Saturday, 12 August 2017
Kursus Spa Murah
Assalam semuaπ Dah lama sangat Nad tak update blog ni. Hati ni asyik teringattt ja dekat blog ku. Tapi jari ni asyik tak tersampai lagi nak menaipπ Haaa..faham ke kiasan Nad ni? Hari ni Nad nak share pasal Kursus Spa Murah yang latest daripada TWB.
TWB ataupun The Walking Beauty namanya. Inilah group yang Nad join untuk mulakan bisnes spa Nad. Memang kursus spa yang paling murah Nad rasa.
Nad join tahun 2016, dan daftar pakej RM350. Haa murah kan? Tapi dah takda pakej tu sekarang. Sebab tu kalau ada sesapa yang nak belajar ilmu spa, kena cepat-cepat tau...π
Ok, jom Nad cerita pasal pakej terbaru dari TWB ni. Harga pakej ni RM899 ja..dan korang akan dapat macam-macamπ
Apa yang macam-macam tu? Check it outπ
✔ Belajar cara menjalankan bisness SPA tanpa perlu buka kedai
✔ Belajar 4 kursus rawatan Spa dalam sehari!
✔ Hands on practical Training
✔ Percuma Skin Analyzer
✔ Percuma Trial kit Spa (limited edition)
✔ Lifetime Support Group Mobile Spa
✔ Supplemen untuk cantik (yelah, nak orang cantik, kita kena cantik jugak kanπ)
Haaa, banyak kan?π Sebab tu Nad cakap ni kursus spa murah, takpun termurahπ
Memang lepas belajar ni, dah boleh terus run bisnes spa..sebab dah cukup alatan untuk mula spa bergerak andaπ
Dan...pakej terbaru ni, founder TWB, Puan Ainul Shahrazad dan suaminya, dah letak syarat terbaru yang awesome!!!π€
Anda boleh run spa bergerak anda guna produk skincare anda sendiri, kalau anda owner skincare. Takpun anda agent Nurayssa, Mary Kay, Mary Jardin ke, tak kisah, boleh ja gunaπ
Macam TWB, kami guna produk Shaklee. Nad memang jatuh cinta dengan produk yang super kebabom niπ
Oppps..lupa pulak. Anda juga akan dapat keahlian percuma sebagai ahli Shaklee. Selamat, semulajadi dan berkesan. Best tau..testimoni sendiri niπ
Cuma, syaratnya, kalau anda run spa guna produk sendiri lepas kursus, anda tak dikira ahli TWB. Kira tak dapat join support group TWB. Tapi masih lagi menjadi ahli Shaklee, dan boleh join group Shaklee bawah Nadπ So, kalau ada problem pasal spa, boleh tanya Nad.
Kenapa bawah Nad? Sebab anda mendaftar bawah Nad. Jadi Nad yang akan guideπ€
Nad perlukan 15orang ja untuk menjadi beautician kali ni. 15 orang yang betul-betul komited dan serius untuk dapatkan income yang lumayanπ΅π΅π΅π΅π΅π°
Sebab yang berkualiti lebih penting dari kuantiti kan..Lepas tu, Nad nak fokus untuk guide sampai berjaya.
Jadi.....
Jangan tunggu lagi, bertindak PANTAS! Untuk bulan ni saja offer ni. Selepas ni maybe dah naik harga!!
Cepat-cepat join sekarang! Grab Kursus Spa Murah ni sebelum terlambatttt.
Contact: Nadhirah
Owner Nad's Mobile Spa
0132465026
-love from me-π
Thursday, 8 June 2017
MALNUTRITION
Nampak ja perkataan ni, mesti ramai yang akan kata dalam hati, " Ni bukan aku, sebab aku cukup zat dah".
Haha..betul tak? Betul tak? π
Itulah yang Nad nak cerita ni.. Malnutrition bukan bermaksud kita ni tak cukup makan, tapi tak cukup nutrisi yang badan perlukan.
Ramai sangat yang cukup, terlebih kalori pun ya. Tapi ramai jugak yang terlebih kalori, tak cukup nutrisi. Contoh kita minum air oren, beli dekat Giant, siap dalam tu ada pulp lagi, tapi sebenarnya vitamin C dia dalam 10% ja, banding dengan sebiji buah oren.
