Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Saturday, 18 April 2020

ANAK - ANAK DAN GADGET


Credit to keluarga.my

Ada yang kata, kakak Amna pandai speaking. Bijak English. Tak adalah cekap betul, banyak lagi yang dia kena belajar, tapi cukup untuk Amna faham soalan kalau ada yang tanya dia dalam English.

Vocab pun not bad, kalau compare dengan ummi baba waktu umur 7 tahun dulu, memanglah kami kalah😂 Sebutan dia? Ok yang ni ummi mengaku, lidah Amna dah nak macam minah salleh. Cumanya, dah sekolah ni kuranglah slang dia tu.

So dari mana Amna belajar? Of course dari gadget. Gadget ni banyak kelebihannya, tapi banyak juga kekurangannya.

Tambah pulak memang zaman anak-anak sekarang, gadget tak dapat dipisahkan dah.

So dekat sini, Kak Nadh nak cuba kongsi macam mana nak control supaya anak-anak tak terlalu ketagih dengan gadget. Bukanlah maksudnya anak-anak kak Nadh tengok screen 2jam saja sehari, tambah PKP ni. Rasa tak mampu nak limitkan setakat 2jam saja😭

Tapi bolehlah dikatakan masih dapat dikawal. So apa caranya?

1. Limit screen time hanya dekat tv sahaja. No notebook, handphone, ipad untuk anak-anak. ( Lega sbb ipad rosak waktu Amna berapa bulan entah).
- ni waktu dekat rumah, saya dan suami tak guna handphone kami untuk buka cerita upin dan ipin. Memang kami buka di tv saja. Jadi anak-anak takkan minta hp kami utk tgk cartoon.

2. Screen time guna handphone orang lain. Contohnya mak sedara depa ni buka baby shark guna hp dia. Ataupun pergi rumah sedara, tengok dekat hp diorang. Boleh. Sebab sekali sekala jumpa. In case nak tengok lagi, jumpa semula baru boleh tengok kan?

3. No gadget waktu makan luar. Sejak dulu lagi, kalau makan dekat luar memang kami biarkan ja anak-anak ni bermain, tengok ikan ke. Bising? Agakla, kena rajin control. Waktu anak seorang dua memang ok. Dah makin besar, makin byk akal kan? So waktu ni dah masuk 3 orang, kena pilih tempat makan yang open. Kalau bising pun orang tak heran sangat lah. Kena pastikan jugak masa pergi kedai makan tu diorang tengah lapar, so makanan sampai, senyaplah😁

4. No screen waktu makan di rumah. Selalunya tutup tv dulu baru makan. Ada masa kami biar ja tv tu, memang tak tenteram depa ni makan. Terteleng kepala nak tengok tv. So pergi pause dulu cerita tu. Rezekilah pasang unifi dekat rumah boleh pause hypptv jugak. Haha

5. Kawal rancangan yang anak-anak tengok. Masa depa ni kecik, umur setahun dua macam tu, kak Nadh banyak pasang Baby First TV dengan Cbeebies je. Tak ada iklan barang2. Hihi Takpun search Robocar Poli English Version ( bonus kalau nak ajar anak guna carseat, memang bagus tengok Robocar Poli). Pasang nursery rhymes ke. Lagu Bismillah ke.

Selalu waktu malam memang no screen dah.

Ok lah, tu je yang nak share. Kami tak perfect pun, ada yang lagi hebat boleh buat segala aktiviti dengan anak2 with just 2 hours or less screen time per day. Memang salute🤗💪

Sekarang, Amna maybe tak pandai nak taip dekat handphone, tapi dia tahu nak search dekat Youtube😅 Lagilah ummi baba kena pantau. Buat restriction mode, untuk kids. Kalau rasa tak sesuai show tu, bagitahu cerita apa dia boleh tengok, Peppa Pig, Dora The Explorer, Moana, Max & Ruby, Nick Jr. atau tutup tv. So dia pilihlah nak yang mana.

Jadinya dari sinilah Amna ni belajar English. Sekian.

