Showing posts with label TWB. Show all posts
Showing posts with label TWB. Show all posts

Sunday, 10 November 2019

10 Pandangan Mengenai Kursus Spa The Walking Beauty


Haiiii semua. Assalamualaikum wbt.😊 Untuk entry ni, kak Nadh nak post gambar je. Biar gambar yang berbicara gittu. Haha

Ok lah, jemput baca ye 10 pandangan ni. Semoga siapa yang teragak- agak nak join bertambah bersemangat untuk join TWB.❤️












Much Love,
Nadhirah Halim
0132465026
Trainer The Walking Beauty



Wednesday, 18 September 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee



Assalamualaikum wbt❤️



Ok, kak Nadh tak tahu nak mula dari mana. Tiba-tiba jadi speechless. Teringat kejayaan demi kejayaan yang kak Nadh dah pernah dapat dalam Shaklee. Rasa mata nak berair😢

I was so amazed with myself for a while. Dalam hati, my inner voice say " Come on, Nurul Nadhirah, you can do it💪. Keep on chasing your dream! Nothing is impossible. Everything POSSIBLE!

Mesti korang pelik kan. Kenapalah dengan kak Nadh ni😅. Meh kak Nadh cerita dari awal ye. Kak Nadh rasa bersyukur sangat Allah takdirkan jalan hidup ni bertemu dengan bisnes Shaklee.

Sebelum ni kak Nadh memang macam allergic lah bila sebut bisnes, terutama sekali yang berkonsep MLM. Sebab salah faham dan pukul rata semua bisnes. Asyik ingat sistem piramid je. Sampailah pada satu hari berkenalan dengan projek The Walking Beauty ( TWB ). Boleh baca SINI pasal projek tu😊 

Masa tu tahun 2016. Projek TWB ni adalah projek spa tanpa kedai. Senang cakap spa bergerak. So kak Nadh tergerak hati untuk join projek ni setelah 2 tahun menganggur dan jadi surirumah. Percaya tak, bila kita tergerak hati tu maksudnya Allah memang nak bagi kita something yang lebih baik☺️

Ok, dalam projek TWB ni kita menggunakan 100% produk Shaklee. Masa ni lah kak Nadh daftar jadi member Shaklee. Nak jadi beautician ni, kita kena jaga kesihatan diri kita jugak kan. Kulit muka pun kena jaga.

Dah jadi ahli, kak Nadh pun makanlah vitamin Shaklee dan guna skincare Shaklee. Nak tau tak, sebelum join TWB, kulit kak Nadh kusam tau. Muka pun tak berseri sangat. Lepas je makan Vitamin C Sustained Release, ESP, Alfalfa konsisten, kulit kak Nadh makin cerah berseri❤️ Bagi kak Nadh, inilah kisah kejayaan pertama Kak Nadh. Hihi

Haishhh, ikutkan banyak sangat kisah kejayaan bagi kak Nadh. Sebab this is my life journey. Istilah kejayaan bagi kita takkan sama dengan orang lain kan😊
Because we know who we are. Kita je yang tau apa tembok yang kita dah pecahkan.

Berjaya mendapat #shakleeEffect✅
Berjaya menceburi bidang bisnes✅

Kan dah cakap kan iolls allergic dengan bisnes. Rasa macam ehhh, bisnes bukan untukku😂. Tapi bila dah dapat #shakleeEffect, selain dari buat mobile spa, kak Nadh excited nak share manfaat supplement yang kak Nadh dapat. Kak Nadh start tambah ilmu tentang produk, start join kelas-kelas nutrisi Shaklee, study pasal vitamins dan kepentingannya.

Shaklee Effect kak Nadh

So start dari situ kak Nadh keep on sharing. Sambil buat facial, sambil explain kebaikan produk2 Shaklee. Iolls dah fall in love with Shaklee sebab Shaklee betul-betul berpegang dengan prinsip Safe, Proven, Effective. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi dan tiada bahan kimia merbahaya.

