumpamaannya.

Disebabkan terlampau hot stuff Youth ni, bersengkang mata SID (Shaklee Independent Distributor) menunggu pukul 12 tengah malam depan laptop masing-masing untuk order Youth. Sampaikan Shaklee terpaksa tutup dulu (under maintenance) laman web shaklee2u tau😅

Dan yang bestnya, Youth Shaklee inilah yang digunakan oleh team The Walking Beauty. Yuppp, Spa TWB menggunakan Youth dan produk Shaklee yang lain. Sebab tu antara nama lain TWB adalah Spa Shaklee. TWB memang sangat menitikberatkan keselamatan para clients kami. Oleh sebab tu, hanya natural products yang kami gunakan.

Jadi....produk Shaklee lah yang menjadi pilihan TWB. Ia adalah produk yang mempunyai kajian klinikal untuk membuktikan semua produk adalah selamat, semulajadi dan berkesan. Ada lebih seratus jurnal saintifik yang telah diterbitkan. Shaklee jugak dah melabur lebih 300juta untuk kajian untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Antara produk yang telah melalui bertahun kajian tu semestinya Youth. Apa istimewanya Youth? Baca sini ye🤗.

Dalam entri ni Nad nak cerita sikit tentang 6 item yang ada dalam complete set Youth Shaklee.


1) Luminous Gel Oil Cleanser

💧 cleanser ni tidak mengandungi sabun, pH yang seimbang
💧 ianya combination of cleansing oil + cleansing gel
💧 cleansing oil membantu menanggalkan make up, habuk, kulit mati
💧 cleansing gel pula bantu utk maintain moisture, memperhalus kulit dengan lembut
💧 sesuai utk kulit kering + berminyak


2) Perfecting Skin Toner

❄ ianya double cleanse
❄ ia membersihkan sel kulit mati, menghidrat (melembap),  membekalkan nutrisi, dan menutup liang pori


3) Age Defense Moisturizer- SPF 50

🌻 vitamin dan nutrien dalam moisturizer ni bantu untuk melembapkan kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit
🌻melindungi kulit dari sinaran matahari UVA dan UVB
* UV dekat Malaysia ni tinggi tau, kena pakai SPF-50. Kalau kat US, SPF-30 ja😅. So Shaklee buat khas untuk orang Malaysia SPF-50 ni.


4) Youth Activating Serum

🌷mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk membantu pembaharuan sel ysng kritikal (kiranya bahan2 yang ada dalam cleanser, toner, mositurizer tu .. dalam serum ianya 10x ganda kepekatan Youth Complex!) Amazing kan??? 
* Youth Activating Serum ni perlu dipakai dengan moisturizer tau. Sebab serum ni mengandungi Vitamin A. Vitamin A unstable dengan cahaya matahari, jadi kena protect dengann uv protection yang ada dalam Age Defense Moisturizer.


5) Advanced Renewal Night Cream- Light

🌛 Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur
🌛 Campuran botanikal khas membantu rangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit lebih muda, licin dan cerah.


6) Radiance C+E

🍊 Merupakan 20% concentration Vitamin C tulen dan Vitamin E serta ekstrak sel raspberi
🍊 Membantu menegang, mencerah, dan mengurangkan garisan halus dan kedutan
🍊 Memperbaiki tona kulit secara keseluruhan, melicinkan tekstur kulit dan mengurangkan kehadiran tompok usia.
🍊 Kapsul emas yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodgrasi dan diformulasi tanpa sebarang bahan pengawet.

* Mahal tau nak hasilkan kapsul yang betul-betul boleh memelihara kandungan nutrien Vitamin C+E ni. Setakat nak uji ketahanan kapsul ni pun Shaklee hantar ke Paris. Makan juta-juta jugak pelaburan untuk kapsul saja😅

Ok, selesai cerita pasal 6 rangkaian produk Youth. Nad tempek gambar mana-mana yang Nad suka. Saja bagi meriah mata uollss tengok😁

Sekarang Nad nak tempek gambar aktiviti Spa TWB menggunakan Youth Shaklee dengan testimoni Youth. Kalau guna Youth, bukan setakat dapat kesan yang best pada kulit, tapi kesan yang best dekat dompet jugakkk. Boleh tebal dompet beautician TWB nih😉.








Amacam, best tak? Memang rasa eksklusif sangat Spa TWB sebab guna produk bukan calang-calang tau. 

Kalau ada yang berminat nak join Spa TWB, boleh klik Kursus Spa TWB 2018 untuk baca maklumat lanjut.

Takpun boleh direct contact Nad ok🤗 

K, sehingga bertemu lagi.

Nadhirah,
Owner Nad's Home & Mobile Spa

+60132465026


Friday 27 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB


Assalamualaikum wbt🤗

Tengok tajuk entri ni, agaknya ada ke yang fikir ni scam??😱 Almaklumlah, zaman poket tengah bulan ja kering, orang semua pakat hutang keliling pinggang, ada pihak yang suka ambik kesempatan atas kesempitan orang lain.

