Monday, 28 January 2019

Tips Bercuti ke Bukit Fraser



Assalamualaikum semua😊 Terima kasih menjenguk ke blog Nadh ni. Moga ada tips berdasarkan pengalaman kami ni dapat membantu kawan2 yang nak bercuti ke Bukit Fraser🤗.

Kisahnya, dah lama Nadh dengan suami teringin nak pergi Bukit Fraser. Kata orang, dok menyanyi nak p lama dah. Tapi tak tersampai-sampai jugak😅. Entah macam mana, penghujung Syawal 2017 kami decide jugak nak naik. Mungkin sebab perlu sangat one day escape kut😁😁

Opps, tahun 2017 kut. Lama betul ai peram cerita ni ye. Tapi sebab rasa macam kena jugak kongsikan, so Nadh tulislah. Ok, sambung cerita.

Nak kata punya last minute planning ni, hari Sabtu petang ada jemputan rumah terbuka dekat Saujana Utama Sungai Buloh. So lepas tu, baru kami mulakan perjalanan. Memang redah ja. Yelah, tengok Maps, 2 jam lebih je. Dok buat relax je lah. Start gerak pun dah pukul 6 petang kalau tak silap.

Kami naik Highway Plus dari situ. Pastu Exit tol Bukit Beruntung. Tapi...seriusss memang salah percaturan ikut jalan tu. Jalan tak ada orang. Dok confuse kami suami isteri ni. Alang-alang dah nekad, tengok Maps pun still ada jalan, harung je lah.

So FIRST tip untuk semua, rancang perjalanan supaya anda sampai Bukit Fraser dalam pukul 5 - 6  petang. Sampai ok. Jangan redah macam kami ni😅. SECONDLY, kalau dari KL, sila ikut MRR2, lalu Rawang, Serendah, Kuala Kubu Bharu. Bagi Nadh, jalan ni lagi senang. Dari Utara, exit Tanjung Malim lah.

THIRD Tip, sila isi minyak kereta full tank. Untuk mengelakkan minyak habis sebelum sampai Bukit Fraser dan sepanjang berada di sana😅.

Cerita tak habis lagi ni. Kami sampai ke jalan nak mendaki ke Bukit Fraser tu dalam pukul 7 malam. We have no idea at all pasal keadaan jalan tu😣. Yang pasal exit Bukit Beruntung dah satu hal. Bila tengok jalan KKB ke Bukit Fraser ni, yang tadinya dok borak2, sekali telan liur, tersenyap masing2. SCARRY!!!!😂

Haha, padan muka kami. Aci redah sangat kan. Ingat KL ke, pukul 2 pagi pun kereta banyak, lampu jalan terang benderang😅. Dah kata nak relax, quiet getaway, patut bajetlah sendiri kan? Serius, jalan sunyi giles. Sempit pulak tu. Dan sangat gelappp. Adalah satu dua kereta lalu. One more thing, berkabus!

Anak2 of course dah tidor. Nadh dengan suami pulak masing2 senyap, husband fokus dengan jalan dekat depan. Part kabus tu memang scary. So ai apalagi, fokus berzikir lah. Haa, waktu tu baru kelam kabut cari Allah kan😥 Apalah kita ni..Waktu senang, senang sungguh lupa dekat Dia. Waktu susah, tak susah pulak nak ingat Dia. Hemmm...

Ikutkan kami cadang nak check in dekat TM Resort. Memang dah call dah, since suami kerja TM. So, takpelah, redah je jalan tu carefully. Alhamdulillah, selamat sampai ke Bukit Fraser.

Nanti dulu, urusan bercuti kami tak settle lagi. Tak boleh nak hip hip horray lagi. Misi mencari TM Resort tu pulak. Rasa macam baru pukul 8 malam tapi gelap sungguh😅. Tapi cuba jugak ikut signboard yang sekejap ada, sekejap tak ada. Dah jauh masuk ke dalam pun tak nampak jugak bangunan yang dicari.