Bukan setakat sikit ja Vitamin C, flavonoid dan serat pun takda dalam air oren tu..Flavonoids ni macam kawan rapat sangat kepada Vitamin C, kira memang kena ada dan saling support untuk kesihatan badan.
Ni contoh simple yang Nad rasa kengkawan boleh faham. Faham kan?πKita perlu Vitamin C setiap hari, kena makan setiap hari, bukan seminggu sekali tauπ
Jadi, badan kita akan terlebih kalori sebab nutrisi yang tak cukup dalam badan, akan bagi rasa lapar, dah makan mee goreng sepinggan tapi lapar lagi. Haa..tu la yang terjadi kepada badan, terutama preggy mommy..
Rasa sentiasa lapar, bukan sebab badan ni betul-betul lapar, tapi sebab nutrient tak cukup untuk tampung keperluan mak dan baby. Jadi, badan mintak kita bagi nutrisi yang betul, bukan kalori semata-mata.
Tengok pulak gaya pemakanan kita. Kalau mampu untuk tahan diri dari tak makan processed foods, makan beras perang, setiap hari minum jus buah blend sendiri, makan 2mangkuk sayur warna-warni setiap hari, minum air putih cukup, senaman, cut sugar n salt intake, insha Allah peluang sangat cerah untuk anda sihatπ
Terus terang, setakat ni Nad tak mampu nak buat macam tuπ Jadi, Nad pilih untuk ambik supplement. Bila kira balik, kos lebih kurang, n supplement murah lagi pun yaπ
Get my point, kengkawan sekalian? π Bukan nak kata, stop makan semua tu, takpayah beli dah, makan nasik dengan tempe dan ulam yang tanam sendiri jaa...lagi selamat kan?
Tak aih.. Nad tak maksudkan macam tu pun..Cuma perlu balance, seimbangkan kalori dan nutrisi yang badan perlukan. Kalau rasa dah terlebih amik makanan berlemak, berminyak bagai, ambik laa makanan yang boleh buang semula lemak berlebihan tu..
Kalau rasa selama ni asyik minum air berperisa yang memang tersangat banyak dekat rak-rak dalam supermarket tu, pilih ja nak yang mana, cover laa dengan makan fresh fruits dan air kosong untuk hari esok dan lusa. Takpun, pilih untuk minum sikit ja..
Okeh, sampai sini dulu Nad menulis. Chill ya semua. Pilih untuk sihat dengan cara yang betul π Kalau nak try multivitamin Vita-lea takpun Vitamin C ke, jangan segan-segan contact Nad. Hihi
Salam sayang,
Nadhirah
0132465026
Tuesday, 9 May 2017
Tentang Jerawat Yang Anda Perlu Tahu
Jerawat????
Uishhh cakap pasal jerawat, Nad confirm ramai yang memang sakit hati, sakit mata kalau jerawat naik. Betul kan?π
Tambah pulak, tiba-tiba naik bila saat genting. Time nak raya, nak kahwin, nak p kenduri kawan (jumpa kawan2), takpun hari nak p interviewπ΅π¨π
Jerawat ni selalunya sebab folikel rambut tersumbat dengan minyak, sel kulit yang dah mati dan paling common, semestinya bakteria..
Antara punca jerawat adalah gangguan hormon, genetik, stress, pemakanan dan masalah kebersihan.
Kebersihan pulak banyak sebab. Habuk, debu, asap pun boleh sebabkan jerawat.
Doktor yang dalam buku Nad study bagitau, ada orang yang so-called experts suggest antibiotik untuk merawat masalah jerawat, which is, not recommended actually.
Banyak lagi perkara yang kena check sebenarnya..macam Nad cakap sebelum ni..faktor umur, stress, perubahan hormon, faktor pemakanan dan persekitaran antara sebab jerawat.
Boleh jadi jugak ada masalah dalaman..contohnya PCOS takpun kandungan gula tinggi dalam darahπ«
Untuk umur dalam 30-an, 40-an, 50-an, jerawat naik mostly sebab inflammation. Haa jangan tak tau umur 40, 50 pun ada jerawat munculπ
Inflammation atau keradangan ni merupakan tanda badan tengah mempertahankan diri. Tengah defend badan kita daripada serangan radikal bebas, toksin dan bakteria.