Tapiiiiiii...

Percayalah, ini bukan cobaan...ini betul-betul bisnes yang memang boleh bantu korang bebas hutang.

TWB atau nama panjangnya The Walking Beauty memang diasaskan untuk membantu para wanita yang kesempitan, yang berhutang macam hutang PTPTN, nak bayar loan rumah, kereta, yang pergi kerja dari pagi sampai malam tapi hasil seciput, yang sengsara terpaksa tinggal anak-anak untuk dijaga oleh orang lain, dan macam-macam keadaan yang mendesaklah.

Bisnes Spa TWB adalah satu bisnes yang santai, mudah dan menyeronokkan. Kita buat konsep bina spa dengan nama sendiri, tanpa perlu sewa atau beli premis kedai untuk buka spa. Sangat praktikal dan mudah. Spa tanpa kedai.

Kita ajar untuk buat bisnes spa bergerak dengan modal yang tak berisiko untuk rugi. Tak payah 10 ribu atau 5 ribu pun. Hanya kurang dari 2 ribu tau. Boleh jugak buat home spa jika ada ruang di rumah. Yang penting, tak perlu labur banyak modal, dan pulangannya boleh dapat seawal satu bulan bergantung pada kerajinan diri sendiri😁

Dengan menyertai TWB, korang akan diajar bagaimana mendapat duit dari 5 penjuru. Haa, L.I.M.A. penjuru tau!😎 Memang betullah boleh bebas hutang kalau ada banyak cabang boleh dapat duit. Penjuru pertama of course dari income servis spa. Yang ke 2, 3, 4, dan 5??? Rahsia yang akan dibocorkan once korang dah join TWB😉

Now, jom cuci mata tengok hasil kejayaan para ahli TWB. Ada yang dulu bekerja, sekarang berhenti kerja dan income diorang lagi banyak dari gaji waktu kerja. Ada yang lepas habis belajar, tak pernah kerja pun tapi bila join TWB boleh beli kereta Audi😱. So, dengan income bisnes spa TWB ni lah diorang bayar hutang.

Jap Nad share pasal Tiera, member TWB yang berjaya langsai hutang PTPTN sekaligus masa tahun lepas. Dan Tiera jugak yang berjaya beli Audi waktu umur 29tahun!

Untungnya TWB, kami ada support group. So dari situ para mentor yang dah berjaya share cara nak berjaya.


Sekarang kita bling-bling tengok testimoni duit pulak ye😁






So, amacam? Korang memang boleh bebas dari hutang bila join TWB, insha Allah. Suka Nad nak tekankan jugak, pengurusan duit tu penting untuk membebaskan diri dari hutang. Kena realistik jugak.

Ni antara pesanan Nad:

💪 Kena buat balik kira-kira perbelanjaan dan hutang yang perlu dilangsaikan.

💪 Kena atur prioriti. Tengok mana hutang yang perlu dibayar dulu, contohnya kad kredit sebab interest tinggi kan.

💪 Konsisten bayar hutang setiap bulan. Berapa nak bayar based on kira-kira korang. Kalau nak habis cepat, kena bayar lebih la.

💪 Beli ikut keperluan. Kalau nak ikut kemahuan kena beringat jugak lah. Pastikan dah asingkan duit untuk bayar hutang tu dulu.

Alright, tu je kot Nad nak pesan. Nak tau lebih lagi pasal Bisnes Spa TWB ni? Klik link-link dekat bawah ni ye🤗

Kursus Spa TWB
Modal Minima Buka Spa
Buat Duit Dengan Mobile Spa

Kalau tak rajin nak klik link ni, boleh jugak contact Nad terus untuk kita sembang-sembang pasal bisnes ni😊 Kalau join terus lagi bagus supaya dapat setel hutang cepat-cepat kan. Setakat ni ja entri kali ni. Moga bertemu lagi ya😘

Nadhirah,
Owner Nad's Home&Mobile Spa
+60132465026
Fb: Nadhirah Halim







Wednesday 25 April 2018

10 Jualan Produk Terbaik Shaklee



Assalamualaikum wbt untuk semua🤗 Didoakan semoga pembaca entri ni diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...

Sebelum terhasilnya entri ni, otak Nad memang sentiasa teringat-ingat. Tak senang duduk sebab bakal dapat Youth Skincare😉 Haha begitulah hebatnya penangan Youth ni. Nad dari tak aktif blog, terus paksakan diri untuk sahut cabaran berblog nih😁

So kali ni nak cerita pasal Top 10 hot products Shaklee. Yesszza, setiap bulan, memang inilah produk yang terlaris.

Apa produknya??

1) Vivix
2) Energizing Soy Protein (ESP)
3) Omega Guard
4) Sustained Release Vita-C
5) Ostematrix
6) Alfalfa Complex
7) Vitamin E
8) Vita-lea
9) Collagen Powder
10) Lecithin

Kenapa agaknya 10 produk ni terlaris? Jom berkenalan dulu dengan 5 produk yang Nad paling suka🤗 Insha Allah entri lain Nad cover lagi 5 produk ya.