I am a shy person. Haha. Tapi dengan TWB dan Shaklee, kak Nadh lawan rasa malu tak bertempat tu. Yeayyy, satu lagi kejayaan❤️
Sewaktu bergelar full time housewife, sempat merasa sangat rendah diri, rasa useless, tak confident dengan diri. Rasa macam kita ni tak reti nak buat apa-apa. Huhu so sad😭

Now I am a proud working at home mother☺️

Tapi asbab bisnes Shaklee dan TWB ni, kak Nadh cipta satu lagi kejayaan. Kak Nadh belajar untuk sayang diri sendiri, hargai diri dan appreciate semua yang kak Nadh ada. Fokus untuk menjadi lebih baik dengan bersyukur dulu apa yang ada di tangan.

Adoii, rasa banyak lagi kejayaan nak cerita ni. Tapi kita story setakat yang I larat nak menulis je ye. Ok sambung. Satu lagi kejayaan, bila kak Nadh dapat bonus dari 2 angka, jadi 3 angka, lepas tu jadi 4 angka ( RM1,500- RM2,000). Tau tak, nak naikkan bonus ni, macam2 yang kak Nadh belajar.




Antara gambar-gambar Kak Nadh dengan team (mentor, sidelines, downlines). We are a big family😉


Pengalaman yang sangat berharga. Kak Nadh belajar bina team kak Nadh sendiri ( Glorious Outstanding Leaders ), belajar jadi leader, belajar buat blog😁 hihi. Asah social skills, communication skills, driving skills. Haa tengok segala macamlah yang iolls belajar.

Salah satu bonus yang kak Nadh dapat

Tu part bonus lah. Untuk seorang surirumah, bonus Shaklee yang masuk di tengah bulan memang sangat-sangat membantu. Asbab Shaklee dan TWB jugak, kak Nadh berjaya hadiahkan staycation untuk family kecik kami sempena anniversary yang ke 6 :) Encik suami tolong drive je tau. Hihi 


Gambar masa staycation dekat Shaftbury Residences😍

Ehhh, korang tak pelik ke apesal laa kak Nadh ni kalau sebut bisnes Shaklee, mesti sebut TWB sekali. Sebabnya, dua-dua bisnes ni saling berkait. Dalam TWB ada 6 penjuru income, dan antaranya adalah untung runcit dan bonus dari Shaklee. Plus, TWB ada sistem yang sangat bagus bila gabung dengan bisnes Shaklee ni.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Gambar waktu jadi Trainer TWB

Banyak sangat kejayaan yang kak Nadh dapat. Berjaya ada team yang setia, berjaya ada loyal customers, berjaya bantu orang lain untuk sihat☺️ Now, kak Nadh decide untuk cipta lebih banyak kejayaan💪.

Thank you soo much untuk mentor-mentor kak Nadh yang tak putus asa dengan diri ini. Terima kasih Izaty Rosli, Master Athirah dan Master Ainul. Special thanks jugak untuk Mr Hubby dan family utk sokongan dan dorongan😘

So guys, kalau berminat nak join team GOL ( Glorious Outstanding Leaders) dengan kak Nadh dan join group besar kami di bawah #Jutawan, jangan segan-segan untuk contact kak Nadh ye. Kita sama-sama cipta kejayaan ok❤️

Salam sayang dari Kak Nadh,

Your trusted Shaklee Distributor
Alumni The Walking Beauty
Beautician & Trainer TWB
0132465026









Friday, 25 January 2019

Kursus Spa The Walking Beauty 2019

Haiiiiii semua😊

 Assalamualaikum wbt. Semoga sihat dan berbahagia disamping insan tersayang. Alhamdulilah, dah nak masuk tahun ke 3 Nad join The Walking Beauty. Kiranya sekarang kami dipanggil Alumni TWB.

Kenapa Alumni TWB? Sebab kami bina spa atas nama sendiri, dan tiada langsung komisyen yang kena bayar pada TWB. Kiranya bayaran memang semata-mata untuk training ja.

