Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Wednesday, 18 September 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee



Assalamualaikum wbt❤️



Ok, kak Nadh tak tahu nak mula dari mana. Tiba-tiba jadi speechless. Teringat kejayaan demi kejayaan yang kak Nadh dah pernah dapat dalam Shaklee. Rasa mata nak berair😢

I was so amazed with myself for a while. Dalam hati, my inner voice say " Come on, Nurul Nadhirah, you can do it💪. Keep on chasing your dream! Nothing is impossible. Everything POSSIBLE!

Mesti korang pelik kan. Kenapalah dengan kak Nadh ni😅. Meh kak Nadh cerita dari awal ye. Kak Nadh rasa bersyukur sangat Allah takdirkan jalan hidup ni bertemu dengan bisnes Shaklee.

Sebelum ni kak Nadh memang macam allergic lah bila sebut bisnes, terutama sekali yang berkonsep MLM. Sebab salah faham dan pukul rata semua bisnes. Asyik ingat sistem piramid je. Sampailah pada satu hari berkenalan dengan projek The Walking Beauty ( TWB ). Boleh baca SINI pasal projek tu😊 

Masa tu tahun 2016. Projek TWB ni adalah projek spa tanpa kedai. Senang cakap spa bergerak. So kak Nadh tergerak hati untuk join projek ni setelah 2 tahun menganggur dan jadi surirumah. Percaya tak, bila kita tergerak hati tu maksudnya Allah memang nak bagi kita something yang lebih baik☺️

Ok, dalam projek TWB ni kita menggunakan 100% produk Shaklee. Masa ni lah kak Nadh daftar jadi member Shaklee. Nak jadi beautician ni, kita kena jaga kesihatan diri kita jugak kan. Kulit muka pun kena jaga.

Dah jadi ahli, kak Nadh pun makanlah vitamin Shaklee dan guna skincare Shaklee. Nak tau tak, sebelum join TWB, kulit kak Nadh kusam tau. Muka pun tak berseri sangat. Lepas je makan Vitamin C Sustained Release, ESP, Alfalfa konsisten, kulit kak Nadh makin cerah berseri❤️ Bagi kak Nadh, inilah kisah kejayaan pertama Kak Nadh. Hihi

Haishhh, ikutkan banyak sangat kisah kejayaan bagi kak Nadh. Sebab this is my life journey. Istilah kejayaan bagi kita takkan sama dengan orang lain kan😊
Because we know who we are. Kita je yang tau apa tembok yang kita dah pecahkan.

Berjaya mendapat #shakleeEffect✅
Berjaya menceburi bidang bisnes✅

Kan dah cakap kan iolls allergic dengan bisnes. Rasa macam ehhh, bisnes bukan untukku😂. Tapi bila dah dapat #shakleeEffect, selain dari buat mobile spa, kak Nadh excited nak share manfaat supplement yang kak Nadh dapat. Kak Nadh start tambah ilmu tentang produk, start join kelas-kelas nutrisi Shaklee, study pasal vitamins dan kepentingannya.

Shaklee Effect kak Nadh

So start dari situ kak Nadh keep on sharing. Sambil buat facial, sambil explain kebaikan produk2 Shaklee. Iolls dah fall in love with Shaklee sebab Shaklee betul-betul berpegang dengan prinsip Safe, Proven, Effective. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi dan tiada bahan kimia merbahaya.

I am a shy person. Haha. Tapi dengan TWB dan Shaklee, kak Nadh lawan rasa malu tak bertempat tu. Yeayyy, satu lagi kejayaan❤️
Sewaktu bergelar full time housewife, sempat merasa sangat rendah diri, rasa useless, tak confident dengan diri. Rasa macam kita ni tak reti nak buat apa-apa. Huhu so sad😭

Now I am a proud working at home mother☺️

Tapi asbab bisnes Shaklee dan TWB ni, kak Nadh cipta satu lagi kejayaan. Kak Nadh belajar untuk sayang diri sendiri, hargai diri dan appreciate semua yang kak Nadh ada. Fokus untuk menjadi lebih baik dengan bersyukur dulu apa yang ada di tangan.