Thanks for reading guys😘

Saturday, 26 January 2019

Working At Home Mom: Anak sumber kekuatan atau halangan?

Assalam semua😊

 Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Hari ni terasa nak menulis panjang sikit. Dah lama tak bercerita panjang2 kan.

Tengah tunggu Master Tiera sampai😁

Ok, saja Nadh tepek gambar ni. Nak berkongsi dengan uolls, kawan2 yg surirumah, takpun yg bekerja ke, tapi nak buat part time job, or maybe fulltime. Untuk adik2 yang single pun, moga ada manfaatnya.

So, the story begin like this..

Ada beberapa orang yang Nadh jumpa, sama ada berjumpa secara reality atau di alam maya.  Antaranya yang join preview TWB, ada jugak yang Nadh sendiri approached.

Antara common issue is ada anak2 kecik, so susah nak buat bisnes. Bila kita dari awal lagi dah set mind blocking ni, so that's it. Memang alasan anak2 ni yang akan sentiasa jadi tembok besar.

Ada jugak yang boleh bagi alasan, " owh..Dia bolehla..anak2 dia behave. Anak2 dia senang handle. Dia bolehla, anak baru sorang."

Adehhh, kalau bab alasan ni, sampai bila pun tak sudah. Well..ni based on pengalaman sendiri jugak. Sebab Nadh pun pernah masuk 'fasa gua'.

But then, alhamdulillah, Allah is always there. Kita bila masuk fasa gua pun, apa benda yang jadi, solat jangan tinggal. Walau ada masa sampai dah tinggal lagi 5 minit ja waktu solat, terus solat jugak. Inshaa Allah, ada jalan keluar.

Okeh sambung pasal anak ni. Semua atas diri kita ja. Kalau nak tunggu anak besar baru buat bisnes, percayalah, kita mungkin takkan buat terus.

Nak tunggu ada bibik baru boleh nak ber 'coaching', tunggu jumpa pengasuh baru nak start buat mobile spa, anak umur 2bulan, nak tunggu dia setahun dulu, haa tunggu, tunggu dan tunggu lah😌. Entah bila nak start pun tak tahulah.

Ni roughly ja. Kalau betul memang ada problem, carilah benda yang kita boleh buat sikit2 dulu. Contohnya, nak join The Walking Beauty, draf plan dulu. Tulis bajet ke. Tulis apa yg nak capai bila join TWB ni.

Baca buku pasal info kecantikan dan kesihatan ke. Tengok video yang berkaitan. Cari design untuk poster home spa dulu ke. Yang penting kita start.

Tak pandai drive tapi lesen dok renew sentiasa, so start dengan drive pergi kedai yang jauhnya 5minit. Apa2 ja asalkan START!

Tak confident nak bawak anak untuk coaching, so start dulu dengan bawak anak pergi kedai. Drive bawak anak pergi jumpa kawan ke.

Boleh jugak bawak teman. Yes, Nadh bawak anak spa skali, untuk mintak tolong handle waktu nak berjalan, turun escalator waktu nak ber sesi coaching dengan Master Tiera. Yang penting, anak spa Nadh dapat ilmu, Nadh pun dapat, n my kids pun ada chance untuk main jugak.



Apapun, semua atas diri kita. Orang lain setakat boleh bagi nasihat, support. Tapi kalau orang dok bagi 200% support pun, kita yang tak nak start, selalu bagi alasan, tak cuba cari jalan, alamatnya kita macam tu ja.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita masih lagi nak jadikan anak sebagai sumber kekuatan atau alasan untuk kita tak bisnes sungguh-sungguh.

I dont know. Ramai sangat mommy gojes yang hebat2 ni. So, why dont we put ourselves as one of them. Hihi😁

Ok, tak tau lah apa yang ku tulis ni. Idea spontan lahir dari hati dengan niat ingin membantu. Wallahua'lam..

Sekian...

Ni antara beberapa lagi gambar Nadh buat aktiviti bisnes dengan bawak anak2.