Okeh, mai Nad cerita pasal latest update tentang Kursus Spa TWB ni ye. Since kita dah masuk tahun baru, of course pakej kursus pun baru jugak😊

Inilah dia pakej TWB 2019 



Haa, ni laa pakej terbaru kita. Apa yang kawan2 akan dapat dengan pakej RM2,999 ni? Jom tengok😁



Pakej TWB 2019:

👉Youth set (skincare)
👉 Set scrub
👉 Set masker
👉 Set hand & foot spa
👉 Vitamin for spa
- - - - - - - - - -
👉Beg SPA
👉Skin analyzer
👉Ion massage
👉Trial kit
👉Sijil
- - - - - - - - - -
Belajar 5+1 courses
-Relaxing facial
-Body Scrub
-Aura Milk Bath
-Hand & Foot Spa
-Sauna
+1 how to set up home & mobile spa

🌷BONUS🌹
✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔ income 6 penjuru
-habis training dah terus boleh run spa TWB

Serius tau, habis je training dah boleh run spa dah. So kalau nak join, sekarang dah boleh fikir dah nama spa korang🤗

Owh, nak tau pasal training pulak ye? Part training ni paling win bagi Nad. Kenapa? Sebab memudahkan urusan kita yang nak belajar ni. Training secara praktikal one to one tau. Kiranya trainer tu hadap kita sorang ja, fokus kat kita ja. Tak ke best tu?😎

Inshaa Allah, kita senang nak tangkap step yang diajar. Kalau salah, waktu tu jugak trainer akan betulkan. Lagi best, kalau kita tak boleh nak ke tempat trainer, contohnya, anak2 tak ada orang boleh tolong jagakan, so trainer boleh datang rumah kita, tapi ada caj transport lah.

Jangan tak percaya, ada yang training sambil buai baby lagi🤗 Pregnant ladies pun join jugak even tengah sarat. Dua tiga hari sebelum due pun boleh buat servis spa lagi. Kiranya ilmu spa kita ajar mudah nak apply, tapi kesan macam dekat spa mahal😍

Okeh, jelas dah kan pasal training? Ni Nad nak bagitau pasal produk pulak. Kalau perasan, dalam gambar Nad tepek tu ada produk Shaklee. Haa, nak habaq ni, kita memang guna 100% produk Shaklee.

Kenapa? Sebab produk2 ni dah ada Halal Certificate, dan dijamin selamat dan berkesan berdasarkan ujian2 klinikal. Bukan testimoni semata-mata tau. Selain tu, produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi dan tiada bahan kimia merbahaya.

Bila kita guna produk Shaklee, secara tak langsung kita kena daftar sebagai ahli Shaklee untuk dapatkan harga produk dengan harga ahli. Of course lah sebab harga ahli lebih murah kan😊

Sekarang kita tengok set Skincare Youth pulak ye. Ni wajib kena cerita sebab ni bahan utama dalam servis spa kita😎. Youth ni terhasil setelah 8 tahun penyelidikan, memiliki 8 paten, dan beberapa lagi yang masih pending. Semua tau kan, tak ada company yang akan patenkan produk mereka kalau produk tu tak ada nilai😅

So , inilah rangkaian Produk Youth:


1. Luminous Gel Oil Cleanser


2. Perfecting Skin Toner


3. Age Defense Moisturizer- SPF 50


4. Youth Activating Serum


5. Advanced Renewal Night Cream


6. Radiance C + E

Haaa, apa cer? Best kan, best kan?😊😊 So, jangan tunggu lama, grab this opportunity ladies! Boleh jadi, peluang hanya datang sekali seumur hidup untuk uolls jadi owner mobile spa atas nama sendiri. Sapa tau, sekarang mobile spa, nanti premis spa pulak kan?😎

Berminat nak join? Contact Nad terus tau.

Nadhirah
60132465026
Owner and Manager,
Nad's Home & Mobile Spa.
Certified Trainer TWB
FB: Nadhirah Halim

Tuesday, 15 January 2019

Surirumah dengan Pendapatan 4 Angka



****************************************
Subhanallah, tak pernah terfikir akan dapat macam ni lepas dah berhenti kerja. Bonus dah lebih kurang macam orang kerja 8pagi-5ptg.

Waktu orang lain tengah rushing kejar Bas Rapid, ai tengah main geletek dengan baby Thoriq. Pastu dengar dia ketawa nampak 4 batang gigi😄.