Adoii, rasa banyak lagi kejayaan nak cerita ni. Tapi kita story setakat yang I larat nak menulis je ye. Ok sambung. Satu lagi kejayaan, bila kak Nadh dapat bonus dari 2 angka, jadi 3 angka, lepas tu jadi 4 angka ( RM1,500- RM2,000). Tau tak, nak naikkan bonus ni, macam2 yang kak Nadh belajar.




Antara gambar-gambar Kak Nadh dengan team (mentor, sidelines, downlines). We are a big family😉


Pengalaman yang sangat berharga. Kak Nadh belajar bina team kak Nadh sendiri ( Glorious Outstanding Leaders ), belajar jadi leader, belajar buat blog😁 hihi. Asah social skills, communication skills, driving skills. Haa tengok segala macamlah yang iolls belajar.

Salah satu bonus yang kak Nadh dapat

Tu part bonus lah. Untuk seorang surirumah, bonus Shaklee yang masuk di tengah bulan memang sangat-sangat membantu. Asbab Shaklee dan TWB jugak, kak Nadh berjaya hadiahkan staycation untuk family kecik kami sempena anniversary yang ke 6 :) Encik suami tolong drive je tau. Hihi 


Gambar masa staycation dekat Shaftbury Residences😍

Ehhh, korang tak pelik ke apesal laa kak Nadh ni kalau sebut bisnes Shaklee, mesti sebut TWB sekali. Sebabnya, dua-dua bisnes ni saling berkait. Dalam TWB ada 6 penjuru income, dan antaranya adalah untung runcit dan bonus dari Shaklee. Plus, TWB ada sistem yang sangat bagus bila gabung dengan bisnes Shaklee ni.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Gambar waktu jadi Trainer TWB

Banyak sangat kejayaan yang kak Nadh dapat. Berjaya ada team yang setia, berjaya ada loyal customers, berjaya bantu orang lain untuk sihat☺️ Now, kak Nadh decide untuk cipta lebih banyak kejayaan💪.

Thank you soo much untuk mentor-mentor kak Nadh yang tak putus asa dengan diri ini. Terima kasih Izaty Rosli, Master Athirah dan Master Ainul. Special thanks jugak untuk Mr Hubby dan family utk sokongan dan dorongan😘

So guys, kalau berminat nak join team GOL ( Glorious Outstanding Leaders) dengan kak Nadh dan join group besar kami di bawah #Jutawan, jangan segan-segan untuk contact kak Nadh ye. Kita sama-sama cipta kejayaan ok❤️

Salam sayang dari Kak Nadh,

Your trusted Shaklee Distributor
Alumni The Walking Beauty
Beautician & Trainer TWB
0132465026









Wednesday, 13 February 2019

Why I Love TWB Family


Assalamualaikum wbt😊


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah nak masuk empat tahun Nadh bersama dengan TWB Family. Segala pahit manis, masam masin semua dah rasa. Tahun 2018 lah paling banyak suka duka😁

Takpa, setiap dugaan dan cabaran kita ambik secara positif. Nadh jadikan semua halangan sebagai pembakar semangat untuk Nadh terus melangkah ke depan.

Jadi, kenapa Nadh masih jugak bersama TWB family? Dah ada halangan, cabaran pun kenapa tak menukar haluan? Ada baaaanyak sebab. Nadh cerita dalam ni beberapa sebab ye. Nak cerita semua macam banyak sangat😂😂 Jenuh mengarang. Hihi

1) Bisnes yg mesra kanak-kanak

Berbisnes sambil tengok anak2 membesar depan mata😊

Ni faktor utama Nadh jatuh hati dengan TWB. Ingat lagi,masa tu dah fulltime housewife, anak 2 orang jaga sendiri lah kan😊. Satu hari, tengah scroll fb, nampak status kawan merangkap my mentor sekarang, Izaty Rosli. Trainer boleh datang ke rumah kita utk training. Ada anak2 pun ok ja.

Terus pm Izaty utk confirm pasal training ni, tanya berapa lama, boleh datang rumah ke n kalau ada anak2 macam mana. Memang bisnes yg sesuai utk mak-mak sekarang lah😊. So memang rasa rapat je dengan trainer sebab dia fokus ajar kita sorang ja. Macam family lah.

2) Belajar Kebergantungan dengan Allah

Kiranya, bila jadi TWB family, baru praktik betul2 macam mana yang dikatakan bergantung sepenuhnya pada Dia. Founder dan Co-founder yang banyak ajar kami konsep ni.

