Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Tuesday, 24 April 2018

ESP Shaklee


Assalamualaikum wbt🤗

Alhamdulillah, berkesempatan lagi nak mencoret dekat blog nih. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua. Yang memberi ilham dan menggerakkan jari jemari nih. Opps, sempat jugak selit tazkirah😁.

Entri kali ni Nad nak introduce dekat korang pasal ESP. Nama penuh dia Energizing Soy Protein. Of course, produk Shaklee😂.

 Jom kita belajar sejarah ESP ni dulu. Tau dak, protein daripada soya ni mula dihasilkan oleh Shaklee sejak tahun 1961. Haa, dah lama kan wujudnya? Minuman protein berasakan soya oleh Shaklee ni jugak merupakan yang pertama dihasilkan di dunia😱. Dan, kajian untuk penambaikan ESP ni sentiasa dijalankan.  Tengok gambar bawah ni, rupa ESP dolu-dolu.


Dah tau pasal sejarah, jom kita sedut ilmu pasal protein pulak. Agaknya, apa yang penting sangat protein ni?

Haa, kalau nak tau, 20% daripada struktur tubuh badan kita terdiri daripada protein. Protein ni antara bahan utama yang wajib ada dalam badan kita, sebab badan kita ni merupakan hasil gabungan berjuta- juta sel. Dan, 'makanan' untuk sel adalah protein. Kiranya, untuk sel terhasil perlukan protein. So, dari sel membentuk tisu, kemudian organ, pastu sistem, akhirnya jadilah manusia. Ok, ada paham ka? 😁


Contohnya, organ paling besar dalam badan kita adalah kulit. Jadi, nak kulit yang cantik berseri, tak berkedut, kena pastikan sel yang bina kulit tu adalah cukup dan berkualiti. Nak dapat sel berkualiti, kena pastikan protein yang kita makan berkualiti la jugak😉 

Sekarang, kita dah masuk bab protein berkualiti. Macam semua orang tau, sumber protein paling femes adalah ayam, daging, ikan dan kekacang. Masalahnya, ayam sekarang banyaknya kena cucuk hormon bagi cepat besar, daging pun lebih kurang, n daging lambat hadam pastu kalau selalu ambik daging n ayam, risau terlebih kolestrol pulak😅 Ikan pulak ada isu keracunan logam berat, mahal, tak fresh etc...jadinya, kita pun pilihlah sumber dari tumbuhan iaitu soya.

Soya pulak isunya, GMO. Memang potensi besar semua produk soya adalah GMO. Sebabnya demand untuk soya sekarang memang sangat tinggi. Kicap, tauhu, tempe, air soya bagai..

Atas sebab2 di atas, korang kena tau apa istimewanya ESP Shaklee ni.

1. ESP antara produk terlama Shaklee dalam pasaran, iaitu selama 57 tahun.

2. Menggunakan soya non-GMO.

 Kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

3. Mengandungi 9 asid amino penting.

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.


4. Kacang soya dalam ESP dicuci menggunakan air sejuk (cold water extraction technique).

5. Diproses pada suhu rendah agar protein tidak musnah. 

Protein boleh musnah dalam suhu tinggi. Jadi, ayam, daging yang kita masak tu agaknya tinggal berapa ja protein ye?

6. Mengandungi Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39.

 Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet,pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik.

7. Tiada kolestrol dan asid urik kerana berasaskan tumbuhan.

8. Mengandungi kalsium yang ditambah.

ESP membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. 

Wowwww, kan tersangat ohsem ESP ni😎

Dah cerita pasal istimewanya ESP, sekarang kita tengok pulak sapa yang memerlukan ESP:

1. Ibu Mengandung / Hamil
2. Ibu selepas bersalin/ berpantang
3. Ibu menyusu
4. Kanak-kanak 1 tahun ke atas
5. Pelajar / Pekerja / Individu yang mahukan tenaga segera
6. Penghidap diabetes
7. Lelaki / wanita / warga emas /
8. Mereka yang mengalami alergi / gastrik
9. Mereka yang ingin turunkan berat badan
10. Mereka yang ingin kulit cantik
11. Mereka yang ingin merancang anak (kesuburan)

Ada jugak yang tak sesuai untuk ambik ESP:

1. Pesakit buah pinggang
2. Individu yang mengalami hipotiroid
3. Bayi berusia 1 tahun ke bawah
4. Ibu yang menyusu bayi G6PD

Selesai sudah info-info pasal ESP ni. Sebenarnya, ada baaanyak lagi info yang Nad nak share. Tapi nanti panjang sangat la pulak. So, insha Allah entri lain pulak😊

Buat yang nak mendapatkan ESP, boleh contact Nad ye.

K, bye semua. Jumpa lagi dalam entri lain insha Allah🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026
Fb:Nadhirah Halim

Monday, 23 April 2018

Alfalfa Shaklee



Assalamualaikum wbt semua pembaca blog Nad. Moga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa di dalam jagaanNya.

