Assalamualaikum wbt. Entry kali ni nak menulis pasal surirumah dan mobile spa😊. Excited nak share ni sebab kak Nadh memang fulltime housewife dan buat mobile spa. Acaner tu? Hihi
K, nak tanya dulu ni, pernah tak bayangkan macam mana kehidupan seorang surirumah sepenuh masa zaman sekarang, tanpa orang gaji dengan anak2 kecik-kecik lagi. Ni kalau geng surirumah yg ada anak2 kecik baca, mesti tau macam mana rupanya.
Ada yg tak serupa orang pun ada😂. Hihi takdelah, gurau ja. Ada orang pernah cakap, jadi housewife ni tak ada life. Betullah jugak tu😅 Zaman sekarang tak macam dulu. Sekarang, rata2 wanita bekerja.
So, surirumah ni takdak geng lah nak berkawan. Berkawan di alam maya ja. Sangatlah tak best tau😢. Sebab lumrah kita perempuan ni nak berkawan, bersosial, berteman. Nak ajak berbual, bercerita.( Tapi kena hati2 jangan sampai mengumpat😅).
Ni nak cerita macam mana kak Nadh boleh terjebak dengan mobile spa The Walking Beauty ni, dan kenapa bisnes ni sangat ideal utk surirumah. Kisahnya, Kak Nadh masa pegang title surirumah sepenuh masa untuk sebulan dua ok lagi, masuk setahun dua rasa tak senang duduk dah😂
Dah tak senang duduk tu akhirnya berjumpa dengan mobile spa TWB. Kat sini kak Nadh senaraikan 5 sebab kenapa bisnes mobile spa ni sangat ideal utk surirumah. Ni berdasarkan pengalaman sendiri tau🤗
1. Boleh buat servis spa sambil bawa anak
Haa, dah kita surirumah, anak2 sapa nak jagakan kalau buat mobile spa ni, ye idok?😁 So apa yg kak Nadh buat? Angkutlah anak yg kena angkut. Contohnya Thoriq masa tu baru dalam 3bulan, menyusu lagi, memang kak Nadh bawak je skali. Tapi awal2 tu dah tanya customer dia ok ke x. Setakat ni semua customers ok.
Lagi satu, bila buat servis spa ni, dia macam terapi utk kita surirumah. Waktu ni lah peluang utk dapat kawan baru, ada teman berbual. Hihi Kan naluri wanita ni, hanya wanita jugak yg memahami.
2. Waktu kerja yang fleksibel dan sekejap ( 2-3jam @kurang)
Ni pun point yg best sangat. Kita sendiri yang tentukan bila kita nak buat servis spa ni bila. Katakan pukul 12 tengah hari kena ambik anak, so buatlah sebelum tu, pukul 10pagi ke. Takpun suami boleh jagakan anak2, so buatlah waktu hujung minggu je.
3. Ambik servis spa di mana-mana saja.
Kitakan surirumah, jadi bila ikut suami outstation ke, boleh sekali jalan dengan ambik tempahan utk booking slot facial contohnya. Takpun balik kampung ke, still boleh buat servis spa.
4. Income 4-5 angka macam orang bekerja.
Alhamdulillah, memang rezeki Allah tu luas. Jadi surirumah dan sekadar bisnes mobile spa pun boleh dapat gaji macam orang bekerja. Ada jugak beautician yg join mobile spa TWB ni, hasil servis dia banyak lagi dari gaji tau.
Boleh baca SINI cerita pasal beberapa beauticians yg dapat income 4-5 angka. Macam mana sampai 5 angka? Sebab dalam TWB ada 6 penjuru income. Ni bila dalam training kita bagitau.
5. Dapat pengalaman macam eksekutif syarikat besar
Ada conferences, ada award, ada lunch gathering dekat hotel 5 bintang. Haa memang macam org kerja besar. Siap ada trip percutian percuma lagi😍. Bayangkan, kita surirumah je tapi dapat rasa semua ni. Aduhhh fefeling surirumah high class sungguh macam ni tau. Hihi. Tengok ni kak Nadh share pengalaman akak attend leaders conference❤️.
So, kalau nak buat bisnes yang sesuai dengan surirumah, jangan segan2 contact kak Nadh ye🤗.
Memang mobile spa The Walking Beauty lah jawapannya🤗.
Nadhirah
0132464026
Owner Nad's Home & Mobile Spa
Trainer & Certified Beautician
The Walking Beauty Project
0132464026
Owner Nad's Home & Mobile Spa
Trainer & Certified Beautician
The Walking Beauty Project