Monday 28 January 2019

Tips Bercuti ke Bukit Fraser



Assalamualaikum semua😊 Terima kasih menjenguk ke blog Nadh ni. Moga ada tips berdasarkan pengalaman kami ni dapat membantu kawan2 yang nak bercuti ke Bukit Fraser🤗.

Kisahnya, dah lama Nadh dengan suami teringin nak pergi Bukit Fraser. Kata orang, dok menyanyi nak p lama dah. Tapi tak tersampai-sampai jugak😅. Entah macam mana, penghujung Syawal 2017 kami decide jugak nak naik. Mungkin sebab perlu sangat one day escape kut😁😁

Opps, tahun 2017 kut. Lama betul ai peram cerita ni ye. Tapi sebab rasa macam kena jugak kongsikan, so Nadh tulislah. Ok, sambung cerita.

Nak kata punya last minute planning ni, hari Sabtu petang ada jemputan rumah terbuka dekat Saujana Utama Sungai Buloh. So lepas tu, baru kami mulakan perjalanan. Memang redah ja. Yelah, tengok Maps, 2 jam lebih je. Dok buat relax je lah. Start gerak pun dah pukul 6 petang kalau tak silap.

Kami naik Highway Plus dari situ. Pastu Exit tol Bukit Beruntung. Tapi...seriusss memang salah percaturan ikut jalan tu. Jalan tak ada orang. Dok confuse kami suami isteri ni. Alang-alang dah nekad, tengok Maps pun still ada jalan, harung je lah.

So FIRST tip untuk semua, rancang perjalanan supaya anda sampai Bukit Fraser dalam pukul 5 - 6  petang. Sampai ok. Jangan redah macam kami ni😅. SECONDLY, kalau dari KL, sila ikut MRR2, lalu Rawang, Serendah, Kuala Kubu Bharu. Bagi Nadh, jalan ni lagi senang. Dari Utara, exit Tanjung Malim lah.

THIRD Tip, sila isi minyak kereta full tank. Untuk mengelakkan minyak habis sebelum sampai Bukit Fraser dan sepanjang berada di sana😅.

Cerita tak habis lagi ni. Kami sampai ke jalan nak mendaki ke Bukit Fraser tu dalam pukul 7 malam. We have no idea at all pasal keadaan jalan tu😣. Yang pasal exit Bukit Beruntung dah satu hal. Bila tengok jalan KKB ke Bukit Fraser ni, yang tadinya dok borak2, sekali telan liur, tersenyap masing2. SCARRY!!!!😂

Haha, padan muka kami. Aci redah sangat kan. Ingat KL ke, pukul 2 pagi pun kereta banyak, lampu jalan terang benderang😅. Dah kata nak relax, quiet getaway, patut bajetlah sendiri kan? Serius, jalan sunyi giles. Sempit pulak tu. Dan sangat gelappp. Adalah satu dua kereta lalu. One more thing, berkabus!

Anak2 of course dah tidor. Nadh dengan suami pulak masing2 senyap, husband fokus dengan jalan dekat depan. Part kabus tu memang scary. So ai apalagi, fokus berzikir lah. Haa, waktu tu baru kelam kabut cari Allah kan😥 Apalah kita ni..Waktu senang, senang sungguh lupa dekat Dia. Waktu susah, tak susah pulak nak ingat Dia. Hemmm...

Ikutkan kami cadang nak check in dekat TM Resort. Memang dah call dah, since suami kerja TM. So, takpelah, redah je jalan tu carefully. Alhamdulillah, selamat sampai ke Bukit Fraser.

Nanti dulu, urusan bercuti kami tak settle lagi. Tak boleh nak hip hip horray lagi. Misi mencari TM Resort tu pulak. Rasa macam baru pukul 8 malam tapi gelap sungguh😅. Tapi cuba jugak ikut signboard yang sekejap ada, sekejap tak ada. Dah jauh masuk ke dalam pun tak nampak jugak bangunan yang dicari.