Both of them banyak tekankan tentang hubungan dengan Allah. Jaga solat, bangun tahajjud, tilawah, sedekah.

Boleh baca details pasal ni dekat SINI . Nadh dah tulis😁.

3) Berani bermimpi

Ikutkan, bila dah berhenti kerja, jadi fulltime housewife, Nadh dah lupa untuk kejar impian sendiri. Mungkin sebab tak nampak jalan. Rasa mustahil nak capai. So teruskan hidup dengan mengikut arus ja.

Bila jadi sebahagian dari TWB Family, baru nampak tak ada yang mustahil. Kita cuma perlu ada platform yg bagus dan kukuh utk kejar impian2 kita. Yang bestnya TWB ni adalah gabungan projek Spa dan bisnes Shaklee.

Founder projek, Master Ainul Shahrazad dan co-founder, Master Athirah adalah antara mereka yang berjaya dapat segala impian mereka melalui projek Spa dan Shaklee. Bukti dah ada depan mata. Nak pertikai apa lagi kan?

Kita cuma perlu berangan dan usaha agar angan2 tu jadi kenyataan. Buat, buat, buat dan terus buat. Prinsip ni yang Nadh dapat daripada TWB family ni. Sebab tu Nadh sayang sangat dengan TWB.

Apa rasa bila kita abaikan impian kita? Anda pernah lalu tak episod macam tu? Sangat tak best. Rasa kita downgrade diri kita. Start jadi rendah diri. Hilang keyakinan. Malu nak jumpa orang.

Alhamdulillah, sekarang Nadh jadi dreams fighter💪. Semua asbab Nadh join TWB. Banyak benda yg Nadh dapat.

One of my dreams🤗


4) Ukhwah macam adik-beradik

Serius tau, memang best sangat jadi part of TWB Family. Even tak kenal,tak pernah jumpa pun, dalam group, bila ada yang down ke, beramai-ramai bagi sokongan. Nak tanya apa pun, semua tak kedekut ilmu.

Bila jumpa berdepan tak payah cakap lah. Memang excited sangat2. Rasa macam dah lama kenal, padahal tu 1st time jumpa😂

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Haa, rasa macam dah panjang entry ni. So cukuplah 4 points ni ye😁

Overall, TWB Family is awesome😍😍😍Bagi Nadh, Nadh memang enjoy sangat dengan TWB Family ni. Nadh dapat semula keyakinan diri dengan TWB. Nadh dapat asah kekuatan diri pun dengan TWB. Nadh makin kenal pencipta pun dengan TWB. Nadh nampak jalan utk menyumbang kepada Islam pun dengan TWB.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg membuka hati Nadh utk berada dalam TWB😊😊.

So, ada yang nak join TWB Family jugak? Boleh baca SINI tentang offer utk 2019.
Dah baca, berminat nak join, contact Nadh ye.

Salam Sayang,
Nadhirah
0132465026







Monday, 11 February 2019

Peluang Hanya Sekali, Rezeki Jangan Ditolak

Assalamualaikum wbt semua😊


Semalam ada Nadh cakap pasal PELUANG HANYA SEKALI kan. So ni kisahnya.

Nadh tengah mood shopping utk BLNC sekarang ni😂 So, minggu lepas masa dekat kampung, pi shopping kasut dekat Bukit Mertajam. Memang melilau lah mata ni tengok kasut mana yg berkenan.

Papp, terus mata terpaku dekat satu kasut ni. Tapi masa ni kejar masa jugak sebab tiba2 ada urusan. Sambil try, sambil tengok jam. Memang kejap try kasut lain, kejap kasut tu.

Since rushing, I made a decision, tak yah beli lagi. Inshaa Allah cari dekat KL pulak. Nanti cari jenama yg sama, outlet yg sama. Padahal terbayang-bayang kasut tu.

So, jadilah peluang hanya sekali. Dah balik sini, tak berpeluang p outlet tu. Ikut ja cik suami bawak. Biasalah, mana ada istilah window shopping utk lelaki. Ada, tapi tak ramai. Dan suamiku tak termasuk dalam tu😂😂

Ok lah, let bygone be bygone. Mungkin lepas ni ada yg lebih baik. But, not now. Bila? Tak tahu lagi.