Tekan link ni untuk baca the awesome info pasal:

1)Vivix Shaklee

2) ESP

3) Sustained Release Vita C

4) Alfalfa

5) Ostematrix


Sampai berjumpa lagi ya😊

Nak order contact Nad ye.

Nadhirah
+60132465026

Tuesday 24 April 2018

ESP Shaklee


Assalamualaikum wbt🤗

Alhamdulillah, berkesempatan lagi nak mencoret dekat blog nih. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua. Yang memberi ilham dan menggerakkan jari jemari nih. Opps, sempat jugak selit tazkirah😁.

Entri kali ni Nad nak introduce dekat korang pasal ESP. Nama penuh dia Energizing Soy Protein. Of course, produk Shaklee😂.

 Jom kita belajar sejarah ESP ni dulu. Tau dak, protein daripada soya ni mula dihasilkan oleh Shaklee sejak tahun 1961. Haa, dah lama kan wujudnya? Minuman protein berasakan soya oleh Shaklee ni jugak merupakan yang pertama dihasilkan di dunia😱. Dan, kajian untuk penambaikan ESP ni sentiasa dijalankan.  Tengok gambar bawah ni, rupa ESP dolu-dolu.


Dah tau pasal sejarah, jom kita sedut ilmu pasal protein pulak. Agaknya, apa yang penting sangat protein ni?

Haa, kalau nak tau, 20% daripada struktur tubuh badan kita terdiri daripada protein. Protein ni antara bahan utama yang wajib ada dalam badan kita, sebab badan kita ni merupakan hasil gabungan berjuta- juta sel. Dan, 'makanan' untuk sel adalah protein. Kiranya, untuk sel terhasil perlukan protein. So, dari sel membentuk tisu, kemudian organ, pastu sistem, akhirnya jadilah manusia. Ok, ada paham ka? 😁


Contohnya, organ paling besar dalam badan kita adalah kulit. Jadi, nak kulit yang cantik berseri, tak berkedut, kena pastikan sel yang bina kulit tu adalah cukup dan berkualiti. Nak dapat sel berkualiti, kena pastikan protein yang kita makan berkualiti la jugak😉 

Sekarang, kita dah masuk bab protein berkualiti. Macam semua orang tau, sumber protein paling femes adalah ayam, daging, ikan dan kekacang. Masalahnya, ayam sekarang banyaknya kena cucuk hormon bagi cepat besar, daging pun lebih kurang, n daging lambat hadam pastu kalau selalu ambik daging n ayam, risau terlebih kolestrol pulak😅 Ikan pulak ada isu keracunan logam berat, mahal, tak fresh etc...jadinya, kita pun pilihlah sumber dari tumbuhan iaitu soya.

Soya pulak isunya, GMO. Memang potensi besar semua produk soya adalah GMO. Sebabnya demand untuk soya sekarang memang sangat tinggi. Kicap, tauhu, tempe, air soya bagai..

Atas sebab2 di atas, korang kena tau apa istimewanya ESP Shaklee ni.

1. ESP antara produk terlama Shaklee dalam pasaran, iaitu selama 57 tahun.

2. Menggunakan soya non-GMO.

 Kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

3. Mengandungi 9 asid amino penting.

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.


4. Kacang soya dalam ESP dicuci menggunakan air sejuk (cold water extraction technique).

5. Diproses pada suhu rendah agar protein tidak musnah. 

Protein boleh musnah dalam suhu tinggi. Jadi, ayam, daging yang kita masak tu agaknya tinggal berapa ja protein ye?

6. Mengandungi Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39.

 Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet,pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik.

7. Tiada kolestrol dan asid urik kerana berasaskan tumbuhan.

8. Mengandungi kalsium yang ditambah.

ESP membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. 

Wowwww, kan tersangat ohsem ESP ni😎

Dah cerita pasal istimewanya ESP, sekarang kita tengok pulak sapa yang memerlukan ESP:

1. Ibu Mengandung / Hamil
2. Ibu selepas bersalin/ berpantang
3. Ibu menyusu
4. Kanak-kanak 1 tahun ke atas
5. Pelajar / Pekerja / Individu yang mahukan tenaga segera
6. Penghidap diabetes
7. Lelaki / wanita / warga emas /
8. Mereka yang mengalami alergi / gastrik
9. Mereka yang ingin turunkan berat badan
10. Mereka yang ingin kulit cantik
11. Mereka yang ingin merancang anak (kesuburan)

Ada jugak yang tak sesuai untuk ambik ESP:

1. Pesakit buah pinggang
2. Individu yang mengalami hipotiroid
3. Bayi berusia 1 tahun ke bawah
4. Ibu yang menyusu bayi G6PD

Selesai sudah info-info pasal ESP ni. Sebenarnya, ada baaanyak lagi info yang Nad nak share. Tapi nanti panjang sangat la pulak. So, insha Allah entri lain pulak😊

Buat yang nak mendapatkan ESP, boleh contact Nad ye.

K, bye semua. Jumpa lagi dalam entri lain insha Allah🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026
Fb:Nadhirah Halim

Monday 23 April 2018

Alfalfa Shaklee



Assalamualaikum wbt semua pembaca blog Nad. Moga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa di dalam jagaanNya.

Entri kali ni Nad nak cerita pasal Alfalfa Complex Shaklee. Sebelum tu, ada ke yang tak tau atau tak pernah dengar pasal Alfalfa ni? Jujur, Nad bila join TWB( The Walking Beauty) baru tau kewujudan tumbuhan bernama alfalfa😂

Ada jugak bila cerita pasal alfalfa dekat kawan, dia cakap " Ooo, alfalfa yang bagi arnab makan tu". Korang pulak macam mana? Kenal alfalfa sampai tahap buat ulam ke? Bagus lah gitu. Sebab alfalfa ni memang banyak khasiatnya. Tapi, dia tetap tumbuhan herba yang ada toksin tau😅.  Tak digalakkan sangat untuk makan mentah.

Inilah rupa pucuk alfalfa.


Alfalfa digelar Raja Tumbuhan disebabkan akar tunjangnya memanjang ke dalam tanah sehingga 6 meter, membolehkan alfalfa ni menyerap segala vitamin dan mineral. Mengikut kajian, terdapat 300 jenis nutrien dan mineral yang terkandung dalam alfalfa. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin A, K dan klorofil.

Banyak dah produk alfalfa ni dekat luar sana. Ada yang dalam bentuk tablet, pil takpun cecair. So, apa yang special sangat Alfalfa Complex Shaklee?

Haa, Nad bila tau pasal Alfalfa Shaklee ni, memang rasa beruntung n excited nak share dengan orang. Sebab kagum sangat. Alfalfa Complex merupakan signature product Dr. Forrest C. Shaklee. Maksudnya memang formulanya dirumus sendiri oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an. Sekarang dah 2018. Wowww, dah lama kan produk ni? Produk yang hebat ja boleh bertahan lama kan?🤗

Yang lebih menariknya, Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada pucuk alfalfa ye. Bukannya ambik skali dengan batang ke, akar ke, takpun daun yang dah tua. No no no okey. Hanya pucuknya yang berusia 2tahun. Kenapa mesti 2 tahun? Sebab waktu ni pucuk tu mempunyai kandungan klorofil yang maksimum.

Haaa, tak bulat lagi ke mata korang bila tau pasal ni? Sangat details proses nak hasilkan Alfalfa Shaklee ni. Tu belum campur dengan bab ladang alfalfa yang langsung tak guna sebarang racun, pastu dah petik pucuk tu, sebelum proses, beratus ujian depa test untuk pastikan tiada toksin, racun serangga, bahan kimia merbahaya dan segala yang bahaya lah. Dah ladang pun tak guna racun, tapi still test jugak? Yes! Sebab racun boleh tersebar melalui udara jugak kan.



Ok, now, meh la kita tengok khasiat atau kegunaan Alfalfa Shaklee ye.

1. Sebagai agen detoks
Badan kita ni memang banyak toksin tau. Sebab kita makan macam-macam. Lepas tu kurang bersenam. Even kita vegetarian pun, buah-buahan dan sayuran sekarang dah banyak GMO. Guna baja dan racun serangga. Jadinya, kita memang perlu detoks untuk mencuci toksin dalam darah tu, dan Alfalfa Shaklee memang bagus untuk detoks😊

2. Milk booster
Orang dulu-dulu memang dah tau alfalfa membantu banyakkan susu badan. 

3. Mengurangkan gejala resdung dan jerawat.
Insha Allah, sangat sesuai untuk orang yang ada resdung, ataupun alahan dengan seafood atau habuk.

Jom tengok simptom resdung:

- nafas berbau
- kerap selesema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur

4. Mengatasi masalah bau badan, kaki & mulut

Badan berbau disebabkan toksin yang banyak terkumpul dalam badan. Buang toksin, hilanglah bau insha Allah.

5. Untuk kesihatan tulang dan sendi.
Sepuluh biji alfalfa bersamaan segelas susu tinggi kalsium tau. 

6. Mengatasi masalah keputihan
Alfalfa membantu dalam mengurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

7. Jamu moden sebab fungsinya macam kacip fatimah untuk wanita dan tongkat ali untuk lelaki.

8. Mengurangkan uric acid ( Gout)
Alfalfa membantu meneutralkan asid.

9. Mengatasi masalah penghadaman dan sembelit

10. Mengurangkan paras gula dalam darah

11. Mengawal paras kolestrol.


Now, jom kita tengok siapa yang tak boleh ambik Alfalfa.

1.    Pesakit autoimun contohnya SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.
-Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk

2.    Ibu mengandung
- Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)

3.    Penyakit hormone-sensitive eg kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid
- Phytoestrogen dalam alfalfa yang boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini

4.    Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin
-  Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.