Ok, kami give up. Lastly, walk in dekat Shahzan Inn. Bila walk in, harga untuk one night pun lebih sikitlah kan berbanding kita tempah awal. Rupanya Allah nak suruh kami duduk hotel best, ada balkoni menghadap Kelab Golf Diraja Bukit Fraser. Antara padang golf terawal dibuka di negara kita tau🤗.

Shahzan Inn dari view playground.

Alhamdulillah. Takdir yang Allah tetapkan ni memang sangat indah. Best stay dekat Shahzan Inn ni. Breakfast included, and the foods are nice. Recommended to stay there. Bilik pun ok. Of course, sejuk macam dekat oversea😁😁

Ruang santai dekat Shahzan Inn:





Esok pagi tu, bangun solat subuh, lepak dekat balkoni, pagi yang berkabus dan sejuk, dapat hirup udara segar. Before breakfast, kami jalan2 pusing hotel tu. Bagi Nadh, datang Bukit Fraser, tak pergi mana pun ok dah kalau stay dekat Shahzan Inn ni. 

Banyak masa kami spend dekat situ ja.
Cantik hotel tu. Ada kolam ikan, tempat untuk kita duduk santai2. Siap ada Maybank dekat hotel tu. Kut tetiba nak stay lagi sehari ke, tekan je lah dekat mesin ATM tu😌 

Playground sebelah Shahzan Inn






Lepas breakfast, kami jalan kaki, pergi lepak dekat playground sebelah hotel tu.
Haa, playground ni pun best sebab banyak pokok2 yang cantik dan segar bugar. Duduk dua tiga jam pun rasa ok ja. View cantik kan.. Lepas dah puas ambik gambar dekat situ, kami menapak ke Menara Jam Bukit Fraser yang memang terkenal tu. Dekat ja dengan hotel. Jalan kaki je.



Menara Jam ni tempat wajib orang ambik gambar bila sampai Bukit Fraser😎.




Dah puas pusing2, duduk2, ambik gambar dekat situ dan kawasan sekitar, kami pun baliklah hotel. Prepare nak check out la pulak. Sekejap je kan. Tapi alhamdulillah puas hati😊

Lepas check out, kami teruskan misi mencari TM Resort tu. Saja nak tau dekat mana exactly the bungalow. Ok, dah jumpa. Memang masuk dalam. Kalau siang ok lah. Cantik jugak bungalow tu. Satu lagi, Peninjau Apartment. Ni pun under company TM jugak. Bolehlah kalau nak stay sini. Ramai2 bestlah. Buat family day ke😊

Ni lah TM Resort

View dari dalam kereta je😅

Kami jalan2 lagi area Bukit Fraser tu. Mana jalan yang boleh lalu semua kami masuk😂 Best boleh tawaf satu Bukit Fraser. Hihi
Kami tengok dari luar je The Paddock Fraser Hill ( tempat menunggang kuda ), Allen's Water ( aktiviti dekat tasik ), dan kami lepak dekat Taman Rekreasi Bukit Fraser. Taman ni taman awam. Besar jugak. Dekat Pine Tree Road. Bestlah anak2 main playground tapi sejukkk ja.

Dekat situ ada medan selera jugak. So lunch situ lah. Lepas lunch, singgah solat jamak dan qasar dekat Masjid Bukit Fraser. Air dia, perghhh memang sejuk sungguh. Almaklum dekat hotel guna hot shower😅
So, itulah last pit stop kami.

 Overall, memang rasa nak pergi lagi lepas ni. One day escape yang banyak ibrah boleh diambik. Tu pun sebab pengalaman masa nak datang yang menduga iman. Sungguhlah, Allah nak bagi kami bercuti sambil muhasabah. Ingat kebesaran Dia. Alhamdulillah😊

Last but not least, boleh baca SINI untuk idea tempat2 menarik di Bukit Fraser. Nadh tolong carikan info untuk kawan2😁.

Okeh, thanks again sebab sudi jenguk blog Nadh dan baca sampai habis. Till we meet again in the next entry. See ya🤗





Saturday, 26 January 2019

Working At Home Mom: Anak sumber kekuatan atau halangan?