Ok, kami give up. Lastly, walk in dekat Shahzan Inn. Bila walk in, harga untuk one night pun lebih sikitlah kan berbanding kita tempah awal. Rupanya Allah nak suruh kami duduk hotel best, ada balkoni menghadap Kelab Golf Diraja Bukit Fraser. Antara padang golf terawal dibuka di negara kita tau🤗.

Shahzan Inn dari view playground.

Alhamdulillah. Takdir yang Allah tetapkan ni memang sangat indah. Best stay dekat Shahzan Inn ni. Breakfast included, and the foods are nice. Recommended to stay there. Bilik pun ok. Of course, sejuk macam dekat oversea😁😁

Ruang santai dekat Shahzan Inn:





Esok pagi tu, bangun solat subuh, lepak dekat balkoni, pagi yang berkabus dan sejuk, dapat hirup udara segar. Before breakfast, kami jalan2 pusing hotel tu. Bagi Nadh, datang Bukit Fraser, tak pergi mana pun ok dah kalau stay dekat Shahzan Inn ni. 

Banyak masa kami spend dekat situ ja.
Cantik hotel tu. Ada kolam ikan, tempat untuk kita duduk santai2. Siap ada Maybank dekat hotel tu. Kut tetiba nak stay lagi sehari ke, tekan je lah dekat mesin ATM tu😌 

Playground sebelah Shahzan Inn






Lepas breakfast, kami jalan kaki, pergi lepak dekat playground sebelah hotel tu.
Haa, playground ni pun best sebab banyak pokok2 yang cantik dan segar bugar. Duduk dua tiga jam pun rasa ok ja. View cantik kan.. Lepas dah puas ambik gambar dekat situ, kami menapak ke Menara Jam Bukit Fraser yang memang terkenal tu. Dekat ja dengan hotel. Jalan kaki je.



Menara Jam ni tempat wajib orang ambik gambar bila sampai Bukit Fraser😎.




Dah puas pusing2, duduk2, ambik gambar dekat situ dan kawasan sekitar, kami pun baliklah hotel. Prepare nak check out la pulak. Sekejap je kan. Tapi alhamdulillah puas hati😊

Lepas check out, kami teruskan misi mencari TM Resort tu. Saja nak tau dekat mana exactly the bungalow. Ok, dah jumpa. Memang masuk dalam. Kalau siang ok lah. Cantik jugak bungalow tu. Satu lagi, Peninjau Apartment. Ni pun under company TM jugak. Bolehlah kalau nak stay sini. Ramai2 bestlah. Buat family day ke😊

Ni lah TM Resort

View dari dalam kereta je😅

Kami jalan2 lagi area Bukit Fraser tu. Mana jalan yang boleh lalu semua kami masuk😂 Best boleh tawaf satu Bukit Fraser. Hihi
Kami tengok dari luar je The Paddock Fraser Hill ( tempat menunggang kuda ), Allen's Water ( aktiviti dekat tasik ), dan kami lepak dekat Taman Rekreasi Bukit Fraser. Taman ni taman awam. Besar jugak. Dekat Pine Tree Road. Bestlah anak2 main playground tapi sejukkk ja.

Dekat situ ada medan selera jugak. So lunch situ lah. Lepas lunch, singgah solat jamak dan qasar dekat Masjid Bukit Fraser. Air dia, perghhh memang sejuk sungguh. Almaklum dekat hotel guna hot shower😅
So, itulah last pit stop kami.

 Overall, memang rasa nak pergi lagi lepas ni. One day escape yang banyak ibrah boleh diambik. Tu pun sebab pengalaman masa nak datang yang menduga iman. Sungguhlah, Allah nak bagi kami bercuti sambil muhasabah. Ingat kebesaran Dia. Alhamdulillah😊

Last but not least, boleh baca SINI untuk idea tempat2 menarik di Bukit Fraser. Nadh tolong carikan info untuk kawan2😁.

Okeh, thanks again sebab sudi jenguk blog Nadh dan baca sampai habis. Till we meet again in the next entry. See ya🤗





No comments:

Post a Comment