Entri kali ni Nad nak cerita pasal Alfalfa Complex Shaklee. Sebelum tu, ada ke yang tak tau atau tak pernah dengar pasal Alfalfa ni? Jujur, Nad bila join TWB( The Walking Beauty) baru tau kewujudan tumbuhan bernama alfalfa😂

Ada jugak bila cerita pasal alfalfa dekat kawan, dia cakap " Ooo, alfalfa yang bagi arnab makan tu". Korang pulak macam mana? Kenal alfalfa sampai tahap buat ulam ke? Bagus lah gitu. Sebab alfalfa ni memang banyak khasiatnya. Tapi, dia tetap tumbuhan herba yang ada toksin tau😅.  Tak digalakkan sangat untuk makan mentah.

Inilah rupa pucuk alfalfa.


Alfalfa digelar Raja Tumbuhan disebabkan akar tunjangnya memanjang ke dalam tanah sehingga 6 meter, membolehkan alfalfa ni menyerap segala vitamin dan mineral. Mengikut kajian, terdapat 300 jenis nutrien dan mineral yang terkandung dalam alfalfa. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin A, K dan klorofil.

Banyak dah produk alfalfa ni dekat luar sana. Ada yang dalam bentuk tablet, pil takpun cecair. So, apa yang special sangat Alfalfa Complex Shaklee?

Haa, Nad bila tau pasal Alfalfa Shaklee ni, memang rasa beruntung n excited nak share dengan orang. Sebab kagum sangat. Alfalfa Complex merupakan signature product Dr. Forrest C. Shaklee. Maksudnya memang formulanya dirumus sendiri oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an. Sekarang dah 2018. Wowww, dah lama kan produk ni? Produk yang hebat ja boleh bertahan lama kan?🤗

Yang lebih menariknya, Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada pucuk alfalfa ye. Bukannya ambik skali dengan batang ke, akar ke, takpun daun yang dah tua. No no no okey. Hanya pucuknya yang berusia 2tahun. Kenapa mesti 2 tahun? Sebab waktu ni pucuk tu mempunyai kandungan klorofil yang maksimum.

Haaa, tak bulat lagi ke mata korang bila tau pasal ni? Sangat details proses nak hasilkan Alfalfa Shaklee ni. Tu belum campur dengan bab ladang alfalfa yang langsung tak guna sebarang racun, pastu dah petik pucuk tu, sebelum proses, beratus ujian depa test untuk pastikan tiada toksin, racun serangga, bahan kimia merbahaya dan segala yang bahaya lah. Dah ladang pun tak guna racun, tapi still test jugak? Yes! Sebab racun boleh tersebar melalui udara jugak kan.



Ok, now, meh la kita tengok khasiat atau kegunaan Alfalfa Shaklee ye.

1. Sebagai agen detoks
Badan kita ni memang banyak toksin tau. Sebab kita makan macam-macam. Lepas tu kurang bersenam. Even kita vegetarian pun, buah-buahan dan sayuran sekarang dah banyak GMO. Guna baja dan racun serangga. Jadinya, kita memang perlu detoks untuk mencuci toksin dalam darah tu, dan Alfalfa Shaklee memang bagus untuk detoks😊

2. Milk booster
Orang dulu-dulu memang dah tau alfalfa membantu banyakkan susu badan. 

3. Mengurangkan gejala resdung dan jerawat.
Insha Allah, sangat sesuai untuk orang yang ada resdung, ataupun alahan dengan seafood atau habuk.

Jom tengok simptom resdung:

- nafas berbau
- kerap selesema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur

4. Mengatasi masalah bau badan, kaki & mulut

Badan berbau disebabkan toksin yang banyak terkumpul dalam badan. Buang toksin, hilanglah bau insha Allah.

5. Untuk kesihatan tulang dan sendi.
Sepuluh biji alfalfa bersamaan segelas susu tinggi kalsium tau. 

6. Mengatasi masalah keputihan
Alfalfa membantu dalam mengurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

7. Jamu moden sebab fungsinya macam kacip fatimah untuk wanita dan tongkat ali untuk lelaki.

8. Mengurangkan uric acid ( Gout)
Alfalfa membantu meneutralkan asid.

9. Mengatasi masalah penghadaman dan sembelit

10. Mengurangkan paras gula dalam darah

11. Mengawal paras kolestrol.


Now, jom kita tengok siapa yang tak boleh ambik Alfalfa.

1.    Pesakit autoimun contohnya SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.
-Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk

2.    Ibu mengandung
- Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)

3.    Penyakit hormone-sensitive eg kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid
- Phytoestrogen dalam alfalfa yang boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini

4.    Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin
-  Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.

5.    Penerima organ transplant
-  Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).

6.   Orang yang mengambil ubat cair darah warfarin.
- Alfalfa ni ada kandungan vitamin K yang sangat tinggi. Vitamin K berfungsi memekatkan darah. Jadi, bila ambik alfalfa, warfarin tak dapat berfungsi dengan betul la.

7.    Ibu yang menyusui bayi G6PD deficiency
- G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.

8.   Individu yang mengambil pil perancang
- Alfafa mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti hormon estrogen. Pengambilan alfalfa dapat mengurangkan kesan pil perancang tersebut.