5.    Penerima organ transplant
-  Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).

6.   Orang yang mengambil ubat cair darah warfarin.
- Alfalfa ni ada kandungan vitamin K yang sangat tinggi. Vitamin K berfungsi memekatkan darah. Jadi, bila ambik alfalfa, warfarin tak dapat berfungsi dengan betul la.

7.    Ibu yang menyusui bayi G6PD deficiency
- G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.

8.   Individu yang mengambil pil perancang
- Alfafa mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti hormon estrogen. Pengambilan alfalfa dapat mengurangkan kesan pil perancang tersebut.

Alhamdulillah, rasanya Nad dah cover apa yang korang kena tau pasal Alfalfa ni. Harapnya dapat bagi manfaat untuk kita semua😊, insha Allah.

Kalau ada yang berminat nak try Alfalfa, boleh contact Nad untuk order dan konsultasi percuma ye.

Sihat dan ceria bersama Shaklee🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026






Wednesday 18 April 2018

Modal Minima Buka Spa


Assalamualaikum w.bt. buat semua pembaca blog Nad. Semoga Allah memudahkan setiap kesulitan kita dan memberikan kita ketenangan dalam hidup😊🌻🌷

Untuk entry kali ni, Nad nak cerita pasal bukak Spa tapi dengan modal yang rendah😱 Boleh percaya ka cerita ni? 😂 Yelah, semua orang bila sebut Spa, mesti dah imagine Spa dekat hotel2, shopping mall, sewa  takpun beli premis perniagaan untuk buka Spa. Kan ke guna modal banyak?🤔

Tapi, dengan keadaan ekonomi sekarang, kita memang terpaksa mencari solusi lain untuk jana pendapatan. Orang yang pandai memang akan cari bisnes yang risikonya rendah, tapi pulangan lumayan. Seboleh mungkin, cari yang modal paling minima.

So...jeng jeng jeng...

Nad nak ajak hangpa bisnes Spa Tanpa Kedai. Haa, bisnes ni memang guna modal paling minima tau. Tup tup, dah ada Spa sendiri dah😉 Tak payah nak labur puluh2 ribu pun untuk buka spa sendiri.

Apa maksud Spa tanpa kedai?

First skali, Nad cerita asal usul sikit ye. Projek spa tanpa kedai yang Nad recommend ni adalah di bawah The Walking Beauty, bertujuan membantu para wanita yang ingin menambah pendapatan secara full time ataupun part time. Sebuah peojek yang sangat santai, seronok dan mudah.



So, berbalik kepada Spa tanpa Kedai, ia adalah suatu bisnes dimana kita jana pendapatan melalui 'Mobile Spa', ataupun bahasa melayunya adalah Spa Bergerak. Kita yang datang kepada clients untuk bagi servis spa. Macam gambar dekat atas skali, gambar beg spa tu. Uolls just beli bag untuk letak semua perkakas spa dan angkut ke mana saja ikut client uolls lah. Kalau nak modal lagi minima, guna ja bag mana yang ada asalkan sesuai untuk gerak ke sana ke sini.

Yang bestnya bila kita buat 'Mobile Spa' ni, kita dah sangat memudahkan wanita-wanita di luar sana untuk kelihatan cantik. Cantik secara asli tau. Lagi banyak pahala kita bila client kita tu nak 'facial' supaya nampak cantik depan suami. Kan dapat saham akhirat untuk kita jugak☺️ Dapat pahala jugak bila kita tolong orang hilangkan stress, bagi orang happy kan?


Nilah contohnya kita ber ' mobile spa'.

Sebenarnya, bila belajar Kursus Spa TWB, uolls jugak boleh buat 'home spa'. Hanya modal yang minima jugak diperlukan, sebab buat dekat mana2 ruang dalam rumah sendiri je kan😉 


Haaa, tengok gambar ni. Simple and nice kan? Ni ruang spa seorang leader dari Team TWB. Menarik kan? Tak guna modal banyak pun nak set up ruang macam ni☺️.

Now, nak proceed kepada berita baik untuk uolls🤗

Beritanya: Agen Spa Diperlukan! Jom join team TWB untuk jana pendapatan hanya dari rumah. Dan...kita akan bocorkan rahsia untuk buat duit sampai 5 angka. Plus, kita bocorkan jugak cara nak dapatkan income 5 penjuru. Dan semua ni hanya dengan TWB ok!😉🤑😎 Boleh klik Kursus Spa TWB 2018 untuk details info.

Uolls berminat? Contact Nad sekarang! Makin lama tangguh, uolls makin rugi weyhhh😰

Puan Nadhirah
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Hp: 0132465026
Fb: Nadhirah Halim



Friday 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa


Assalamualaikum w.b.t untuk semua pembaca blog hakak Nad🤗🤗🤗 Entry kali ni guna panggilan kak Nad la pulak ye. Biar sedar sikit diri ni dah berumur. Haha. Sebelum ni sokmo perasan muda ja😅 Dah anak 3 pun rasa muda jelita gitu. Penangan TWB lah ni😂

Sebelum tu, Alhamdulillah, kak Nad sangat bersyukur Allah masih lagi berikan kesempatan untuk mencoret entry kali ni. Di saat suami dan anak-anak berkampung di hospital kerana demam, dan akak menghabiskan tempoh pantang dengan baby di rumah.

