Tuesday, 24 April 2018

ESP Shaklee


Assalamualaikum wbt🤗

Alhamdulillah, berkesempatan lagi nak mencoret dekat blog nih. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua. Yang memberi ilham dan menggerakkan jari jemari nih. Opps, sempat jugak selit tazkirah😁.

Entri kali ni Nad nak introduce dekat korang pasal ESP. Nama penuh dia Energizing Soy Protein. Of course, produk Shaklee😂.

 Jom kita belajar sejarah ESP ni dulu. Tau dak, protein daripada soya ni mula dihasilkan oleh Shaklee sejak tahun 1961. Haa, dah lama kan wujudnya? Minuman protein berasakan soya oleh Shaklee ni jugak merupakan yang pertama dihasilkan di dunia😱. Dan, kajian untuk penambaikan ESP ni sentiasa dijalankan.  Tengok gambar bawah ni, rupa ESP dolu-dolu.


Dah tau pasal sejarah, jom kita sedut ilmu pasal protein pulak. Agaknya, apa yang penting sangat protein ni?

Haa, kalau nak tau, 20% daripada struktur tubuh badan kita terdiri daripada protein. Protein ni antara bahan utama yang wajib ada dalam badan kita, sebab badan kita ni merupakan hasil gabungan berjuta- juta sel. Dan, 'makanan' untuk sel adalah protein. Kiranya, untuk sel terhasil perlukan protein. So, dari sel membentuk tisu, kemudian organ, pastu sistem, akhirnya jadilah manusia. Ok, ada paham ka? 😁


Contohnya, organ paling besar dalam badan kita adalah kulit. Jadi, nak kulit yang cantik berseri, tak berkedut, kena pastikan sel yang bina kulit tu adalah cukup dan berkualiti. Nak dapat sel berkualiti, kena pastikan protein yang kita makan berkualiti la jugak😉 

Sekarang, kita dah masuk bab protein berkualiti. Macam semua orang tau, sumber protein paling femes adalah ayam, daging, ikan dan kekacang. Masalahnya, ayam sekarang banyaknya kena cucuk hormon bagi cepat besar, daging pun lebih kurang, n daging lambat hadam pastu kalau selalu ambik daging n ayam, risau terlebih kolestrol pulak😅 Ikan pulak ada isu keracunan logam berat, mahal, tak fresh etc...jadinya, kita pun pilihlah sumber dari tumbuhan iaitu soya.

Soya pulak isunya, GMO. Memang potensi besar semua produk soya adalah GMO. Sebabnya demand untuk soya sekarang memang sangat tinggi. Kicap, tauhu, tempe, air soya bagai..

Atas sebab2 di atas, korang kena tau apa istimewanya ESP Shaklee ni.

1. ESP antara produk terlama Shaklee dalam pasaran, iaitu selama 57 tahun.

2. Menggunakan soya non-GMO.

 Kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

3. Mengandungi 9 asid amino penting.

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.


4. Kacang soya dalam ESP dicuci menggunakan air sejuk (cold water extraction technique).

5. Diproses pada suhu rendah agar protein tidak musnah. 

Protein boleh musnah dalam suhu tinggi. Jadi, ayam, daging yang kita masak tu agaknya tinggal berapa ja protein ye?

6. Mengandungi Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39.

 Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet,pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik.

7. Tiada kolestrol dan asid urik kerana berasaskan tumbuhan.

8. Mengandungi kalsium yang ditambah.

ESP membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. 

Wowwww, kan tersangat ohsem ESP ni😎

Dah cerita pasal istimewanya ESP, sekarang kita tengok pulak sapa yang memerlukan ESP:

1. Ibu Mengandung / Hamil
2. Ibu selepas bersalin/ berpantang
3. Ibu menyusu
4. Kanak-kanak 1 tahun ke atas
5. Pelajar / Pekerja / Individu yang mahukan tenaga segera
6. Penghidap diabetes
7. Lelaki / wanita / warga emas /
8. Mereka yang mengalami alergi / gastrik
9. Mereka yang ingin turunkan berat badan
10. Mereka yang ingin kulit cantik
11. Mereka yang ingin merancang anak (kesuburan)

Ada jugak yang tak sesuai untuk ambik ESP:

1. Pesakit buah pinggang
2. Individu yang mengalami hipotiroid
3. Bayi berusia 1 tahun ke bawah
4. Ibu yang menyusu bayi G6PD

Selesai sudah info-info pasal ESP ni. Sebenarnya, ada baaanyak lagi info yang Nad nak share. Tapi nanti panjang sangat la pulak. So, insha Allah entri lain pulak😊

Buat yang nak mendapatkan ESP, boleh contact Nad ye.

K, bye semua. Jumpa lagi dalam entri lain insha Allah🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026
Fb:Nadhirah Halim

No comments:

Post a Comment