Bila tengah memujuk hati ni,  (haha over sangat bunyinya)😅, Nadh terfikir pasal bisnes yang Nadh tengah buat ni. Sekarang Nadh ada peluang utk besarkan income. Boleh dapat long term dengan short term target.

Dengan spa TWB dan Shaklee, peluang utk berjaya terbuka luas. Tak kisah apa background kita, belajar sampai SPM pun takpa, semua boleh berjaya.

So, kalau Nadh sia-siakan peluang yg ada sekarang, tak tahu lagi bila ia akan datang semula. Macam ada satu kisah benar ni.

Ada seorang kakak ni dah rank up Suparvisor tahun 2014. Dah dapat bonus 4 angka. Tapi sebab masa tu dia buat utk suka-suka ja, so dia tak teruskan.

Tup tup, 2019 ni dia nak buat comeback. Sebab apa? Sebab nak besarkan income. Sebab dia tak nak hidup cukup-cukup ja. Dia nak life yang tak payah berkira-kira.

Dulu anak dia 2 orang, dia boleh lagi shopping handbag Coach. Sekarang anak dia 4 orang, handbag Bonia pun berkira-kira nak beli. Dia terpaksa downgrade hidup dia. Nak bawak anak jalan2 pun fikir banyak kali.

So, now kakak tu nak buat comeback dengan Shaklee utk upgrade semula lifestyle dia💪. Alhamdulillah, peluang utk dia datang semula setelah 5 tahun. Memang ada orang lain yang dah dapat 5angka sepanjang kakak tu menyepikan diri. But still, better late than never!

So, macam mana pulak dengan kita? Kita pun nak biar jugak peluang depan mata berlalu?

Ni apa yg mentor Nadh, Master Athirah Tieramissyou pesan:

"Siapa yg belum kahwin..
Buat lah shaklee betul2


Siapa dah kahwin belum ada anak...
Buat shaklee betul2..


Siapa dah kahwin, dah ada anak tp anak masih kecik. Buat betul2!!"

Sebab, akan sampai satu masa, kita akan menyesal tak buat betul2.

Sama jugak dengan konsep REZEKI JANGAN DITOLAK.

Kisahnya, masa nak balik sini dari kampung, mama ada offer sebalang biskut faveret Nadh. Mama kata " Ambiklah, makan dalam kereta, bagi Amna Nuqman."

Iolss macam malu alah pulak, sebab tau biskut tu orang lain yg bagi dekat mama. Bila dah sampai sini, rasa nak mengunyah, tiba2 teringat biskut tu. Siap terdetik lagi, " Lah..dekat rumah mama mana ada sapa nak makan sangat biskut tu. Awat aku tak ambik😂😂."

So macam tu lah ceritanya.

Apa yang Nadh boleh relate? Rezeki ni macam2, tak terhad kepada makanan atau duit saja. Peluang untuk buat bisnes pun rezeki jugak kan? Anak pun rezeki kan?

Kalau pasal anak, contohnya baru kahwin pastu ada terdetik, tak nak lagilah ada baby, nak enjoy hidup berdua dulu. Haa ni pun secara tak sedar kita dah menolak rezeki. Tengok2, memang betul Allah tak bagi😭😭😭 Bab ni jangan main2 tau.

Apalagi kisah pasal rezeki jangan ditolak? Bos nak bagi kita projek penting. Kiranya bos memang confident dgn kredibiliti kita. Tapi kita tolak. Agak2 apa jadi lepas tu? 😁😁😁 Bos cari org lain, projek tu dapat sambutan, org lain yg run projek tu dapat naik pangkat😂. Haa kan dah melepas.

Betul..semuanya Allah dah tetapkan. Tapi Allah jugak dah kata nasib kita boleh berubah bila kita sendiri usaha.

Rezeki untuk berbisnes? Modal kecik ja. Contoh daftar ahli Shaklee RM75 ja sekali postage. Tapi tak nak. Pastu tengok je lah orang lain berjaya, dapat income 4, 5 angka sebulan😅

Haha, kan dah terbebel banyak pulak. So sekian saja entry kali ni. Ampun dan maaf kalau ada yg terasa. Ni sekadar coretan yg terlintas. Tak berniat apa2 pun.