#bilaNadhmenulis
#wahm
#alumniTWB
#sayabisnesShaklee
#SparkleOutstandingLeaders

Thursday, 16 March 2017

HADIAH UNTUK MAMA




Wahhh, tengah cari idea pasal hadiah untuk ibu tersayang ke? Nad memang suka bagi hadiah dekat orang. Kalau orang bagi hadiah dekat Nad lagiiiiiii ai suka tau. hihi. 

Masa kerja dulu, dapat hadiah sebatang pen pun dah suka sangat. Yelaaa, pen tu memang penting kalau dah namanya cikgu. Haha memang tak boleh dipisahkan pen dengan guru. Siapalah guru tanpa sebatang pen. Kelassss gitu 😄

Well.....bila dah berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa, kena catu jugak laa belanjawan negara NADHY's KREX. Haha. sempoi tak nama negara kami 😆 

Waktu kerja dulu memang Nad bagi bulan-bulan duit belanja pada mama ayah. Bila dah berhenti kerja, kalau ada lebihan daripada duit rumah, Nad bagilah. Kalau tak ada, Nad diam ja 😣

Meh kita throwback kejap.....


"Memang terasa lainnya bila pernah bekerja dan jadi surirumah sepenuh masa ni. Sebenarnya, Nad memang jenis kurang berbelanja untuk diri sendiri. Nad takda feel pun nak beli handbag, kasut, alat solek ke. Takkk. Nad hanya beli bila kasut tu memang dah nazak. Selagi boleh pakai, Nad pakai jaa. Lagipun, kasut dah lama pakai rasa selesa ja..ngeh ngeh.( ayat cover sebab pakai kasut buruk)👀

Bila dua tahun berlalu, Nad dah mula rasa tak best sebab tak dapat nak bagi duit belanja bulan-bulan pada mama dan ayah. Sebenarnya, sebagai anak perempuan, itu bukan suatu kewajipan pun. Tapi, Nad tau Nad ada kudrat yang boleh digunakan untuk bantu kewangan keluarga kecil kami dan mama ayah di kampung. Nad mula nampak, Nad perlukan duit bukan untuk keperluan sendiri, tapi untuk anak-anak dan keluarga."

Haaaa gitulah sayunya cerita Nad. Sedih tak? Sedih tak?

Dipendekkan cerita, Nad decide melabur duit simpanan gaji untuk buat modal bisnes. Tolak pi, tolak mai, tambah sini, tambah sana, duit masuk, duit keluar, alhamdulillah ada rezeki lebih nak beli untuk mama dua botol vitamin. Nad excited sangat tau sebab dah lama tak rasa yang kita dapat duit daripada usaha sendiri, tak mintak kat suami pun 👏 (tepuk tangan untuk diri sendiri) Excited sampai tulis kat blog. haha





Mana tak excited, ratus jugak nih! Saja kasi kembang diri sendiri. Kita memang kena bagi semangat dekat diri sendiri,,,,Ye ke idok? Ye laaa. 

Vitamin E dan Vitamin C Shaklee ni untuk kulit mama yang dah jadi sangat sensitif dan kering. Masa jumpa doktor, Nad ada sekali dengan mama, dengar doktor suggest Vitamin E. Nad apalagi, tanam azam untuk beli Vitamin E untuk mama. Alhamdulillah, tercapai...

Jadilah, HADIAH UNTUK MAMA..😊

Point sebenarnya nak bagitau, ada macam-macam cara untuk kita bagi hadiah.. Terutama pada orang yang dah berkorban jiwa raga untuk kita. Nad pilih untuk bagi hadiah yang membantu mereka lebih sihat, kalau sakit, bagi hadiah yang dapat meringankan sakit mereka..Insha Allah..

Tq sooo much sudi baca cerita Nad ni..akan bersiaran lagi dengan cerita lain pulak😉

Orait, kalau ada yang nak order Shaklee dengan Nad roger k...kita consult kaw-kaw punya..

Salam Sayang,
Nadhirah
0132465026