Assalam semua😊

 Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Hari ni terasa nak menulis panjang sikit. Dah lama tak bercerita panjang2 kan.

Tengah tunggu Master Tiera sampai😁

Ok, saja Nadh tepek gambar ni. Nak berkongsi dengan uolls, kawan2 yg surirumah, takpun yg bekerja ke, tapi nak buat part time job, or maybe fulltime. Untuk adik2 yang single pun, moga ada manfaatnya.

So, the story begin like this..

Ada beberapa orang yang Nadh jumpa, sama ada berjumpa secara reality atau di alam maya.  Antaranya yang join preview TWB, ada jugak yang Nadh sendiri approached.

Antara common issue is ada anak2 kecik, so susah nak buat bisnes. Bila kita dari awal lagi dah set mind blocking ni, so that's it. Memang alasan anak2 ni yang akan sentiasa jadi tembok besar.

Ada jugak yang boleh bagi alasan, " owh..Dia bolehla..anak2 dia behave. Anak2 dia senang handle. Dia bolehla, anak baru sorang."

Adehhh, kalau bab alasan ni, sampai bila pun tak sudah. Well..ni based on pengalaman sendiri jugak. Sebab Nadh pun pernah masuk 'fasa gua'.

But then, alhamdulillah, Allah is always there. Kita bila masuk fasa gua pun, apa benda yang jadi, solat jangan tinggal. Walau ada masa sampai dah tinggal lagi 5 minit ja waktu solat, terus solat jugak. Inshaa Allah, ada jalan keluar.

Okeh sambung pasal anak ni. Semua atas diri kita ja. Kalau nak tunggu anak besar baru buat bisnes, percayalah, kita mungkin takkan buat terus.

Nak tunggu ada bibik baru boleh nak ber 'coaching', tunggu jumpa pengasuh baru nak start buat mobile spa, anak umur 2bulan, nak tunggu dia setahun dulu, haa tunggu, tunggu dan tunggu lah😌. Entah bila nak start pun tak tahulah.

Ni roughly ja. Kalau betul memang ada problem, carilah benda yang kita boleh buat sikit2 dulu. Contohnya, nak join The Walking Beauty, draf plan dulu. Tulis bajet ke. Tulis apa yg nak capai bila join TWB ni.

Baca buku pasal info kecantikan dan kesihatan ke. Tengok video yang berkaitan. Cari design untuk poster home spa dulu ke. Yang penting kita start.

Tak pandai drive tapi lesen dok renew sentiasa, so start dengan drive pergi kedai yang jauhnya 5minit. Apa2 ja asalkan START!

Tak confident nak bawak anak untuk coaching, so start dulu dengan bawak anak pergi kedai. Drive bawak anak pergi jumpa kawan ke.

Boleh jugak bawak teman. Yes, Nadh bawak anak spa skali, untuk mintak tolong handle waktu nak berjalan, turun escalator waktu nak ber sesi coaching dengan Master Tiera. Yang penting, anak spa Nadh dapat ilmu, Nadh pun dapat, n my kids pun ada chance untuk main jugak.



Apapun, semua atas diri kita. Orang lain setakat boleh bagi nasihat, support. Tapi kalau orang dok bagi 200% support pun, kita yang tak nak start, selalu bagi alasan, tak cuba cari jalan, alamatnya kita macam tu ja.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita masih lagi nak jadikan anak sebagai sumber kekuatan atau alasan untuk kita tak bisnes sungguh-sungguh.

I dont know. Ramai sangat mommy gojes yang hebat2 ni. So, why dont we put ourselves as one of them. Hihi😁

Ok, tak tau lah apa yang ku tulis ni. Idea spontan lahir dari hati dengan niat ingin membantu. Wallahua'lam..

Sekian...

Ni antara beberapa lagi gambar Nadh buat aktiviti bisnes dengan bawak anak2.






