Tuesday, 8 January 2019
Dengan TWB, aku makin kenal Sang Pencipta
Assalam semua. Meh nak bocorkan rahsia sikit😊.
Alhamdulillah, Nad decide join #thewalkingbeauty bukan saja-saja macam tu ja. Tapi memang doa mintak Allah tunjukkan jalan.
Doa, supaya jalan yg Nad ambik ni boleh buatkan Nad dekat dengan Dia. Makin kenal Dia. Sambil tu, boleh berdakwah jugak. Ladang dakwah tu luas. Bukannya setakat suruh orang solat ja kan...
Apa2 saja yg membawa kepada kebaikan, itu dakwah. Sambil makan, kita ajak ingat Allah, itu dakwah. Tambah dalam bisnes ni, lagi banyak kebergantungan pada Allah.
Tipulah kalau tak ada cabaran dan dugaan. Mana ada benda senang dalam hidup. Kejayaan takkan datang bergolek. Nak makan pun tangan ni kena gerak jugak, gigi nak kena kunyah jugak. Tak adanya tiba2 terus kenyang kan?😅
Nak tulis ni pun ada cabaran jugak. Thoriq mintak perhatian dah. So setakat ni dulu lah ai share.
Dengan TWB, Kebergantunganku sepenuhnya kepada Allah
***********************************************
Ni sambung lagi cerita pagi semalam. Yang part ai bocor rahsia tu😄
Yes, Nad memang dah join usrah dari zaman U. Kiranya masa degree dan sarjana lah memang join. Kalau bahasa menariknya, orang panggil bulatan gembira. Memang sangat happy bila join usrah ni.
Masa tu tau macam2, apa yg boleh, yg tak boleh dalam Islam. Masa tu lebih nampak, Dia ada ja dengan kita selalu.
Tapi rupanya, bila dah habis zaman U, termasuklah dah habis sarjana, bila kita sorang2, kita tak kuat. Tarbiyah diri tu tak kukuh.
Indahnya Islam tu bila kita dalam kelompok orang2 yg menjaga perintah Allah. Tapi hidup tak selalunya indah macam tu. Tak selamanya kita dalam kumpulan. Ada masa kita kena melangkah sorang2.
Nad memang rasa sorang2 bila dah berhenti kerja. Lepas tu mula solat buat cukup syarat ja. Konon alasan sebab dah busy dengan anak2. Zikir lepas solat pun, dari 100kali dah jadi 10 kali ja. Solat dhuha pun dah rasa biasa ja kalau tak buatðŸ˜
Sedihnya bila ingat balik..Hati tu sentiasa bolak balik. Penat sungguh nak lawan diri sendiri masa tu. Kalau diputarkan masa, NO!, Saya tak nak kembali ke zaman tu. Memang hampir depress.
Tapi sayangnya Allah pada kita melebihi segalanya. Dia tau hati ni sentiasa mencuba utk letakkan Dia pada tempat teratas. Memang selalu doa waktu struggle tu. Tau solat asal cukup ja, tapi hati ni tak pernah berhenti berharap dapat jadi hamba yg lebih baik.
Cuma kena selalu praktis. Ada ujian yg kita kena hadap utk dapat nikmat meletakkan Allah melebihi segalanya.
Allah tunjukkan jalan dengan temukan Nad dengan The Walking Beauty. Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah. Rupanya, utk Nad, Allah kata kena buat bisnes baru dapat rasa kebergantungan tu hanya kepada Dia.
Kebergantungan tu, sampai nak dapat parking pun mintak sungguh2 dekat Dia. Even waktu tu bukan ai yang drive. Cik suami yg bawak. Nad selalu kalau drive sorang memang tak berhenti la ingat Dia. Tapi bila dengan orang, kita rasa secure, jadi terlupa sekejap. Lumrah manusia macam tu kan..
N amazingly, memang Allah bagi parking macam yg Nad mintak. Tapi sebelum tu Dia ujilah dulu sikit. Berpusing jugaklah cari parking. Siap deal dengan Allah, mintak kereta yg Nad aim utk keluar, supaya kami boleh parking dekat situ pulak.
U know what, tiba2 owner kereta tu datang, start enjin, n betulkan parking dia😂 Saja Allah nak test. Ai masa tu memang ketar dah sebab rasa Allah tu dekat sangat. Tapi lepas tu memang dapat pun parking.
Tu baru cerita bab parking. Ada banyak lagi kisah miracle ni. Sebenarnya, bila kita mula buka mata hati kita, kita akan nampak hikmah satu demi satu. Kita akan rasa setiap yg Allah tentukan terjadi, bukan sia2.
So guys, this is my journey. Cerita korang lain pulak kan.. Tapi satu ja, dont lose hope. Jangan give up dengan Allah. Mintak, mintak dan mintak dengan Dia😊
#wahm
#bilaNadhmenulis
#alumniTWB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment