Saturday 18 April 2020

ANAK - ANAK DAN GADGET


Credit to keluarga.my

Ada yang kata, kakak Amna pandai speaking. Bijak English. Tak adalah cekap betul, banyak lagi yang dia kena belajar, tapi cukup untuk Amna faham soalan kalau ada yang tanya dia dalam English.

Vocab pun not bad, kalau compare dengan ummi baba waktu umur 7 tahun dulu, memanglah kami kalah😂 Sebutan dia? Ok yang ni ummi mengaku, lidah Amna dah nak macam minah salleh. Cumanya, dah sekolah ni kuranglah slang dia tu.

So dari mana Amna belajar? Of course dari gadget. Gadget ni banyak kelebihannya, tapi banyak juga kekurangannya.

Tambah pulak memang zaman anak-anak sekarang, gadget tak dapat dipisahkan dah.

So dekat sini, Kak Nadh nak cuba kongsi macam mana nak control supaya anak-anak tak terlalu ketagih dengan gadget. Bukanlah maksudnya anak-anak kak Nadh tengok screen 2jam saja sehari, tambah PKP ni. Rasa tak mampu nak limitkan setakat 2jam saja😭

Tapi bolehlah dikatakan masih dapat dikawal. So apa caranya?

1. Limit screen time hanya dekat tv sahaja. No notebook, handphone, ipad untuk anak-anak. ( Lega sbb ipad rosak waktu Amna berapa bulan entah).
- ni waktu dekat rumah, saya dan suami tak guna handphone kami untuk buka cerita upin dan ipin. Memang kami buka di tv saja. Jadi anak-anak takkan minta hp kami utk tgk cartoon.

2. Screen time guna handphone orang lain. Contohnya mak sedara depa ni buka baby shark guna hp dia. Ataupun pergi rumah sedara, tengok dekat hp diorang. Boleh. Sebab sekali sekala jumpa. In case nak tengok lagi, jumpa semula baru boleh tengok kan?

3. No gadget waktu makan luar. Sejak dulu lagi, kalau makan dekat luar memang kami biarkan ja anak-anak ni bermain, tengok ikan ke. Bising? Agakla, kena rajin control. Waktu anak seorang dua memang ok. Dah makin besar, makin byk akal kan? So waktu ni dah masuk 3 orang, kena pilih tempat makan yang open. Kalau bising pun orang tak heran sangat lah. Kena pastikan jugak masa pergi kedai makan tu diorang tengah lapar, so makanan sampai, senyaplah😁

4. No screen waktu makan di rumah. Selalunya tutup tv dulu baru makan. Ada masa kami biar ja tv tu, memang tak tenteram depa ni makan. Terteleng kepala nak tengok tv. So pergi pause dulu cerita tu. Rezekilah pasang unifi dekat rumah boleh pause hypptv jugak. Haha

5. Kawal rancangan yang anak-anak tengok. Masa depa ni kecik, umur setahun dua macam tu, kak Nadh banyak pasang Baby First TV dengan Cbeebies je. Tak ada iklan barang2. Hihi Takpun search Robocar Poli English Version ( bonus kalau nak ajar anak guna carseat, memang bagus tengok Robocar Poli). Pasang nursery rhymes ke. Lagu Bismillah ke.

Selalu waktu malam memang no screen dah.

Ok lah, tu je yang nak share. Kami tak perfect pun, ada yang lagi hebat boleh buat segala aktiviti dengan anak2 with just 2 hours or less screen time per day. Memang salute🤗💪

Sekarang, Amna maybe tak pandai nak taip dekat handphone, tapi dia tahu nak search dekat Youtube😅 Lagilah ummi baba kena pantau. Buat restriction mode, untuk kids. Kalau rasa tak sesuai show tu, bagitahu cerita apa dia boleh tengok, Peppa Pig, Dora The Explorer, Moana, Max & Ruby, Nick Jr. atau tutup tv. So dia pilihlah nak yang mana.

Jadinya dari sinilah Amna ni belajar English. Sekian.

Thanks for reading guys😘

LESU KETIKA BERPUASA? MENGAPA DAN CARA ATASINYA.

