Tuesday, 9 October 2018

Leadership Workshop LAT (Legasi Anugerah Terindah)



Alhamdulillah, selesai sudah menimba ilmu yang jarang sekali boleh dapat dekat De Palma Hotel, Ampang. Ilmu kali ni tentang kepimpinan. Leadership skills. Hanya selected leaders and leaders to be ja yang boleh join tau..

Mesti ada yang tertanya, aikkk, buat bisnes Spa The Walking Beauty pun ada leadership workshop ke??

Haa, itulah yang istimewa sangat pasal Bisnes Spa The Walking Beauty ni. It is more than spa treatment. Beyond that.

Kita buat spa treatment, tapi still ada business meeting. Ada jemputan ke National Conference, ada leadership workshop, ada bonus slip yang sangat laku bila nak apply loan.

Well, that is how smart the business we are doing right now. Kita tak nak badan penat buat servis spa gila-gila, duit simpanan banyak, tapi based on konsep kita buat servis spa, kita dapat duit. Kita tak buat servis spa, kita tak dapat duit.

Amacam, menarik tak?? Nak tau lebih boleh contact Nadh ye😎.

Ok, meh nak sambung pasal workshop baru ni. Workshop ni kalau company besar buat untuk pekerja dia, sorang caj RM2500 tau..Tapi kami just kena bayar RM80 ja, sebab yang selebihnya master-master coordinator pakat sponsored.

  Inilah dia para master yang menaja kami😊. Semuanya gorgeous kan. Hihi Terima kasih banyak2 master- master semua.

Ada 3 modul dalam workshop kali ni. 3 modul, 3 kali makan jugak😂

Tajuk workshop ni adalah The 'I' in the Team. Antara objektifnya, supaya para leaders dapat kenal pasti potensi diri dan potensi anak-anak buahnya. Bila dah kenal, barulah wujud satu team yang efektif kan.

Workshop dikendalikan oleh Master Aizad, dan dibantu oleh Tuan Hanafiah sertaserta beb fasilitator. Modul pertama dimulakan dengan penekanan terhadap ' Mindset Shift and Behaviour Change'.

It is all about mindset. Mindset yang akan menentukan action atau sikap kita. Ahli psikologi selalu gunakan model Iceberg, untuk tunjukkan macam mana mindset mempengaruhi setiap tindakan kita.

Selalu yang kita nampak dalam cerita Titanic,  takpun dokumentari ke, bongkah ais ni bahagian atas dia kecik saja kan. Tapi, yang sebenarnya, bahagian bawah dia saaaangat besar, sampaikan kapal Titanic yang besar tu boleh tewas. So, yang bahagian bawah tu adalah mindset, bahagian atas bongkah ais tu adalah sikap kita.



Suasana masa workshop sedang berlangsung.

Antara cara untuk asah potensi diri sebagai seorang leader, kami kena jawab soalan periksa dulu. Hehe gurau je. Kami dapat kenal pasti kekuatan diri dan kekurangan melalui Myers-Briggs Type Indicator ataupun singkatan MBTI

Hasilnya, saya dapat kenalpasti encik suami punya MBTI. Orang lain pun ai boleh tau jugak. Jaga-jaga uolls😜.

Next, kami buat Belbin Test pulak. Test ni untuk tengok roles kita dalam kumpulan.
 Memang sangat menarik dan membantu untuk kita membentuk satu kumpulan yang dapat bergerak secara efektif.

After lunch dan solat Zuhur, kami main satu game, iaitu game kereta. Kami semua kononnya pekerja kilang pengeluaran kereta. KPI nya, dalam masa 10minit, kami dikehendaki menyiapkan 45buah kereta.

Kami dibahagikan kepada 5 workstations. Setiap workstation ada tugasan masing2.

W1 - Base
W2 - Inner body + ekzos
W3 - aerodinamik (front) & tingkap
W4 - Body
W5 - Tayar

Of course ada jugak Plant Manager, Quality Control dan Team Leader.

Nak tau apa hasilnya???



Kami merupakan kumpulan kedua yang mencatat penghasilan kereta terbanyak untuk pusingan pertama😎. Subhanallah, rasa macam tak percaya. Tapi aura sepanjang workshop berlangsung memang terasa sangat berkobar. Semua nakkk sangat capai KPI tu. For the second round, memang berjaya lepas KPI. 68 buah kereta siap!

An amazing experienced.

Stay focus in what we are doing.

Do not blame others. Focus on problem solving. Be responsible.

The power of working as a team!

The power of positive mindset.




Lupa nak habaq. Ai bawak baby tau datang workshop ni. Leaders yang lain pun ada bawak jugak. Master Laila sempat tanya dekat sorang fasilitator ni, a Chinese Lady ( she helped us to take care of the babies😍), pernah ke facilitate group yang bawak baby sebelum ni? And she said this was her first time. Haa nampak tak semangat kitorang ni? Hihi

Fasilitator lain pun pakat tolong dukungkan babies yang meragam. Ni pun first time jugak Nadh join workshop formal, yang fasilitator pakat tolong jagakan babies.

Okeh, rasanya sampai sinilah story mory ai malam ni. Lepas ni nak buat entry lain pulak😁

Bye korang. Jumpa lagi next entry.

No comments:

Post a Comment