Maklumlah, kita makan macam-macam, western, frozen food, nasik arab, nasik kandaq, KFC, jajan bagai..pastu keluar rumah ja dah jerebu, asap rokok, asap bas bertahun tak servis!
Hadoiii Nad memang gerammmm jumpa lori yang asap dia hitammmm yang amatπ haaa memanglah badan kita hantar signal kan. Banyak betul yang tak sihat masuk dalam badanπ
Untuk remaja,normal laa jerawat naik kan?π Tapi kalau terlalu teruk memang kena jumpa doktor untuk the best advise dan rawatanπ
Jadi, apa SOLUSI untuk jerawat?
Melalui pembacaan Nad, the trusted expert kata kita kena ambik vitamin dan mineral yang bertindak sebagai anti-inflammatory, antibacteria, antioxidant, yang ada infection- fighting abilities.
Selain tu, ambik jugak makanan yang membantu mencantikkan kulit, bantu untuk elakkan stress, bina sel-sel kulit yang baru, hilangkan parut..
Penting jugak untuk catu pengambilan karbohidratπ gula ringkas ni menyebabkan badan kita jadi tempat bakteria membiak. It is sooo bacteria friendly environmentπ« serammmmm bila ingat point niπ
Alright..apa yang Shaklee boleh bantu?π Ni Nad dah cari apa supplement Shaklee yang membantu. Check it out list bawah ni yaπππ
- Vita-lea
- Vitamin C
- B-complex
- Vitamin A
- Vitamin E
- Protein aka ESP
- Omega Guard
- Alfalfa
*******Tapi ada sukatan dia tau..yang tu Nad bagitau customer Nad je laa yeπ
Kalau ada apa2 nak tanya, terus ja contact Nad ye❤
Salam sayang,
Nadhirah
0132465026
Nadhirah
0132465026
Thursday, 16 March 2017
HADIAH UNTUK MAMA
Wahhh, tengah cari idea pasal hadiah untuk ibu tersayang ke? Nad memang suka bagi hadiah dekat orang. Kalau orang bagi hadiah dekat Nad lagiiiiiii ai suka tau. hihi.
Masa kerja dulu, dapat hadiah sebatang pen pun dah suka sangat. Yelaaa, pen tu memang penting kalau dah namanya cikgu. Haha memang tak boleh dipisahkan pen dengan guru. Siapalah guru tanpa sebatang pen. Kelassss gitu π
Well.....bila dah berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa, kena catu jugak laa belanjawan negara NADHY's KREX. Haha. sempoi tak nama negara kami π
Waktu kerja dulu memang Nad bagi bulan-bulan duit belanja pada mama ayah. Bila dah berhenti kerja, kalau ada lebihan daripada duit rumah, Nad bagilah. Kalau tak ada, Nad diam ja π£
Meh kita throwback kejap.....
"Memang terasa lainnya bila pernah bekerja dan jadi surirumah sepenuh masa ni. Sebenarnya, Nad memang jenis kurang berbelanja untuk diri sendiri. Nad takda feel pun nak beli handbag, kasut, alat solek ke. Takkk. Nad hanya beli bila kasut tu memang dah nazak. Selagi boleh pakai, Nad pakai jaa. Lagipun, kasut dah lama pakai rasa selesa ja..ngeh ngeh.( ayat cover sebab pakai kasut buruk)π
Bila dua tahun berlalu, Nad dah mula rasa tak best sebab tak dapat nak bagi duit belanja bulan-bulan pada mama dan ayah. Sebenarnya, sebagai anak perempuan, itu bukan suatu kewajipan pun. Tapi, Nad tau Nad ada kudrat yang boleh digunakan untuk bantu kewangan keluarga kecil kami dan mama ayah di kampung. Nad mula nampak, Nad perlukan duit bukan untuk keperluan sendiri, tapi untuk anak-anak dan keluarga."
Haaaa gitulah sayunya cerita Nad. Sedih tak? Sedih tak?