Waktu orang lain tengah jalan kaki balik semula ke ofis after lunch, ai tengah napping time😚. Takpun tengah take five, layan cerita Nick Jr dengan Amna, Nuqman dan Thoriq.

Tu part yg best lah. Of course ada part yg struggle. No pain, no gain kan..

Tapi serius cakap, masa decide utk join The Walking Beauty, tak pernah terfikir pun akan dapat pay slip 4 angka macam zaman kerja dulu.

Dari sekadar beautician, jadi acah-acah leader, pastu naik jadi Supervisor, as of now, dah bergelar certified Trainer The Walking Beauty pulak.

Dan yg bestnya, career development ni tak berhenti di sini. Nad dalam fasa moving towards a 5 figure earner pulak. It is possible hokey😎 Biiznillah.

Dengan The Walking Beauty, Nad dapat semula keyakinan diri. Serius rasa down sangat lepas dah berhenti kerja😫. Stress, sedih tu tak payah cerita. Asyik rasa siapalah kita nak dibandingkan dengan orang lain.

I am really proud of being #AlumniTWB. Ini bukan kursus spa biasa macam dekat luar tu. It is beyond your imagination 😍. You can chase your dreams. Fight for your dream.


So guys, I am searching for a few beautiful ladies to guide. Siapa yg rasa nak impian dia jadi kenyataan, TWB is a good platform for you.

TWB untuk mereka yang berani bermimpi, dan berani untuk jadikan mimpi itu kenyataan.

Special thanks to founder, Master Ainul Shahrazad, Master Athirah Tieramiessyou dan orang yg mengenalkan saya kepada TWB, Izaty Rosli atas segala tunjuk ajar. Mohon halalkan segala ilmu yg diberi dan moga diri ini terus melangkah mencipta kejayaan demi kejayaan.

Boleh klik link ni utk borak-borak lagi dengan Nad pasal TWB😊


#kursusSpaTWB2019
#SparkleOutstandingLeaders
#thewalkingbeautyproject
#certifiedTrainerTWB

Tuesday, 8 January 2019

Dengan TWB, aku makin kenal Sang Pencipta



Assalam semua. Meh nak bocorkan rahsia sikit😊.

Alhamdulillah, Nad decide join #thewalkingbeauty bukan saja-saja macam tu ja. Tapi memang doa mintak Allah tunjukkan jalan.

Doa, supaya jalan yg Nad ambik ni boleh buatkan Nad dekat dengan Dia. Makin kenal Dia. Sambil tu, boleh berdakwah jugak. Ladang dakwah tu luas. Bukannya setakat suruh orang solat ja kan...

Apa2 saja yg membawa kepada kebaikan, itu dakwah. Sambil makan, kita ajak ingat Allah, itu dakwah. Tambah dalam bisnes ni, lagi banyak kebergantungan pada Allah.

Tipulah kalau tak ada cabaran dan dugaan. Mana ada benda senang dalam hidup. Kejayaan takkan datang bergolek. Nak makan pun tangan ni kena gerak jugak, gigi nak kena kunyah jugak. Tak adanya tiba2 terus kenyang kan?😅

Nak tulis ni pun ada cabaran jugak. Thoriq mintak perhatian dah. So setakat ni dulu lah ai share.

Dengan TWB, Kebergantunganku sepenuhnya kepada Allah
***********************************************


Ni sambung lagi cerita pagi semalam. Yang part ai bocor rahsia tu😄

Yes, Nad memang dah join usrah dari zaman U. Kiranya masa degree dan sarjana lah memang join. Kalau bahasa menariknya, orang panggil bulatan gembira. Memang sangat happy bila join usrah ni.

Masa tu tau macam2, apa yg boleh, yg tak boleh dalam Islam. Masa tu lebih nampak, Dia ada ja dengan kita selalu.

Tapi rupanya, bila dah habis zaman U, termasuklah dah habis sarjana, bila kita sorang2, kita tak kuat. Tarbiyah diri tu tak kukuh.