 Moga dengan entry ni adanya insan yang kak Nad dapat tolong, memberi jalan untuk menambah pendapatan di saat kita semua makin hari makin terdesak. Sorry uolls, tersyahdu pulak permulaan cerita nih😅

Okeh, now kita tinggalkan sekejap gundah gulana tu, fokus kepada buat duit dengan mobile spa🤗. Dah masuk mood excited nih. Uolls tak rasa gitu ke?

Kenapa excited? Spa weyh..Spa! Tempat yang orang perempuan selalu dok pi manjakan diri😍. Nak bagi cantik kulit, muka, nak relax, orang belai2 badan kita. Haa, gitu gambarannya.

Perempuan ni, kalau yang tak suka mekap pun, dia tetap nak kulit dia cantik jugak. Yang bertudung labuh, pakai niqab pun still nak jaga kulit muka, badan jugak. Yang tak pernah jejak Spa pun, dalam hati memang teringin sangat nak merasa servis spa ni tau🤗.

Nampak tak kat sini, bila kita mula transform kepada 'Mobile Spa', insha Allah lagi senang buat duit. Sebab golongan sasaran lebih luas; yang tak suka or tak pakai mekap, kakak-kakak surirumah yang ada anak kecik, wanita bekerja yang dah tak sempat nak pergi ke spa. Kita bagi servis spa terus sampai ke rumah depa.

So, sapa yang boleh buat 'Mobile Spa' aka spa bergerak ni? Boleh ke orang yang takdak ilmu langsung pasal spa ni, tup tup buat servis spa kat orang? Umur berapa yang boleh buat servis spa ni?

Jawapannya, semua yang bergelar perempuan insha Allah boleh buat duit dengan 'Mobile Spa'!😊 Start from 'zero to hero'. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun dah boleh run mobile spa tau!😎 Sebab ilmu spa ni senang  dan seronok nak apply. Tak payah nak perah otak macam ambik SPM tu😂

Ooo, cakap pasal SPM, sekarang adik-adik mesti dok fikir apa nak buat lepas SPM kan? Ada yang dah mula cari duit poket sendiri sementara nak sambung belajar kan? Kerja part time dekat Giant ka, kedai baju ka, kedai makan ka..Yang nak ambik lesen memandu pun ada, yang nak goyang kaki pun ada?😅

Tapi..dok rumah goyang kaki pun mesti nak kena ada duit belanja jugak kan? Nak keluar dengan kawan-kawan, makan² dekat KFC tu nak kena bayar jugak, ye tak? Takpun, waktu ni nak layan baca novel omputih ka, bahasa melayu ka kan? Dah nak beli tu kena ada duit jugak. Kut mana pun, memang nak kena ada duit jugaklah.


Ce tengok adik ni, dah mula mengorak langkah buat duit dengan mobile spa🤗. Baru lepas SPM lah ni. Modalnya memang pinjam dari mak ayah dulu, tapi insha Allah pasti dapat bayar balik modal tu, dan boleh dapat dua tiga kali ganda dari modal once nak dekat masuk U. Tak happy ke adik2, tak masuk U lagi dah boleh belanja mak ayah makan? Belanja adik-adik yang lain, takpun bagi duit raya kat adik2?

Ni kak Nad tunjuk proven result, brapa banyak boleh dapat sehari🤗



Nampak kan? Sehari boleh dapat ratus-ratus🤑🤑 Memang jadi mata duitan la bila tengok ni. Kalau malas pun, sehari sejam setengah dapat RM50, sepuluh hari dah RM500. Kalau kerja dekat Giant pun tak dapat banyak ni kan adik2?

Ada lagi benda best ni kak Nad nak bagitau. Perasan kan dekat gambar² ni semuanya tulis TWB, stand for The Walking Beauty. Dibawah TWB lah adanya kursus murah untuk mobile spa. Ikutkan, dah banyak kursus spa bergerak sekarang ni. Dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tapi....antara banyak² kursus, dengan TWB lah yang paling awesome.

Nak tau kenapa? Sebab TWB lah satu-satunya projek Spa Shaklee. Apa tu Spa Shaklee? Ia adalah spa yang menggunakan produk Shaklee. Why Shaklee? Of course kami tak nak bahayakan kulit client spa dengan menggunakan produk yang tak selamat. So Shaklee ada produk penjagaan kulit yang natural, tiada bahan kimia merbahaya, selamat dan halal. Malah, scrub dan masker yang kita guna ni boleh makan tau😉

Orite, sebelum kak Nad dok syok ceghita panjang lebaq lagi, (tiba² ghasa nak speaking utagha😂), kita patah balik sat untuk tau asal usul Spa Shaklee. Untuk info semua, Spa Shaklee dibawah The Walking Beauty diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad (MAS). Awalnya MAS adalah pengguna tegar Shaklee dan fokus dengan bisnes Shaklee. Tapi disebabkan MAS ni sangat sukakan kecantikan dan spa, terhasillah Spa Shaklee atau lagi glemer dengan panggilan TWB😊

Terlebih awesome lagi adalah income yang boleh dapat dengan Spa Shaklee ni! Ce tengok gambaq ni. My mentor, founder TWB (Master Ainul) and my upline (Izaty Rosli). Serious, proven result. Kalau depa boleh dapat, kita pun boleh kan? Adik2 yang lepas SPM join TWB lagilah untung. Muda-muda lagi boleh buat duit banyak banyak banyak. Dekat U nanti pun boleh dapat duit kepuk2 tau. Taklah kena ikat perut nanti😅.