Dipendekkan cerita, Nad decide melabur duit simpanan gaji untuk buat modal bisnes. Tolak pi, tolak mai, tambah sini, tambah sana, duit masuk, duit keluar, alhamdulillah ada rezeki lebih nak beli untuk mama dua botol vitamin. Nad excited sangat tau sebab dah lama tak rasa yang kita dapat duit daripada usaha sendiri, tak mintak kat suami pun π (tepuk tangan untuk diri sendiri) Excited sampai tulis kat blog. haha
Mana tak excited, ratus jugak nih! Saja kasi kembang diri sendiri. Kita memang kena bagi semangat dekat diri sendiri,,,,Ye ke idok? Ye laaa.
Vitamin E dan Vitamin C Shaklee ni untuk kulit mama yang dah jadi sangat sensitif dan kering. Masa jumpa doktor, Nad ada sekali dengan mama, dengar doktor suggest Vitamin E. Nad apalagi, tanam azam untuk beli Vitamin E untuk mama. Alhamdulillah, tercapai...
Jadilah, HADIAH UNTUK MAMA..π
Point sebenarnya nak bagitau, ada macam-macam cara untuk kita bagi hadiah.. Terutama pada orang yang dah berkorban jiwa raga untuk kita. Nad pilih untuk bagi hadiah yang membantu mereka lebih sihat, kalau sakit, bagi hadiah yang dapat meringankan sakit mereka..Insha Allah..
Tq sooo much sudi baca cerita Nad ni..akan bersiaran lagi dengan cerita lain pulakπ
Orait, kalau ada yang nak order Shaklee dengan Nad roger k...kita consult kaw-kaw punya..
Salam Sayang,
Nadhirah
0132465026
Friday, 24 February 2017
SET SHAKLEE Untuk IBU BERPANTANG DAN MENYUSU
Kerana seorang Ibu sangat penting dan berharga dalam sesebuah keluarga, Ibu perlu pastikan dirinya sentiasa sihat dan bertenaga untuk menggalas tanggungjawab yang sangat banyak.
Oleh itu, penjagaan awal bermula sejak hadirnya anak sulung dalam keluarga. Penjagaan diri ketika berpantang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Ini memastikan kita pulih sedia kala, sihat, cergas, ceria membesarkan anak, menguruskan suami dan juga untuk diri sendiri.
Namun, disamping kesihatan ibu, ibu juga wajib mengambil berat kesihatan si kecil. Apa yang ibu makan, itulah yang akan disalurkan kepada si kecil melalui susu ibu. Jadi, ibu perlu pastikan makanan yang diambil penuh dengan nutrisi supaya susu ibu untuk si kecil penuh dengan pelbagai khasiat yang si kecil anda perlukan.
Kerana Ibu Sangat Berharga, Kami sediakan Set Berpantang Untuk Ibu-Ibu Berpantang & Menyusu.
Manfaat Set Ini adalah :
π Membantu ibu kembali sihat BERTENAGA dan ceria selepas bersalin
π Elak masalah Anemia (kurang darah) selepas bersalin
πMEMULIHKAN LUKA BERSALIN dengan lebih cepat
πMembantu menjayakan penyusuan bayi apabila ibu cukup Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
πElakkan SEMBELIT serta risiko BUASIR
πMembantu stabilkan hormon ibu untuk elakkan masalah MEROYAN
πMembantu mengatasi masalah RAMBUT GUGUR
πMencantikkan kulit serta mengurangkan STRETCH MARK selepas bersalin
πMembantu kecutkan peranakan ibu dengan lebih baik
credit info: elaila.net
Nampakkan banyak betul manfaat set ni. Insha Allah, pasti ada kesan positif bila anda cuba. Feel free to contact Nad kalau ada nak tanya atau nak order set ni. Nad akan guide dan bantu perjalanan menyusu si kecil anda ☺☺☺☺
Untuk konsultasi dan order :
Nadhirah
0132465026
Your Trusted Shaklee Distributor
Thursday, 16 February 2017
UNTUK APA SUPPLEMEN?
"alah, saya tak makan supplemen pun sihat ja.. boleh lagi berjalan ke sana sini, buat kerja bagai."