Indahnya Islam tu bila kita dalam kelompok orang2 yg menjaga perintah Allah. Tapi hidup tak selalunya indah macam tu. Tak selamanya kita dalam kumpulan. Ada masa kita kena melangkah sorang2.

Nad memang rasa sorang2 bila dah berhenti kerja. Lepas tu mula solat buat cukup syarat ja. Konon alasan sebab dah busy dengan anak2. Zikir lepas solat pun, dari 100kali dah jadi 10 kali ja. Solat dhuha pun dah rasa biasa ja kalau tak buat😭

Sedihnya bila ingat balik..Hati tu sentiasa bolak balik. Penat sungguh nak lawan diri sendiri masa tu. Kalau diputarkan masa, NO!, Saya tak nak kembali ke zaman tu. Memang hampir depress.

Tapi sayangnya Allah pada kita melebihi segalanya. Dia tau hati ni sentiasa mencuba utk letakkan Dia pada tempat teratas. Memang selalu doa waktu struggle tu. Tau solat asal cukup ja, tapi hati ni tak pernah berhenti berharap dapat jadi hamba yg lebih baik.

 Cuma kena selalu praktis. Ada ujian yg kita kena hadap utk dapat nikmat meletakkan Allah melebihi segalanya.

Allah tunjukkan jalan dengan temukan Nad dengan The Walking Beauty. Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah. Rupanya, utk Nad, Allah kata kena buat bisnes baru dapat rasa kebergantungan tu hanya kepada Dia.

Kebergantungan tu, sampai nak dapat parking pun mintak sungguh2 dekat Dia. Even waktu tu bukan ai yang drive. Cik suami yg bawak. Nad selalu kalau drive sorang memang tak berhenti la ingat Dia. Tapi bila dengan orang, kita rasa secure, jadi terlupa sekejap. Lumrah manusia macam tu kan..

N amazingly, memang Allah bagi parking macam yg Nad mintak. Tapi sebelum tu Dia ujilah dulu sikit. Berpusing jugaklah cari parking. Siap deal dengan Allah, mintak kereta yg Nad aim utk keluar, supaya kami boleh parking dekat situ pulak.

U know what, tiba2 owner kereta tu datang, start enjin, n betulkan parking dia😂 Saja Allah nak test. Ai masa tu memang ketar dah sebab rasa Allah tu dekat sangat. Tapi lepas tu memang dapat pun parking.

Tu baru cerita bab parking. Ada banyak lagi kisah miracle ni. Sebenarnya, bila kita mula buka mata hati kita, kita akan nampak hikmah satu demi satu. Kita akan rasa setiap yg Allah tentukan terjadi, bukan sia2.

So guys, this is my journey. Cerita korang lain pulak kan.. Tapi satu ja, dont lose hope. Jangan give up dengan Allah. Mintak, mintak dan mintak dengan Dia😊

#wahm
#bilaNadhmenulis
#alumniTWB

Tuesday, 9 October 2018

Leadership Workshop LAT (Legasi Anugerah Terindah)



Alhamdulillah, selesai sudah menimba ilmu yang jarang sekali boleh dapat dekat De Palma Hotel, Ampang. Ilmu kali ni tentang kepimpinan. Leadership skills. Hanya selected leaders and leaders to be ja yang boleh join tau..

Mesti ada yang tertanya, aikkk, buat bisnes Spa The Walking Beauty pun ada leadership workshop ke??

Haa, itulah yang istimewa sangat pasal Bisnes Spa The Walking Beauty ni. It is more than spa treatment. Beyond that.

Kita buat spa treatment, tapi still ada business meeting. Ada jemputan ke National Conference, ada leadership workshop, ada bonus slip yang sangat laku bila nak apply loan.

Well, that is how smart the business we are doing right now. Kita tak nak badan penat buat servis spa gila-gila, duit simpanan banyak, tapi based on konsep kita buat servis spa, kita dapat duit. Kita tak buat servis spa, kita tak dapat duit.

Amacam, menarik tak?? Nak tau lebih boleh contact Nadh ye😎.

Ok, meh nak sambung pasal workshop baru ni. Workshop ni kalau company besar buat untuk pekerja dia, sorang caj RM2500 tau..Tapi kami just kena bayar RM80 ja, sebab yang selebihnya master-master coordinator pakat sponsored.