Alhamdulillah, rasanya Nad dah cover apa yang korang kena tau pasal Alfalfa ni. Harapnya dapat bagi manfaat untuk kita semua😊, insha Allah.

Kalau ada yang berminat nak try Alfalfa, boleh contact Nad untuk order dan konsultasi percuma ye.

Sihat dan ceria bersama Shaklee🤗

Nadhirah,
Your Shaklee Trusted Distributor
+60132465026






Thursday, 16 February 2017

UNTUK APA SUPPLEMEN?


"alah, saya tak makan supplemen pun sihat ja.. boleh lagi berjalan ke sana sini, buat kerja bagai."


" HEMMM, saya tengok kawan2 yang ambik supplemen ni sama jugak, ada masa dia MC sebab demam, kiranya, tak fit pun badan dia.."
Image result for SICK IMAGES



Well.....memang ramai ja fikir macam ni kan :)

Realiti sebenar:

-orang yang ambil supplemen ni adalah untuk MENCEGAH badan daripada sakit yang kronik, sakit yang berlarutan hingga hanya ubat menjadi teman setia.

-Mencegah dari sakit yang memerlukan pembedahan yang semestinya ribu-riban kosnya.

-Mencegah dari sakit yang sekali kos rawatan dah beratus ringgit.

Memang ada yang ambil supplemen tapi masih diserang demam, batuk tapi cuba tengok berapa lama tempoh demam tu. Selalunya, demam orang tu tak berlarutan.

Allah ciptakan badan kita dengan sistem yang sangat hebat. Sistem yang bekerja sendiri tanpa perlu arahan dari kita. Tapi bekerja dengan arahan dari Pencipta. Kita hanya diberi kuasa untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi yang cukup supaya segala sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Amanah pada kita untuk menjaga anggota badan agar dapat beribadah kepadaNya. Selebihnya, hanya Allah yang tentukan.


JADI, UNTUK APA SUPPLEMEN?

1. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

2. PENUHKAN NUTRISI GAP KITA

Image result for healthy food
                                          credit:solutionstopollution.wordpress.com

Kenapa perlu penuhkan nutrisi gap kita?

meh baca nad explain ni...

Zaman sekarang dah tak macam dulu. Pencemaran berleluasa. Darat, air dan udara dah tak sebersih 100tahun yang lalu. Kandungan nutrisi dalam buah-buahan dan sayuran yang kita makan sekarang tak sebanyak zaman dulu. Air yang kita minum tak sebersih zaman dulu.

Belum campur makanan yang kita masak dengan cara menggoreng, tambah2 kalau suka makan pisang goreng..(nad suka..hihi) makan luar of course ada ajinomoto..fast food yang banyak garam(nad pun suka..haishhh). Haaa, jangan tak tau, frozen food pun tak bagus sangat..(ni pun nad suka jugakkkk)

Kalau tak ambik pun, sihat ja boleh ke sana ke sini, tapi muka nad memang nampak kusam, tak segar. Muka encik suami pun ;p. Dah jadi surirumah, sakit pinggang tak payah cakap laa. Sebab Nuqman suka berdukung. Lepas sorang g toilet, sorang lagi pulak. Pastu bila adik nangis sebab kita tengok kakaknya, nak kena dukung jugak. Tambah nad memang czer:( Nak pastikan luka kat dalam tu sembuh sepenuhnya memang kena ambik nutrisi yang cukup. Nad mengaku nutrisi nad ambil setiap hari tak cukup. BIla dah sibuk urus anak2, selera makan pun kurang. Semestinya nutrisi dalam badan tak cukup.

Berdasarkan gaya pemakanan kita, macam nad cerita kat atas tu, memang confirm banyak vitamin dan mineral yang tak cukup dalam badan. Termasuk pencemaran bagai menyebabkan sel-sel badan kita terkena serangan radikal bebas. Antara vitamin yang dapat melawan serangan radikal bebas ni adalah vitamin C.

Percaya tak, badan kita tak boleh hasilkan vitamin c sendiri. Kena support dari luar melalui pemakanan kita.. Nak badan yang sihat kena ambil 7.5 biji oren sehari..haaa banyak sangat nak telan tu kan? Sebab tu kita perlu bantuan supplemen. Itu baru tentang Vitamin C. Yang lain macam vitamin B, amino acids, zat besi? 

Contoh zat besi pulak.. Untuk apa zat besi? Utuk pembinaan sel darah merah. Sel darah! Memang penting sangat la untuk hidup kita. OK, kita boleh dapat dari daging, kekacang, sayur bayam, kerang...tapi tengok balik cara kita makan macam mana? Lepas makan nasi kita minum teh tarik, takpun kopi. Unsur kafein ni dah" cut" penyerapan zat besi. Takpun kita makan daging dengan telur. Itupun dah mengganggu penyerapan zat besi..

OK, 2 points ni ja yang Nad nak tekankan untuk entry UNTUK APA SUPPLEMEN.

Terima kasih sesangat sudi baca celoteh Nad. Harap bermanfaat. Sesiapa yang nak order Shaklee boleh contact Nad ya.

0132465026
SID: 1238161