Credit to inc.com

Selalu juga terjadi pada kita kan? Bila puasa sahaja, mesti tak efficient. Asyik menguap entah berapa kali. Tahu sahaja masa zaman Rasulullah dulu, berperang dalam bulan Ramadhan. Hebatnya Rasul dan sahabat!

Tiap kali Ramadhan, tanam azam nak jadi produktif. Tapi asal pukul 10 pagi je perut dah menyanyi lagu rock. Aduhai, macam mana nak buat ni?

Jom kita semak kenapa.

1. Pemilihan makanan yang salah ketika bersahur dan berbuka.

Kenapa salah? Antaranya, sebab kita mengambil makanan yang:

🍭 Tinggi kandungan gula
🍔  Tinggi lemak, minyak, makanan bergoreng
🍟 Tinggi kandungan garam

Kiranya makanan yang tidak sihatlah.

Jika kita mengambil makanan sebegitu ketika berbuka, ia akan mengganggu sistem penghadaman setelah seharian kita berpuasa. Boleh menyebabkan tidur kita terganggu dan kita mengantuk di siang hari.  Nah, itulah sebabnya capek aja di waktu siang (opps, bahasa indon pulak).

2. Tidur yang tidak mencukupi.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada tidur yang tidak mencukupi. Bukan semata tidur lewat. Tidur awal pun boleh sebabkan tidur kita tidak cukup. Kenapa?

Antaranya, kita makan berat 2 jam sebelum tidur dan makanan tersebut seperti di point nombor 1, berminyak berlemak tinggi garam gula. Cara begini sebabkan kita kerap terjaga ketika tidur, di samping terjaga sebab takut terlepas waktu sahur. Aduhai...

Ada juga yang berjaga sehingga tengah malam dan terus sahur pukul 1 pagi. Paginya bangun solat subuh kemudian bersiap pergi kerja.

Selain itu, tahukah anda tidur dengan membiarkan lampu tidur terpasang juga mengganggu tidur anda? Sebaiknya, tidur dalam keadaan yang betul-betul gelap. Sedikit cahaya lampu tetap mempengaruhi mata anda menyebabkan anda tidur tidak lena.

Elakkan meletak handphone dekat dengan anda kerana cahaya dan bunyi notification masuk juga boleh mengganggu tidur. Jika menggunakan alarm untuk kejut sahur, guna volume yang kuat dan letak pada jarak 2meter dari anda. Sebaiknya guna jam loceng sahaja.

3. Kurang pengambilan air

Ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan terhidrasi dengan baik. Seperti hari biasa, kita perlu mengambil 8 gelas air kosong sehari, selepas waktu berbuka hingga sahur. Anda boleh cuba guna pola 2-4-2, iaitu 2 gelas ketika berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas air kosong ketika sahur.

Membiasakan diri menggunakan botol air membantu anda mengenal pasti pengambilan air. Letakkan di dalam bilik tidur untuk lebih memudahkan anda. Banyakkan mengambil buah-buahan, jus buah kurang atau tanpa gula, yogurt, sup juga membantu.

Selain itu, pengambilan kafein ketika berbuka dan sebelum tidur juga boleh mengganggu tidur.
Jika dapat hindari dari mengambil teh, kopi, air berkarbonat selama sebulan berpuasa, anda sudah membuat pilihan yang bijak.

Ini kerana kafein bersifat diuretik,
 menyebabkan air dikeluarkan dari badan lebih banyak melalui ginjal. Bahasa mudahnya, kita kerap ke tandas untuk buang air. Sedangkan ketika berpuasa, kita perlu pastikan badan cukup air.

Secawan teh atau kopi pada waktu sahur memadai. Namun, jika bertukar terus kepada susu atau minuman tanpa kafein lebih baik.

Info Tambahan:

Bersenam secara berkala

Mungkin kedengaran janggal jika ingin bersenam ketika berpuasa. Tapi jika anda memang mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam 3-5 kali seminggu, teruskan bersenam ketika berpuasa boleh membantu kita kekal segar dan bertenaga.

Berjalan kaki selama 10 minit setiap hari ketika berpuasa sesuai untuk mereka yang jarang bersenam. Berkebun, atau apa sahaja aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh boleh anda lakukan mengikut kemampuan diri.