Moga ada manfaat utk kita ambik pengajaran.

#bilaNadhmenulis
#alumniTWB
#wahm








Saturday, 26 January 2019

Working At Home Mom: Anak sumber kekuatan atau halangan?

Assalam semua😊

 Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Hari ni terasa nak menulis panjang sikit. Dah lama tak bercerita panjang2 kan.

Tengah tunggu Master Tiera sampai😁

Ok, saja Nadh tepek gambar ni. Nak berkongsi dengan uolls, kawan2 yg surirumah, takpun yg bekerja ke, tapi nak buat part time job, or maybe fulltime. Untuk adik2 yang single pun, moga ada manfaatnya.

So, the story begin like this..

Ada beberapa orang yang Nadh jumpa, sama ada berjumpa secara reality atau di alam maya.  Antaranya yang join preview TWB, ada jugak yang Nadh sendiri approached.

Antara common issue is ada anak2 kecik, so susah nak buat bisnes. Bila kita dari awal lagi dah set mind blocking ni, so that's it. Memang alasan anak2 ni yang akan sentiasa jadi tembok besar.

Ada jugak yang boleh bagi alasan, " owh..Dia bolehla..anak2 dia behave. Anak2 dia senang handle. Dia bolehla, anak baru sorang."

Adehhh, kalau bab alasan ni, sampai bila pun tak sudah. Well..ni based on pengalaman sendiri jugak. Sebab Nadh pun pernah masuk 'fasa gua'.

But then, alhamdulillah, Allah is always there. Kita bila masuk fasa gua pun, apa benda yang jadi, solat jangan tinggal. Walau ada masa sampai dah tinggal lagi 5 minit ja waktu solat, terus solat jugak. Inshaa Allah, ada jalan keluar.

Okeh sambung pasal anak ni. Semua atas diri kita ja. Kalau nak tunggu anak besar baru buat bisnes, percayalah, kita mungkin takkan buat terus.

Nak tunggu ada bibik baru boleh nak ber 'coaching', tunggu jumpa pengasuh baru nak start buat mobile spa, anak umur 2bulan, nak tunggu dia setahun dulu, haa tunggu, tunggu dan tunggu lah😌. Entah bila nak start pun tak tahulah.

Ni roughly ja. Kalau betul memang ada problem, carilah benda yang kita boleh buat sikit2 dulu. Contohnya, nak join The Walking Beauty, draf plan dulu. Tulis bajet ke. Tulis apa yg nak capai bila join TWB ni.

Baca buku pasal info kecantikan dan kesihatan ke. Tengok video yang berkaitan. Cari design untuk poster home spa dulu ke. Yang penting kita start.

Tak pandai drive tapi lesen dok renew sentiasa, so start dengan drive pergi kedai yang jauhnya 5minit. Apa2 ja asalkan START!

Tak confident nak bawak anak untuk coaching, so start dulu dengan bawak anak pergi kedai. Drive bawak anak pergi jumpa kawan ke.

Boleh jugak bawak teman. Yes, Nadh bawak anak spa skali, untuk mintak tolong handle waktu nak berjalan, turun escalator waktu nak ber sesi coaching dengan Master Tiera. Yang penting, anak spa Nadh dapat ilmu, Nadh pun dapat, n my kids pun ada chance untuk main jugak.



Apapun, semua atas diri kita. Orang lain setakat boleh bagi nasihat, support. Tapi kalau orang dok bagi 200% support pun, kita yang tak nak start, selalu bagi alasan, tak cuba cari jalan, alamatnya kita macam tu ja.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita masih lagi nak jadikan anak sebagai sumber kekuatan atau alasan untuk kita tak bisnes sungguh-sungguh.

I dont know. Ramai sangat mommy gojes yang hebat2 ni. So, why dont we put ourselves as one of them. Hihi😁

Ok, tak tau lah apa yang ku tulis ni. Idea spontan lahir dari hati dengan niat ingin membantu. Wallahua'lam..

Sekian...

Ni antara beberapa lagi gambar Nadh buat aktiviti bisnes dengan bawak anak2.






#bilaNadhmenulis
#wahm
#alumniTWB
#sayabisnesShaklee
#SparkleOutstandingLeaders