Friday, 30 March 2018

Saat Magika Bersama TWB




Assalamualaikum semua. Hopefully semua sihat dan dipermudahkan segala urusan. Harini Nad nak sharing pasal TWB.

TWB??? Apa tu? Macam tak pernah dengar ja.

Ehhh..betul ke kengkawan tak pernah dengar? Rasanya dah famous giler TWB sekarang ni. Kalau perasan dekat gambar kek tu ada tulis😁 The Walking Beauty.

Haa itulah maksud disebalik TWB. Apa tu The Walking Beauty? Nad brief sikit ye. Ia adalah suatu projek yang diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad untuk membantu para wanita menjana pendapatan secara sampingan ataupun sepenuh masa dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.



Serius, seronok dan mudah nak dapat duit. Macam mana? Caranya, kita Bina Spa Dengan Nama Sendiri. Founder projek akan tetapkan pakej kursus spa bergerak dan once kita dah selesai kursus, terus boleh buat duit dengan ilmu spa yang ada. Terpulanglah nak buat home spa ke, mobile spa ke, takpun dua-dua skali.

Haaa, faham dah kan sekarang?🤗 Jadinya, bolehlah Nad beralih ke topik sebenar entry ni, "Saat Magika Bersama TWB".

Ada banyak yang nak share ni. Harapnya dapatlah mencurahkan segalanya dengan smooth ja😂 Tahun 2016, masa tu anak kedua, Nuqman dah berumur setahun tiga bulan. Kiranya dah boleh main dengan kakak Amna, kalau ummi hilang sekejap pun ok ja.

Jadi, Nad decide untuk buat sesuatu untuk dapatkan pendapatan sampingan. Maklumlah, masa kerja dulu merasa pegang duit sendiri. Kebetulan scroll FB, nampak status kawan mencari beautician. Terus contact dia tanya.

Alhamdulillah, magikanya bila join TWB ni, bila kita down, ada ramai yang akan support. Nad jenis yang suka rasa diri ni banyak yang kurang, orang lain lagi hebat bla bla bla. Dalam TWB, Nad belajar yang pensabotaj terbesar pada diri kita adalah diri kita sendiri.

It is about empowering ourself. Bila dah jadi surirumah sepenuh masa, kita dah susah untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dapat support kita. Masing- masing ada urusannya. Jadi, waktu ni yang senang nak down, asyik nak marah, fikir bukan-bukan.

Dalam TWB, Nad belajar untuk sayang diri sendiri sebab kita yang lebih faham tentang diri kita. Be confident. Be grateful. Ada daya yang akan buat kita untuk dekat dengan Allah. Bila ada masalah, boleh terus contact kawan-kawan TWB yang lain. Masing-masing akan bagi solusi, sokongan. Founder project pun memang sentiasa motivate kami.

Well...ini antara saat magika Nad bersama TWB, selain daripada jana pendapatan dengan cara mudah, santai dan gembira😊😊😊

Anda nak juga melalui saat magika bersama kami?

Jangan malu-malu untuk hubungi Nad ye.

Owner Nad's Home&Mobile Spa
60132465026


Saturday, 17 March 2018

Fungsi dan kelebihan OSTEMATRIX Shaklee


Assalam semua😊. Insha Allah harini Nad nak kupas pasal mineral yang sangat best ni. Botolnya kecik ja tau, tapi fungsi dia sangat membantu kehidupan kita setiap hari🤗

Kenapa Nad kata membantu kehidupan kita setiap hari?? Sebab Ostematrix ni sinonim dengan kalsium. Sebut ja Oste, orang tau dah kalsium. Sebut kalsium, orang tau dah tulang. Kita memang wajib guna tulang kita setiap hari kan? Setiap saat pun memang guna😁 Sebab tu sangat membantu. Tapi...

Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa. Dia luar biasa sebab dilengkapi dengan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Kenapa kena ada yang lain? Tak boleh ke kalsium saja? Haa, inilah kelebihan Ostematrix.

Ok, sebelum kita tengok fungsi Oste, kita tengok kandungan dia dulu ye😊



1) Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang.

2) Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang.

3) Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium

4) Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

5) Mangan, Kuprum dan Zink - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

Kalsium ni adalah mineral yang keras tau. Bila kita ambik kalsium saja, ada risiko kalsium tak diserap semua, dan tertinggal dalam badan. Termendap dekat mana bahagian dalam badan.Paling biasa kita dengar pasal Batu Karang kan.

Sebab tu Shaklee formulasikan Ostematrix menjadi satu supplemen kalsium yang cepat diserap oleh badan tanpa ada risiko termendap.

Selain dari kandungannya yang istimewa, kelebihan Ostematrix ni adalah ada ujian klinikal. Maksudnya ada bukti saintifik. Jadi, kita boleh guna tanpa risau ada negatif efek🤗



Baiklah, sekarang kita tengok fungsi Ostematrix pulak ye.

1) Menguatkan tulang, sendi dan otot.
Kalsium bukan hanya untuk tulang, tapi otot pun perlu kalsium. Pergerakan otot yang paling senang macam senyum pun guna otot tau.

2) Membantu masalah sembelit dan buasir. Ostematrix memudahkan pelawasan kerana terdapatnya Magnesium. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis ( gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus).

3) Mengurangkan tekanan/ stress.
Ostematrix membantu anda tidur lebih lena, mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, mengatasi masalah sakit kepala.

4) Mengatasi masalah gemuk air.

5) Mengurangkan sindrom pra- haid.
Mengatasi masalah lenguh-lenguh, kejang sebelum dan ketika haid.

6) Menyihatkan gigi dan gusi.

7) Mengatasi masalah gastrik.
Gastrik berlaku disebabkan asid perut yang menghakis dinding perut. Pengambilan Ostematrix yang bersifat alkali dapat menyeimbangkan pH perut.

8) Mengurangkan gejala kebas tangan dan kaki

Insha Allah, dengan pengambilan yang konsisten, Ostematrix boleh membantu masalah- masalah di atas.

Hubungi saya jika anda berminat mendapatkan Ostematrix Shaklee dengan harga yang istimewa dan konsultasi percuma😊

Nadhirah. 0132465026
Your trusted Shaklee Distributor.