#bilaNadhmenulis
#wahm
#alumniTWB
#sayabisnesShaklee
#SparkleOutstandingLeaders

Friday, 25 January 2019

Kursus Spa The Walking Beauty 2019

Haiiiiii semua😊

 Assalamualaikum wbt. Semoga sihat dan berbahagia disamping insan tersayang. Alhamdulilah, dah nak masuk tahun ke 3 Nad join The Walking Beauty. Kiranya sekarang kami dipanggil Alumni TWB.

Kenapa Alumni TWB? Sebab kami bina spa atas nama sendiri, dan tiada langsung komisyen yang kena bayar pada TWB. Kiranya bayaran memang semata-mata untuk training ja.

Okeh, mai Nad cerita pasal latest update tentang Kursus Spa TWB ni ye. Since kita dah masuk tahun baru, of course pakej kursus pun baru jugak😊

Inilah dia pakej TWB 2019 



Haa, ni laa pakej terbaru kita. Apa yang kawan2 akan dapat dengan pakej RM2,999 ni? Jom tengok😁



Pakej TWB 2019:

👉Youth set (skincare)
👉 Set scrub
👉 Set masker
👉 Set hand & foot spa
👉 Vitamin for spa
- - - - - - - - - -
👉Beg SPA
👉Skin analyzer
👉Ion massage
👉Trial kit
👉Sijil
- - - - - - - - - -
Belajar 5+1 courses
-Relaxing facial
-Body Scrub
-Aura Milk Bath
-Hand & Foot Spa
-Sauna
+1 how to set up home & mobile spa

🌷BONUS🌹
✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔ income 6 penjuru
-habis training dah terus boleh run spa TWB

Serius tau, habis je training dah boleh run spa dah. So kalau nak join, sekarang dah boleh fikir dah nama spa korang🤗

Owh, nak tau pasal training pulak ye? Part training ni paling win bagi Nad. Kenapa? Sebab memudahkan urusan kita yang nak belajar ni. Training secara praktikal one to one tau. Kiranya trainer tu hadap kita sorang ja, fokus kat kita ja. Tak ke best tu?😎

Inshaa Allah, kita senang nak tangkap step yang diajar. Kalau salah, waktu tu jugak trainer akan betulkan. Lagi best, kalau kita tak boleh nak ke tempat trainer, contohnya, anak2 tak ada orang boleh tolong jagakan, so trainer boleh datang rumah kita, tapi ada caj transport lah.

Jangan tak percaya, ada yang training sambil buai baby lagi🤗 Pregnant ladies pun join jugak even tengah sarat. Dua tiga hari sebelum due pun boleh buat servis spa lagi. Kiranya ilmu spa kita ajar mudah nak apply, tapi kesan macam dekat spa mahal😍

Okeh, jelas dah kan pasal training? Ni Nad nak bagitau pasal produk pulak. Kalau perasan, dalam gambar Nad tepek tu ada produk Shaklee. Haa, nak habaq ni, kita memang guna 100% produk Shaklee.

Kenapa? Sebab produk2 ni dah ada Halal Certificate, dan dijamin selamat dan berkesan berdasarkan ujian2 klinikal. Bukan testimoni semata-mata tau. Selain tu, produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi dan tiada bahan kimia merbahaya.

Bila kita guna produk Shaklee, secara tak langsung kita kena daftar sebagai ahli Shaklee untuk dapatkan harga produk dengan harga ahli. Of course lah sebab harga ahli lebih murah kan😊

Sekarang kita tengok set Skincare Youth pulak ye. Ni wajib kena cerita sebab ni bahan utama dalam servis spa kita😎. Youth ni terhasil setelah 8 tahun penyelidikan, memiliki 8 paten, dan beberapa lagi yang masih pending. Semua tau kan, tak ada company yang akan patenkan produk mereka kalau produk tu tak ada nilai😅

So , inilah rangkaian Produk Youth:


1. Luminous Gel Oil Cleanser


2. Perfecting Skin Toner


3. Age Defense Moisturizer- SPF 50


4. Youth Activating Serum


5. Advanced Renewal Night Cream


6. Radiance C + E

Haaa, apa cer? Best kan, best kan?😊😊 So, jangan tunggu lama, grab this opportunity ladies! Boleh jadi, peluang hanya datang sekali seumur hidup untuk uolls jadi owner mobile spa atas nama sendiri. Sapa tau, sekarang mobile spa, nanti premis spa pulak kan?😎

Berminat nak join? Contact Nad terus tau.