  Inilah dia para master yang menaja kami😊. Semuanya gorgeous kan. Hihi Terima kasih banyak2 master- master semua.

Ada 3 modul dalam workshop kali ni. 3 modul, 3 kali makan jugak😂

Tajuk workshop ni adalah The 'I' in the Team. Antara objektifnya, supaya para leaders dapat kenal pasti potensi diri dan potensi anak-anak buahnya. Bila dah kenal, barulah wujud satu team yang efektif kan.

Workshop dikendalikan oleh Master Aizad, dan dibantu oleh Tuan Hanafiah sertaserta beb fasilitator. Modul pertama dimulakan dengan penekanan terhadap ' Mindset Shift and Behaviour Change'.

It is all about mindset. Mindset yang akan menentukan action atau sikap kita. Ahli psikologi selalu gunakan model Iceberg, untuk tunjukkan macam mana mindset mempengaruhi setiap tindakan kita.

Selalu yang kita nampak dalam cerita Titanic,  takpun dokumentari ke, bongkah ais ni bahagian atas dia kecik saja kan. Tapi, yang sebenarnya, bahagian bawah dia saaaangat besar, sampaikan kapal Titanic yang besar tu boleh tewas. So, yang bahagian bawah tu adalah mindset, bahagian atas bongkah ais tu adalah sikap kita.



Suasana masa workshop sedang berlangsung.

Antara cara untuk asah potensi diri sebagai seorang leader, kami kena jawab soalan periksa dulu. Hehe gurau je. Kami dapat kenal pasti kekuatan diri dan kekurangan melalui Myers-Briggs Type Indicator ataupun singkatan MBTI. 

Hasilnya, saya dapat kenalpasti encik suami punya MBTI. Orang lain pun ai boleh tau jugak. Jaga-jaga uolls😜.

Next, kami buat Belbin Test pulak. Test ni untuk tengok roles kita dalam kumpulan.
 Memang sangat menarik dan membantu untuk kita membentuk satu kumpulan yang dapat bergerak secara efektif.

After lunch dan solat Zuhur, kami main satu game, iaitu game kereta. Kami semua kononnya pekerja kilang pengeluaran kereta. KPI nya, dalam masa 10minit, kami dikehendaki menyiapkan 45buah kereta.

Kami dibahagikan kepada 5 workstations. Setiap workstation ada tugasan masing2.

W1 - Base
W2 - Inner body + ekzos
W3 - aerodinamik (front) & tingkap
W4 - Body
W5 - Tayar

Of course ada jugak Plant Manager, Quality Control dan Team Leader.

Nak tau apa hasilnya???



Kami merupakan kumpulan kedua yang mencatat penghasilan kereta terbanyak untuk pusingan pertama😎. Subhanallah, rasa macam tak percaya. Tapi aura sepanjang workshop berlangsung memang terasa sangat berkobar. Semua nakkk sangat capai KPI tu. For the second round, memang berjaya lepas KPI. 68 buah kereta siap!

An amazing experienced.

Stay focus in what we are doing.

Do not blame others. Focus on problem solving. Be responsible.

The power of working as a team!

The power of positive mindset.




Lupa nak habaq. Ai bawak baby tau datang workshop ni. Leaders yang lain pun ada bawak jugak. Master Laila sempat tanya dekat sorang fasilitator ni, a Chinese Lady ( she helped us to take care of the babies😍), pernah ke facilitate group yang bawak baby sebelum ni? And she said this was her first time. Haa nampak tak semangat kitorang ni? Hihi

Fasilitator lain pun pakat tolong dukungkan babies yang meragam. Ni pun first time jugak Nadh join workshop formal, yang fasilitator pakat tolong jagakan babies.

Okeh, rasanya sampai sinilah story mory ai malam ni. Lepas ni nak buat entry lain pulak😁

Bye korang. Jumpa lagi next entry.

Friday, 27 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB


Assalamualaikum wbt🤗

Tengok tajuk entri ni, agaknya ada ke yang fikir ni scam??😱 Almaklumlah, zaman poket tengah bulan ja kering, orang semua pakat hutang keliling pinggang, ada pihak yang suka ambik kesempatan atas kesempitan orang lain.

