Assalamualaikum wbt semua pembaca blog Nad. Moga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa di dalam jagaanNya.
Entri kali ni Nad nak cerita pasal Alfalfa Complex Shaklee. Sebelum tu, ada ke yang tak tau atau tak pernah dengar pasal Alfalfa ni? Jujur, Nad bila join TWB( The Walking Beauty) baru tau kewujudan tumbuhan bernama alfalfa😂
Ada jugak bila cerita pasal alfalfa dekat kawan, dia cakap " Ooo, alfalfa yang bagi arnab makan tu". Korang pulak macam mana? Kenal alfalfa sampai tahap buat ulam ke? Bagus lah gitu. Sebab alfalfa ni memang banyak khasiatnya. Tapi, dia tetap tumbuhan herba yang ada toksin tau😅. Tak digalakkan sangat untuk makan mentah.
Inilah rupa pucuk alfalfa.
Alfalfa digelar Raja Tumbuhan disebabkan akar tunjangnya memanjang ke dalam tanah sehingga 6 meter, membolehkan alfalfa ni menyerap segala vitamin dan mineral. Mengikut kajian, terdapat 300 jenis nutrien dan mineral yang terkandung dalam alfalfa. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin A, K dan klorofil.
Banyak dah produk alfalfa ni dekat luar sana. Ada yang dalam bentuk tablet, pil takpun cecair. So, apa yang special sangat Alfalfa Complex Shaklee?
Haa, Nad bila tau pasal Alfalfa Shaklee ni, memang rasa beruntung n excited nak share dengan orang. Sebab kagum sangat. Alfalfa Complex merupakan signature product Dr. Forrest C. Shaklee. Maksudnya memang formulanya dirumus sendiri oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an. Sekarang dah 2018. Wowww, dah lama kan produk ni? Produk yang hebat ja boleh bertahan lama kan?🤗
Yang lebih menariknya, Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada pucuk alfalfa ye. Bukannya ambik skali dengan batang ke, akar ke, takpun daun yang dah tua. No no no okey. Hanya pucuknya yang berusia 2tahun. Kenapa mesti 2 tahun? Sebab waktu ni pucuk tu mempunyai kandungan klorofil yang maksimum.
Haaa, tak bulat lagi ke mata korang bila tau pasal ni? Sangat details proses nak hasilkan Alfalfa Shaklee ni. Tu belum campur dengan bab ladang alfalfa yang langsung tak guna sebarang racun, pastu dah petik pucuk tu, sebelum proses, beratus ujian depa test untuk pastikan tiada toksin, racun serangga, bahan kimia merbahaya dan segala yang bahaya lah. Dah ladang pun tak guna racun, tapi still test jugak? Yes! Sebab racun boleh tersebar melalui udara jugak kan.
Ok, now, meh la kita tengok khasiat atau kegunaan Alfalfa Shaklee ye.
1. Sebagai agen detoks
Badan kita ni memang banyak toksin tau. Sebab kita makan macam-macam. Lepas tu kurang bersenam. Even kita vegetarian pun, buah-buahan dan sayuran sekarang dah banyak GMO. Guna baja dan racun serangga. Jadinya, kita memang perlu detoks untuk mencuci toksin dalam darah tu, dan Alfalfa Shaklee memang bagus untuk detoks😊
2. Milk booster
Orang dulu-dulu memang dah tau alfalfa membantu banyakkan susu badan.
3. Mengurangkan gejala resdung dan jerawat.
Insha Allah, sangat sesuai untuk orang yang ada resdung, ataupun alahan dengan seafood atau habuk.
Jom tengok simptom resdung:
- nafas berbau
- kerap selesema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur
4. Mengatasi masalah bau badan, kaki & mulut
Badan berbau disebabkan toksin yang banyak terkumpul dalam badan. Buang toksin, hilanglah bau insha Allah.
5. Untuk kesihatan tulang dan sendi.
Sepuluh biji alfalfa bersamaan segelas susu tinggi kalsium tau.
6. Mengatasi masalah keputihan
Alfalfa membantu dalam mengurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
7. Jamu moden sebab fungsinya macam kacip fatimah untuk wanita dan tongkat ali untuk lelaki.
8. Mengurangkan uric acid ( Gout)
Alfalfa membantu meneutralkan asid.
9. Mengatasi masalah penghadaman dan sembelit
10. Mengurangkan paras gula dalam darah
11. Mengawal paras kolestrol.
Now, jom kita tengok siapa yang tak boleh ambik Alfalfa.
1. Pesakit autoimun contohnya SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.
-Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk
2. Ibu mengandung
- Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)
3. Penyakit hormone-sensitive eg kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid
- Phytoestrogen dalam alfalfa yang boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini
4. Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin
- Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.
5. Penerima organ transplant
- Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).
6. Orang yang mengambil ubat cair darah warfarin.
- Alfalfa ni ada kandungan vitamin K yang sangat tinggi. Vitamin K berfungsi memekatkan darah. Jadi, bila ambik alfalfa, warfarin tak dapat berfungsi dengan betul la.
7. Ibu yang menyusui bayi G6PD deficiency
- G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.
Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.
8. Individu yang mengambil pil perancang
- Alfafa mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti hormon estrogen. Pengambilan alfalfa dapat mengurangkan kesan pil perancang tersebut.
Alhamdulillah, rasanya Nad dah cover apa yang korang kena tau pasal Alfalfa ni. Harapnya dapat bagi manfaat untuk kita semua😊, insha Allah.
Kalau ada yang berminat nak try Alfalfa, boleh contact Nad untuk order dan konsultasi percuma ye.
Sihat dan ceria bersama Shaklee🤗
Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026
Fb: Nadhirah Halim
No comments:
Post a Comment