Nadhirah
60132465026
Owner and Manager,
Nad's Home & Mobile Spa.
Certified Trainer TWB
FB: Nadhirah Halim

Tuesday, 15 January 2019

Surirumah dengan Pendapatan 4 Angka



****************************************
Subhanallah, tak pernah terfikir akan dapat macam ni lepas dah berhenti kerja. Bonus dah lebih kurang macam orang kerja 8pagi-5ptg.

Waktu orang lain tengah rushing kejar Bas Rapid, ai tengah main geletek dengan baby Thoriq. Pastu dengar dia ketawa nampak 4 batang gigi😄.

Waktu orang lain tengah jalan kaki balik semula ke ofis after lunch, ai tengah napping time😚. Takpun tengah take five, layan cerita Nick Jr dengan Amna, Nuqman dan Thoriq.

Tu part yg best lah. Of course ada part yg struggle. No pain, no gain kan..

Tapi serius cakap, masa decide utk join The Walking Beauty, tak pernah terfikir pun akan dapat pay slip 4 angka macam zaman kerja dulu.

Dari sekadar beautician, jadi acah-acah leader, pastu naik jadi Supervisor, as of now, dah bergelar certified Trainer The Walking Beauty pulak.

Dan yg bestnya, career development ni tak berhenti di sini. Nad dalam fasa moving towards a 5 figure earner pulak. It is possible hokey😎 Biiznillah.

Dengan The Walking Beauty, Nad dapat semula keyakinan diri. Serius rasa down sangat lepas dah berhenti kerja😫. Stress, sedih tu tak payah cerita. Asyik rasa siapalah kita nak dibandingkan dengan orang lain.

I am really proud of being #AlumniTWB. Ini bukan kursus spa biasa macam dekat luar tu. It is beyond your imagination 😍. You can chase your dreams. Fight for your dream.


So guys, I am searching for a few beautiful ladies to guide. Siapa yg rasa nak impian dia jadi kenyataan, TWB is a good platform for you.

TWB untuk mereka yang berani bermimpi, dan berani untuk jadikan mimpi itu kenyataan.

Special thanks to founder, Master Ainul Shahrazad, Master Athirah Tieramiessyou dan orang yg mengenalkan saya kepada TWB, Izaty Rosli atas segala tunjuk ajar. Mohon halalkan segala ilmu yg diberi dan moga diri ini terus melangkah mencipta kejayaan demi kejayaan.

Boleh klik link ni utk borak-borak lagi dengan Nad pasal TWB😊


#kursusSpaTWB2019
#SparkleOutstandingLeaders
#thewalkingbeautyproject
#certifiedTrainerTWB

Tuesday, 8 January 2019

Dengan TWB, aku makin kenal Sang Pencipta



Assalam semua. Meh nak bocorkan rahsia sikit😊.

Alhamdulillah, Nad decide join #thewalkingbeauty bukan saja-saja macam tu ja. Tapi memang doa mintak Allah tunjukkan jalan.

Doa, supaya jalan yg Nad ambik ni boleh buatkan Nad dekat dengan Dia. Makin kenal Dia. Sambil tu, boleh berdakwah jugak. Ladang dakwah tu luas. Bukannya setakat suruh orang solat ja kan...

Apa2 saja yg membawa kepada kebaikan, itu dakwah. Sambil makan, kita ajak ingat Allah, itu dakwah. Tambah dalam bisnes ni, lagi banyak kebergantungan pada Allah.