Tapiiiiiii...

Percayalah, ini bukan cobaan...ini betul-betul bisnes yang memang boleh bantu korang bebas hutang.

TWB atau nama panjangnya The Walking Beauty memang diasaskan untuk membantu para wanita yang kesempitan, yang berhutang macam hutang PTPTN, nak bayar loan rumah, kereta, yang pergi kerja dari pagi sampai malam tapi hasil seciput, yang sengsara terpaksa tinggal anak-anak untuk dijaga oleh orang lain, dan macam-macam keadaan yang mendesaklah.

Bisnes Spa TWB adalah satu bisnes yang santai, mudah dan menyeronokkan. Kita buat konsep bina spa dengan nama sendiri, tanpa perlu sewa atau beli premis kedai untuk buka spa. Sangat praktikal dan mudah. Spa tanpa kedai.

Kita ajar untuk buat bisnes spa bergerak dengan modal yang tak berisiko untuk rugi. Tak payah 10 ribu atau 5 ribu pun. Hanya kurang dari 2 ribu tau. Boleh jugak buat home spa jika ada ruang di rumah. Yang penting, tak perlu labur banyak modal, dan pulangannya boleh dapat seawal satu bulan bergantung pada kerajinan diri sendiri😁

Dengan menyertai TWB, korang akan diajar bagaimana mendapat duit dari 5 penjuru. Haa, L.I.M.A. penjuru tau!😎 Memang betullah boleh bebas hutang kalau ada banyak cabang boleh dapat duit. Penjuru pertama of course dari income servis spa. Yang ke 2, 3, 4, dan 5??? Rahsia yang akan dibocorkan once korang dah join TWB😉

Now, jom cuci mata tengok hasil kejayaan para ahli TWB. Ada yang dulu bekerja, sekarang berhenti kerja dan income diorang lagi banyak dari gaji waktu kerja. Ada yang lepas habis belajar, tak pernah kerja pun tapi bila join TWB boleh beli kereta Audi😱. So, dengan income bisnes spa TWB ni lah diorang bayar hutang.

Jap Nad share pasal Tiera, member TWB yang berjaya langsai hutang PTPTN sekaligus masa tahun lepas. Dan Tiera jugak yang berjaya beli Audi waktu umur 29tahun!

Untungnya TWB, kami ada support group. So dari situ para mentor yang dah berjaya share cara nak berjaya.


Sekarang kita bling-bling tengok testimoni duit pulak ye😁






So, amacam? Korang memang boleh bebas dari hutang bila join TWB, insha Allah. Suka Nad nak tekankan jugak, pengurusan duit tu penting untuk membebaskan diri dari hutang. Kena realistik jugak.

Ni antara pesanan Nad:

💪 Kena buat balik kira-kira perbelanjaan dan hutang yang perlu dilangsaikan.

💪 Kena atur prioriti. Tengok mana hutang yang perlu dibayar dulu, contohnya kad kredit sebab interest tinggi kan.

💪 Konsisten bayar hutang setiap bulan. Berapa nak bayar based on kira-kira korang. Kalau nak habis cepat, kena bayar lebih la.

💪 Beli ikut keperluan. Kalau nak ikut kemahuan kena beringat jugak lah. Pastikan dah asingkan duit untuk bayar hutang tu dulu.

Alright, tu je kot Nad nak pesan. Nak tau lebih lagi pasal Bisnes Spa TWB ni? Klik link-link dekat bawah ni ye🤗

Kursus Spa TWB
Modal Minima Buka Spa
Buat Duit Dengan Mobile Spa

Kalau tak rajin nak klik link ni, boleh jugak contact Nad terus untuk kita sembang-sembang pasal bisnes ni😊 Kalau join terus lagi bagus supaya dapat setel hutang cepat-cepat kan. Setakat ni ja entri kali ni. Moga bertemu lagi ya😘

Nadhirah,
Owner Nad's Home&Mobile Spa
+60132465026
Fb: Nadhirah Halim