Income ribu-ribu kan?😎

So, untuk adik2 dan kawan2 yang rasa takut-takut nak buat mobile spa, yang masih berkira-kira, trust me, bisnes ni sangat mudah, santai dan seronok. Just angkut barang dan pergi rumah client. Lepas sejam dua, siap! Dapat RM50-RM150 ikut pakej servis uolls.


Gambar atas ni kak Nad punya style. Bawak ja foldable foot bath tu untuk buat foot spa, steamer, perkakas untuk facial semua sumbat dalam satu bag. Kan mudah je tu? 😁 Client pun tak payah susah2 nak bersiap bagai. Nak facial sambil menyusu anak, buai anak pun kak Nad ok ja. Mudah untuk kita, mudah jugak untuk client🤗

Okeh, rasanya kak Nad stop sini dulu ye. Adik-adik, kawan-kawan yang nak tau pasal Kursus Spa TWB 2018, boleh klik sini ye😊

Moga semua sudi jugak doakan anak-anak dan suami kak Nad sembuh sepenuhnya dan dapat balik rumah cepat. Tq in advance uollss😘

Salam sayang,
Puan Nadhirah
0132465026
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Your Trusted Shaklee Distributor

Saturday 7 April 2018

Kursus Spa The Walking Beauty 2018


Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt semua🤗 Harapnya pembaca blog Nad ni sihat dan dipermudahkan segala urusan..Aamiin..

Entry kali ni Nad nak kupas isu menjana pendapatan yang tengah hot dan viral sekarang😁 Yuppp, memang kursus spa sekarang ni macam pisang goreng panas tau. Ramai para wanita jelita, comel, bujang, berkahwin, bekerja, surirumah pakat dok search pasal kursus spa.

Paling hot of course The Walking Beauty😍  Kursus spa The Walking Beauty, atau lebih awesome dengan singkatan TWB, bagi Nad memang kursus spa yang termurah, sangat praktikal dan mempunyai proven result.

Selain tu, bila anda join TWB, anda akan ada satu support group yang takda tarikh expired, means, bukannya support untuk sebulan dua ja diberi guide, lepas tu anda jalan sendiri. Tak. Selagi anda menjalankan bisnes TWB, anda stay dalam support group sampai berjaya dan tolong orang lain jugak untuk berjaya. Tapi, kena patuh syaratlah.

Bagi yang tertanya tentang pakej terbaru Kursus Spa The Walking Beauty, I am really excited to inform and explain😊😊😊

Tadaaaaa.


Pakej RM1,999 untuk 5 courses, serta beauty product yang terrrrsangat istimewa, dapat kit spa, barang spa, beg spa pun dapat. Aduh...Nad pun jeles dengan pakej terbaru ni😂.

Ada orang belajar 2 courses pun dah 1k, tanpa dapat beauty product etc..Ada jugak yang labur duit sebanyak 5k untuk 5 courses. Wahhh, banyak beza tu dengan harga pakej TWB😅. Takkan nak pilih yang berganda mahalnya kalau yang setaraf dah ada depan mata kan?

Kita proceed pasal beauty product okeh. Apa beauty product yang dapat? YOUTH Shaklee!.😱  Serius tau, tak tipu. Lepas habis ja training selama satu hari dan secara praktikal one to one, anda dah boleh terus run bisnes mobile spa. Dah lengkap apa yang diperlukan untuk bisnes spa tanpa kedai ni.


Sekali promosi ja insha Allah ada yang booking slot. Plus, anda guna YOUTH skincare. Meh baca sini untuk tau apa istimewanya Youth ni🤗

Owh, bukan tu saja yang special. Kursus spa dibawah TWB adalah kursus bersijil. Bila selesai training, anda akan dapat sijil. Itu antara yang mahalnya dalam TWB ni. Jadi, tak perlu risau. TWB adalah satu platform yang selamat dan mudah untuk anda berbisnes.


Then, anda akan dapat jugak keahlian Shaklee. Untung sangat sebab nak beli vitamin memang dapat harga ahli. Satu family boleh makan vitamin nanti😊

Choppp, chopp. Ada lagi yang best ni. Founder TWB siap buat trip pergi oversea untuk team TWB.  Bila anda join, insha Allah ada peluang nak pergi oversea. Meh kita tengok sikit gambar diorang pergi Perth (2016) dengan Maldives (2017). Untuk tahun ni, insha Allah ke Paris pulak😉





Haa, best kan tengok diorang bercuti😍. Ok, Nad dah kupas dah apa yang best bila join TWB ni. Tinggal anda ja nak ambil action. Jangan tangguh-tangguh kalau nak join sebab makin banyak benda best yang akan terlepas tau😘.

