Friday, 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa


Assalamualaikum w.b.t untuk semua pembaca blog hakak Nad🤗🤗🤗 Entry kali ni guna panggilan kak Nad la pulak ye. Biar sedar sikit diri ni dah berumur. Haha. Sebelum ni sokmo perasan muda ja😅 Dah anak 3 pun rasa muda jelita gitu. Penangan TWB lah ni😂

Sebelum tu, Alhamdulillah, kak Nad sangat bersyukur Allah masih lagi berikan kesempatan untuk mencoret entry kali ni. Di saat suami dan anak-anak berkampung di hospital kerana demam, dan akak menghabiskan tempoh pantang dengan baby di rumah.

 Moga dengan entry ni adanya insan yang kak Nad dapat tolong, memberi jalan untuk menambah pendapatan di saat kita semua makin hari makin terdesak. Sorry uolls, tersyahdu pulak permulaan cerita nih😅

Okeh, now kita tinggalkan sekejap gundah gulana tu, fokus kepada buat duit dengan mobile spa🤗. Dah masuk mood excited nih. Uolls tak rasa gitu ke?

Kenapa excited? Spa weyh..Spa! Tempat yang orang perempuan selalu dok pi manjakan diri😍. Nak bagi cantik kulit, muka, nak relax, orang belai2 badan kita. Haa, gitu gambarannya.

Perempuan ni, kalau yang tak suka mekap pun, dia tetap nak kulit dia cantik jugak. Yang bertudung labuh, pakai niqab pun still nak jaga kulit muka, badan jugak. Yang tak pernah jejak Spa pun, dalam hati memang teringin sangat nak merasa servis spa ni tau🤗.

Nampak tak kat sini, bila kita mula transform kepada 'Mobile Spa', insha Allah lagi senang buat duit. Sebab golongan sasaran lebih luas; yang tak suka or tak pakai mekap, kakak-kakak surirumah yang ada anak kecik, wanita bekerja yang dah tak sempat nak pergi ke spa. Kita bagi servis spa terus sampai ke rumah depa.

So, sapa yang boleh buat 'Mobile Spa' aka spa bergerak ni? Boleh ke orang yang takdak ilmu langsung pasal spa ni, tup tup buat servis spa kat orang? Umur berapa yang boleh buat servis spa ni?

Jawapannya, semua yang bergelar perempuan insha Allah boleh buat duit dengan 'Mobile Spa'!😊 Start from 'zero to hero'. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun dah boleh run mobile spa tau!😎 Sebab ilmu spa ni senang  dan seronok nak apply. Tak payah nak perah otak macam ambik SPM tu😂

Ooo, cakap pasal SPM, sekarang adik-adik mesti dok fikir apa nak buat lepas SPM kan? Ada yang dah mula cari duit poket sendiri sementara nak sambung belajar kan? Kerja part time dekat Giant ka, kedai baju ka, kedai makan ka..Yang nak ambik lesen memandu pun ada, yang nak goyang kaki pun ada?😅

Tapi..dok rumah goyang kaki pun mesti nak kena ada duit belanja jugak kan? Nak keluar dengan kawan-kawan, makan² dekat KFC tu nak kena bayar jugak, ye tak? Takpun, waktu ni nak layan baca novel omputih ka, bahasa melayu ka kan? Dah nak beli tu kena ada duit jugak. Kut mana pun, memang nak kena ada duit jugaklah.


Ce tengok adik ni, dah mula mengorak langkah buat duit dengan mobile spa🤗. Baru lepas SPM lah ni. Modalnya memang pinjam dari mak ayah dulu, tapi insha Allah pasti dapat bayar balik modal tu, dan boleh dapat dua tiga kali ganda dari modal once nak dekat masuk U. Tak happy ke adik2, tak masuk U lagi dah boleh belanja mak ayah makan? Belanja adik-adik yang lain, takpun bagi duit raya kat adik2?

Ni kak Nad tunjuk proven result, brapa banyak boleh dapat sehari🤗



Nampak kan? Sehari boleh dapat ratus-ratus🤑🤑 Memang jadi mata duitan la bila tengok ni. Kalau malas pun, sehari sejam setengah dapat RM50, sepuluh hari dah RM500. Kalau kerja dekat Giant pun tak dapat banyak ni kan adik2?

Ada lagi benda best ni kak Nad nak bagitau. Perasan kan dekat gambar² ni semuanya tulis TWB, stand for The Walking Beauty. Dibawah TWB lah adanya kursus murah untuk mobile spa. Ikutkan, dah banyak kursus spa bergerak sekarang ni. Dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tapi....antara banyak² kursus, dengan TWB lah yang paling awesome.

Nak tau kenapa? Sebab TWB lah satu-satunya projek Spa Shaklee. Apa tu Spa Shaklee? Ia adalah spa yang menggunakan produk Shaklee. Why Shaklee? Of course kami tak nak bahayakan kulit client spa dengan menggunakan produk yang tak selamat. So Shaklee ada produk penjagaan kulit yang natural, tiada bahan kimia merbahaya, selamat dan halal. Malah, scrub dan masker yang kita guna ni boleh makan tau😉

Orite, sebelum kak Nad dok syok ceghita panjang lebaq lagi, (tiba² ghasa nak speaking utagha😂), kita patah balik sat untuk tau asal usul Spa Shaklee. Untuk info semua, Spa Shaklee dibawah The Walking Beauty diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad (MAS). Awalnya MAS adalah pengguna tegar Shaklee dan fokus dengan bisnes Shaklee. Tapi disebabkan MAS ni sangat sukakan kecantikan dan spa, terhasillah Spa Shaklee atau lagi glemer dengan panggilan TWB😊

Terlebih awesome lagi adalah income yang boleh dapat dengan Spa Shaklee ni! Ce tengok gambaq ni. My mentor, founder TWB (Master Ainul) and my upline (Izaty Rosli). Serious, proven result. Kalau depa boleh dapat, kita pun boleh kan? Adik2 yang lepas SPM join TWB lagilah untung. Muda-muda lagi boleh buat duit banyak banyak banyak. Dekat U nanti pun boleh dapat duit kepuk2 tau. Taklah kena ikat perut nanti😅.



Income ribu-ribu kan?😎

So, untuk adik2 dan kawan2 yang rasa takut-takut nak buat mobile spa, yang masih berkira-kira, trust me, bisnes ni sangat mudah, santai dan seronok. Just angkut barang dan pergi rumah client. Lepas sejam dua, siap! Dapat RM50-RM150 ikut pakej servis uolls.


Gambar atas ni kak Nad punya style. Bawak ja foldable foot bath tu untuk buat foot spa, steamer, perkakas untuk facial semua sumbat dalam satu bag. Kan mudah je tu? 😁 Client pun tak payah susah2 nak bersiap bagai. Nak facial sambil menyusu anak, buai anak pun kak Nad ok ja. Mudah untuk kita, mudah jugak untuk client🤗

Okeh, rasanya kak Nad stop sini dulu ye. Adik-adik, kawan-kawan yang nak tau pasal Kursus Spa TWB 2018, boleh klik sini ye😊

Moga semua sudi jugak doakan anak-anak dan suami kak Nad sembuh sepenuhnya dan dapat balik rumah cepat. Tq in advance uollss😘

Salam sayang,
Puan Nadhirah
0132465026
Owner Nad's Home&Mobile Spa
Your Trusted Shaklee Distributor

No comments:

Post a Comment