" HEMMM, saya tengok kawan2 yang ambik supplemen ni sama jugak, ada masa dia MC sebab demam, kiranya, tak fit pun badan dia.."
Well.....memang ramai ja fikir macam ni kan :)
Realiti sebenar:
-orang yang ambil supplemen ni adalah untuk MENCEGAH badan daripada sakit yang kronik, sakit yang berlarutan hingga hanya ubat menjadi teman setia.
-Mencegah dari sakit yang memerlukan pembedahan yang semestinya ribu-riban kosnya.
-Mencegah dari sakit yang sekali kos rawatan dah beratus ringgit.
Memang ada yang ambil supplemen tapi masih diserang demam, batuk tapi cuba tengok berapa lama tempoh demam tu. Selalunya, demam orang tu tak berlarutan.
Allah ciptakan badan kita dengan sistem yang sangat hebat. Sistem yang bekerja sendiri tanpa perlu arahan dari kita. Tapi bekerja dengan arahan dari Pencipta. Kita hanya diberi kuasa untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi yang cukup supaya segala sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Amanah pada kita untuk menjaga anggota badan agar dapat beribadah kepadaNya. Selebihnya, hanya Allah yang tentukan.
JADI, UNTUK APA SUPPLEMEN?
1. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
2. PENUHKAN NUTRISI GAP KITA
credit:solutionstopollution.wordpress.com
Kenapa perlu penuhkan nutrisi gap kita?
meh baca nad explain ni...
Zaman sekarang dah tak macam dulu. Pencemaran berleluasa. Darat, air dan udara dah tak sebersih 100tahun yang lalu. Kandungan nutrisi dalam buah-buahan dan sayuran yang kita makan sekarang tak sebanyak zaman dulu. Air yang kita minum tak sebersih zaman dulu.
Belum campur makanan yang kita masak dengan cara menggoreng, tambah2 kalau suka makan pisang goreng..(nad suka..hihi) makan luar of course ada ajinomoto..fast food yang banyak garam(nad pun suka..haishhh). Haaa, jangan tak tau, frozen food pun tak bagus sangat..(ni pun nad suka jugakkkk)
Kalau tak ambik pun, sihat ja boleh ke sana ke sini, tapi muka nad memang nampak kusam, tak segar. Muka encik suami pun ;p. Dah jadi surirumah, sakit pinggang tak payah cakap laa. Sebab Nuqman suka berdukung. Lepas sorang g toilet, sorang lagi pulak. Pastu bila adik nangis sebab kita tengok kakaknya, nak kena dukung jugak. Tambah nad memang czer:( Nak pastikan luka kat dalam tu sembuh sepenuhnya memang kena ambik nutrisi yang cukup. Nad mengaku nutrisi nad ambil setiap hari tak cukup. BIla dah sibuk urus anak2, selera makan pun kurang. Semestinya nutrisi dalam badan tak cukup.
Berdasarkan gaya pemakanan kita, macam nad cerita kat atas tu, memang confirm banyak vitamin dan mineral yang tak cukup dalam badan. Termasuk pencemaran bagai menyebabkan sel-sel badan kita terkena serangan radikal bebas. Antara vitamin yang dapat melawan serangan radikal bebas ni adalah vitamin C.
Percaya tak, badan kita tak boleh hasilkan vitamin c sendiri. Kena support dari luar melalui pemakanan kita.. Nak badan yang sihat kena ambil 7.5 biji oren sehari..haaa banyak sangat nak telan tu kan? Sebab tu kita perlu bantuan supplemen. Itu baru tentang Vitamin C. Yang lain macam vitamin B, amino acids, zat besi?
Contoh zat besi pulak.. Untuk apa zat besi? Utuk pembinaan sel darah merah. Sel darah! Memang penting sangat la untuk hidup kita. OK, kita boleh dapat dari daging, kekacang, sayur bayam, kerang...tapi tengok balik cara kita makan macam mana? Lepas makan nasi kita minum teh tarik, takpun kopi. Unsur kafein ni dah" cut" penyerapan zat besi. Takpun kita makan daging dengan telur. Itupun dah mengganggu penyerapan zat besi..
