Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Hari ni terasa nak menulis panjang sikit. Dah lama tak bercerita panjang2 kan.
Tengah tunggu Master Tiera sampai😁
So, the story begin like this..
Ada beberapa orang yang Nadh jumpa, sama ada berjumpa secara reality atau di alam maya. Antaranya yang join preview TWB, ada jugak yang Nadh sendiri approached.
Antara common issue is ada anak2 kecik, so susah nak buat bisnes. Bila kita dari awal lagi dah set mind blocking ni, so that's it. Memang alasan anak2 ni yang akan sentiasa jadi tembok besar.
Ada jugak yang boleh bagi alasan, " owh..Dia bolehla..anak2 dia behave. Anak2 dia senang handle. Dia bolehla, anak baru sorang."
Adehhh, kalau bab alasan ni, sampai bila pun tak sudah. Well..ni based on pengalaman sendiri jugak. Sebab Nadh pun pernah masuk 'fasa gua'.
But then, alhamdulillah, Allah is always there. Kita bila masuk fasa gua pun, apa benda yang jadi, solat jangan tinggal. Walau ada masa sampai dah tinggal lagi 5 minit ja waktu solat, terus solat jugak. Inshaa Allah, ada jalan keluar.
Okeh sambung pasal anak ni. Semua atas diri kita ja. Kalau nak tunggu anak besar baru buat bisnes, percayalah, kita mungkin takkan buat terus.
Nak tunggu ada bibik baru boleh nak ber 'coaching', tunggu jumpa pengasuh baru nak start buat mobile spa, anak umur 2bulan, nak tunggu dia setahun dulu, haa tunggu, tunggu dan tunggu lah😌. Entah bila nak start pun tak tahulah.
Ni roughly ja. Kalau betul memang ada problem, carilah benda yang kita boleh buat sikit2 dulu. Contohnya, nak join The Walking Beauty, draf plan dulu. Tulis bajet ke. Tulis apa yg nak capai bila join TWB ni.
Baca buku pasal info kecantikan dan kesihatan ke. Tengok video yang berkaitan. Cari design untuk poster home spa dulu ke. Yang penting kita start.
Tak pandai drive tapi lesen dok renew sentiasa, so start dengan drive pergi kedai yang jauhnya 5minit. Apa2 ja asalkan START!
Tak confident nak bawak anak untuk coaching, so start dulu dengan bawak anak pergi kedai. Drive bawak anak pergi jumpa kawan ke.
Boleh jugak bawak teman. Yes, Nadh bawak anak spa skali, untuk mintak tolong handle waktu nak berjalan, turun escalator waktu nak ber sesi coaching dengan Master Tiera. Yang penting, anak spa Nadh dapat ilmu, Nadh pun dapat, n my kids pun ada chance untuk main jugak.
Apapun, semua atas diri kita. Orang lain setakat boleh bagi nasihat, support. Tapi kalau orang dok bagi 200% support pun, kita yang tak nak start, selalu bagi alasan, tak cuba cari jalan, alamatnya kita macam tu ja.
Pilihan di tangan kita. Sama ada kita masih lagi nak jadikan anak sebagai sumber kekuatan atau alasan untuk kita tak bisnes sungguh-sungguh.
I dont know. Ramai sangat mommy gojes yang hebat2 ni. So, why dont we put ourselves as one of them. Hihi😁
Ok, tak tau lah apa yang ku tulis ni. Idea spontan lahir dari hati dengan niat ingin membantu. Wallahua'lam..
Sekian...
Ni antara beberapa lagi gambar Nadh buat aktiviti bisnes dengan bawak anak2.
#bilaNadhmenulis
#wahm
#alumniTWB
#sayabisnesShaklee
#SparkleOutstandingLeaders
No comments:
Post a Comment