Peruntukkan 2jam 30minit seminggu untuk bersenam dan rasai perbezaannya. 

Sekian saja sharing kali ni😊 Terima kasih sudi baca blog saya.

Boleh klik share jika anda rasa bermanfaat ya.

Tuesday 14 January 2020

Agar-agar Roti Marble



Haiii semua. Ok harini saja nak share resepi pulak. Sebab resepi ni kak Nadh guna 24g agar-agar.

Dok google jumpa yang 10g or 12g je. So kita dah adjust resepi ni and simpan sini jelah😁

Layannnn je lah ye korang.

24gm agar-agar tali
6 cawan air
3 sudu mentega/ marjerin
* Kak Nadh guna Buttercup
1 cawan gula pasir
Sedikit serbuk koko
* Kak Nadh guna Tamar Koko je😂

Kisar:

9 keping roti dicarik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
 1. Masukkan bahan-bahan kisar dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar dengan 7 cawan air. Masukkan gula. Apabila agar-agar sudah hancur, masukkan bahan kisar tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan masak hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.

3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campur dengan serbuk koko yang sudah dilarutkan dengan air.

4. Sedia untuk di 'marble' kan😁. Sendukkan agar2 secara selang seli sampai habis.

Selamat mencuba semua

Much love
Nadhirah Halim

Monday 13 January 2020

BOLEHKAN BERTUNGKU JIKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN?




Kisahnya macam ni, ada ibu-ibu yang dah buat persiapan untuk bersalin normal, terutama masa anak first, tup tup akhirnya rezeki czer. Ada kan? Macam iolls😁 hihi

Haa, mulalah panik sebab dok study pasal berpantang untuk bersalin normal, yang czer tak study pun😅 So mulalah confuse yang ni boleh buat tak, yang tu boleh ke? Tambah confuse bila mak kita bersalin normal semua, tiba anak perempuan dia czer pulak.

Ok, kita shoot terus ye. Boleh bertungku, tapi kawasan perut dan pembedahan tu kita tak kacaulah. Kalau kak Nadh, balik dari hospital mama dah siapkan tungku dah petang tu.

Bertungku ni penting, untuk melancarkan perjalanan darah, memanaskan badan ibu, menghalang darah beku dan memecahkan angin. Nak slim pun kena tungku tau.

So, boleh start tungku sambil berbaring, bermula dari kaki, betis, peha. Tapak kaki pun tungku jugak. Letak tapak kaki dekat batu tu, adjustlah kaki kita supaya selesa. Next, bawah punggung. Kalau risau, cukup tungku dekat sisi badan kiri dan kanan. Kawasan tepi dada dan ketiak.

Masa bertungku ni kena pakai selimut. Supaya haba tak cepat hilang.  Orang tua-tua kata, bila berpeluh tu bagus. Barulah objektif bertungku tercapai.

Batu sungai untuk bertungku. 

Batu tungku pulak, sebaiknya batu sungai. Jangan guna yang besar dan berat tau. Ambik yang besar tapak tangan ke, agak2 yang boleh ibu-ibu czer ni pegang. So boleh tungku belakang badan jugak. Kak Nadh akan selitkan dekat bawah badan, untuk lancarkan susu.

Tungku yang dah siap balut.
 
Daun pandan untuk balut dengan tungku.



Kak Nadh faham, dah lah perut tu sakit, luka czer pun sakit, tapi bertungku ni best tau. Manfaat pun banyak. Rugi kalau tak buat. Carilah batu tungku yang selesa ya.

Last sekali, selesai tungku, cepat-cepat keringkan luka tu. Kak Nadh ambik set berpantang Shaklee, alhamdulillah tak ada masalah dengan luka. Paling penting jangan biar kawasan luka tu lembab. Kena selalu keringkan ye.

Selamat berpantang ibu-ibu.

P/s :
Tak rugi ada ilmu penjagaan pantang ni. Boleh guna untuk buat duit jugak😜 Nak kak Nadh jadi cikgu uolls?

#coachpantangMorec
#kursuspantang2020
#cikgupantanganda
#twbtrainerPenang