Berminat? Contact Nad ye.
0132465026
Nad's Home&Mobile Spa

Friday 6 April 2018

Keistimewaan YOUTH Skincare Shaklee



Assalamualaikum wbt. Thanks a lot ya sudi menjengah blog Nad😊 Well, well, well, ni Nad nak cerita pasal skincare yang tengah panassss sekarang.

Mana tak panasnya, kejap ja habis, restock, habis, sampai beratur panjang laa nak dapatkan satu set Youth ni. Dah kena buat peraturan 1 ID, 1 set ja😅.

Okeh, jom kita layan pasal Youth.  Nad try buat dalam point form supaya senang faham ye.

1.  100% vegan. Memang truly diasaskan daripada tumbuhan. So maksudnya apa? Maksudnya produk ni memang selamat insha Allah.

2. Hasil penyelidikan selama 8 tahun. Haa, jangan main-main tau. Memang tip top punya research ni.

3. Mempunyai 8 paten.

4. Hipoalergenik.

5. Non- Comedogenic, maksudnya tidak menyumbatkan liang pori.

6. Diuji oleh ahli dermatologi dan ahli oftalmologi.

Ok, tu baru sikit. Ada lagi Nad nak highlight. Ce tengok gambar bawah ni ( tangkap gambar sambil hayun buai baby😂) Tapi clear untuk dibaca kan? Hihi


Fokus dekat 100% tu. Apa yang 100%? Telah terbukti secara klinikal, 100% wanita memiliki kulit yang lebih muda selepas menggunakan Youth dalam masa 4minggu😍

Now, tentang 2/3 pulak. Keputusan klinikal jugak membuktikan 2/3 daripada wanita tersebut mengalami perubahan kulit muka kepada sedekad lebih muda. Kulit muka muda 10 tahun dari umur tau😱 Haishhh, sapa yang tak mau kalau dapat macam ni kan?

Macam mana pembuktian ujian klinikal ni? Macam mana nak tau kulit tu lebih muda? Bukan main tanya ja, rasa kulit lebih muda tak? Pastu orang tu jawab, ya, saya rasa kulit lebih muda berseri. Of course not!😂


Semuanya berdasarkan Indeks Usia Kulit. Indeks ni dibangunkan oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa! Guna data klinikal yang berasaskan fakta ye. Secara saintifik tau.

Yang diukur adalah:
- Kedutan kulit
- Saiz pori
- Tona kulit
- Keanjalan
- Tekstur kulit
- Hiperpigmentasi
- Seri kulit
- Kekenduran

Dah habis ke yang best pasal Youth ni? Belummmm. Ada lagi tau.


Kali ni pasal angka 1,500 pulak. Youth bebas dari 1,500 bahan kimia merbahaya!  Tu ada disenaraikan beberapa. Nak list sampai 1,500 memang kena refer website laa😊

Ok, last sekali Nad nak cerita sikit pasal kandungan Youth ni. Apa tumbuhan yang digunakan untuk menangani faktor penuaan, dari segi cara hidup kita, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Penuaan semulajadi ni maksudnya bila kita makin tua, pembaharuan sel kulit jadi makin perlahan, menyebabkan kolagen dan elastin pun berkurang. Dari segi cara hidup dan persekitaran, kulit makin tua dari usia sebab pemakanan kita yang tak sihat, tinggi gula, lemak, so sel-sel pun cepat rosak. Udara yang penuh habuk, asap, sinaran uv yang tinggi pun bagi kesan pada kulit muka kita.


Baiklah, ada 5 kandungan utama dalam Youth, untuk baiki semula sel-sel kulit muka kita yang dah rosak disebabkan faktor-faktor yang Nad explain tadi.

First, yang paling femes, Anggur Muscadine. Yup, anggur yang dalam Vivix tu! Polifenol Muscadine Grape dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Kedua, Lotus Japonicus. Menyokong penghasilan kolagen dan elastin serta mengurangkan kedutan.

Ketiga, Apple Stem Cell Extract. Untuk mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit lebih muda, berseri dan lembut.

Keempat, Schisandra Chinensis. Herba ini digunakan secara tradisional di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Ia menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit kerana adanya vitamin semulajadi dan anti oksida.

Last sekali, Vital Repair+ Complex. Memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Alhamdulillah, selesai dah cover tentang keistimewaan Youth Shaklee. Gigih menulis waktu tengah pantang ni, sambil tangan buai baby😂 Kenapa? Sebab Nad nak kawan-kawan semua tau tentang istimewanya Youth! Sooo special🤗 Sangat excited dengan Youth!

Ok, kalau ada yang nak dapatkan Youth, boleh contact Nad ye.

0132465026
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Your trusted Shaklee Distributor