Tipulah kalau tak ada cabaran dan dugaan. Mana ada benda senang dalam hidup. Kejayaan takkan datang bergolek. Nak makan pun tangan ni kena gerak jugak, gigi nak kena kunyah jugak. Tak adanya tiba2 terus kenyang kan?😅

Nak tulis ni pun ada cabaran jugak. Thoriq mintak perhatian dah. So setakat ni dulu lah ai share.

Dengan TWB, Kebergantunganku sepenuhnya kepada Allah
***********************************************


Ni sambung lagi cerita pagi semalam. Yang part ai bocor rahsia tu😄

Yes, Nad memang dah join usrah dari zaman U. Kiranya masa degree dan sarjana lah memang join. Kalau bahasa menariknya, orang panggil bulatan gembira. Memang sangat happy bila join usrah ni.

Masa tu tau macam2, apa yg boleh, yg tak boleh dalam Islam. Masa tu lebih nampak, Dia ada ja dengan kita selalu.

Tapi rupanya, bila dah habis zaman U, termasuklah dah habis sarjana, bila kita sorang2, kita tak kuat. Tarbiyah diri tu tak kukuh.

Indahnya Islam tu bila kita dalam kelompok orang2 yg menjaga perintah Allah. Tapi hidup tak selalunya indah macam tu. Tak selamanya kita dalam kumpulan. Ada masa kita kena melangkah sorang2.

Nad memang rasa sorang2 bila dah berhenti kerja. Lepas tu mula solat buat cukup syarat ja. Konon alasan sebab dah busy dengan anak2. Zikir lepas solat pun, dari 100kali dah jadi 10 kali ja. Solat dhuha pun dah rasa biasa ja kalau tak buat😭

Sedihnya bila ingat balik..Hati tu sentiasa bolak balik. Penat sungguh nak lawan diri sendiri masa tu. Kalau diputarkan masa, NO!, Saya tak nak kembali ke zaman tu. Memang hampir depress.

Tapi sayangnya Allah pada kita melebihi segalanya. Dia tau hati ni sentiasa mencuba utk letakkan Dia pada tempat teratas. Memang selalu doa waktu struggle tu. Tau solat asal cukup ja, tapi hati ni tak pernah berhenti berharap dapat jadi hamba yg lebih baik.

 Cuma kena selalu praktis. Ada ujian yg kita kena hadap utk dapat nikmat meletakkan Allah melebihi segalanya.

Allah tunjukkan jalan dengan temukan Nad dengan The Walking Beauty. Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah. Rupanya, utk Nad, Allah kata kena buat bisnes baru dapat rasa kebergantungan tu hanya kepada Dia.

Kebergantungan tu, sampai nak dapat parking pun mintak sungguh2 dekat Dia. Even waktu tu bukan ai yang drive. Cik suami yg bawak. Nad selalu kalau drive sorang memang tak berhenti la ingat Dia. Tapi bila dengan orang, kita rasa secure, jadi terlupa sekejap. Lumrah manusia macam tu kan..

N amazingly, memang Allah bagi parking macam yg Nad mintak. Tapi sebelum tu Dia ujilah dulu sikit. Berpusing jugaklah cari parking. Siap deal dengan Allah, mintak kereta yg Nad aim utk keluar, supaya kami boleh parking dekat situ pulak.

U know what, tiba2 owner kereta tu datang, start enjin, n betulkan parking dia😂 Saja Allah nak test. Ai masa tu memang ketar dah sebab rasa Allah tu dekat sangat. Tapi lepas tu memang dapat pun parking.

Tu baru cerita bab parking. Ada banyak lagi kisah miracle ni. Sebenarnya, bila kita mula buka mata hati kita, kita akan nampak hikmah satu demi satu. Kita akan rasa setiap yg Allah tentukan terjadi, bukan sia2.

So guys, this is my journey. Cerita korang lain pulak kan.. Tapi satu ja, dont lose hope. Jangan give up dengan Allah. Mintak, mintak dan mintak dengan Dia😊

#wahm
#bilaNadhmenulis
#alumniTWB