OK, 2 points ni ja yang Nad nak tekankan untuk entry UNTUK APA SUPPLEMEN.
Terima kasih sesangat sudi baca celoteh Nad. Harap bermanfaat. Sesiapa yang nak order Shaklee boleh contact Nad ya.
0132465026
SID: 1238161
Thursday, 9 February 2017
NAD'S MOBILE SPA
Buat anda yang tercari-cari rawatan spa yang murah tapi menggunakan produk berkualiti, selamat dan suci, Nad's Mobile Spa adalah terbaik untuk anda.
Anda tidak perlu bersusah-susah nak bersiap, nak hantar anak pada babysitter atau family, kerana spa kami datang terus ke rumah anda!
Ini pakej kami yang semestinya anda puas hati π
Tempah slot anda sekarang. Hubungi Puan Nadhirah untuk tempahan slot. (0132465026)
Antara anggota yang jarang kita belai adalah kaki, tetapi itulah antara anggota yang boleh menjadikan hari anda penuh ceria dan bermakna. Jadi, manjakan kaki anda juga dengan rawatan istimewa dari kami!
Bukan itu sahaja, untuk 5 kali mana-mana rawatan spa yang anda ambil, anda akan mendapat percuma satu rawatan wajah ☺
Jangan lepaskan peluang ini ya!
Tuesday, 24 January 2017
Kelebihan Vivix Shaklee
Hasil penyelidikan canggih dan bertahun-tahun Shaklee telah menemukan satu formula hebat dan eksklusif iaitu Vivix. Bertahun tuuu. Vivix ni ramuan dia semua yang mahal-mahal terutamanya anggur Muscadine. Anggur ni adalah anggur liar, dan saiz dia sebesar bola golf. Fuhhh besarkan? Selain tu, terdapat ekstrak dari Purple carrot, Elderberry dan Knotweed Jepun.
Vivix kaya dengan polifenol, satu phyto-nutrient yang mempunyai manfaat antioksidan yang bertindak menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria. Bestnya Vivix Shaklee ni sebab dia berupaya membaiki dari peringkat sel lagi.
Meh Nadh explain pasal 4 bahan utama dalam Vivix ni ye.
* MUSCADINE GRAPE *
Anggur sebesaq bola golf ni laa antara bahan paling ohsem, berharga macam intan permata dalam tonik ajaib Shaklee, cik Vivixπ
Anggur ni anggur liar, ada 20 kromosom, yang lain ada 19 kromosom ja. Satu kromosom terlebih ni menyebabkan anggur muscadine bersifat antioksidan yang mustajab dan ada fungsi imun yang tinggi untuk manfaat kesihatan.
Antara hasil ekstrak anggur ni adalah resveratrol. Resveratrol tu apa?
Resveratrol adalah phytoalexin, suatu kelas dari antibiotik yang dihasilkan oleh sistem pertahanan tumbuhan dari serangan penyakit.
Manfaat resveratrol banyakkkk. Antaranya, melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, dan merendahkan tekanan darah.
* PURPLE CARROT *
Purple carrot merupakan sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes. Antara kandungan terpenting dalam purple carrot ni adalah anthocyanins, iaitu antioksidan tertinggi.
"Studies have found that these blue and purple pigments in purple carrots can improve memory, enhance vision, protect against heart attacks, act as anti-inflammatories, and even help control weight."
- www.rodalesorganiclife.com-
Wow, boleh kontrol berat badan!. Memang terbaik kan? :)
* ELDERBERRY *
Elderberry ternyata berkesan dalam mengubati simptom flu, terutama influenza B. Flavonoids yang terdapat dalam Berry ni mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkita virus dan bakteria. Ada banyak manfaat elderberry ni tau, bukan setakat melawan flu saja.. Ia juga berkesan melawan jangkitan yis, astma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Bukan tu saja, berry ni jugak membantu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol jahat, iaitu LDL..
* JAPANESE KNOTWEED *
Knotweed Jepun ni jugak mengandungi resveratrol yang tinggi. Bagus untuk anti-penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
Jom kita tengok kelebihan secara keseluruhan Vivix Shaklee pulak.
1. Menggalakkan penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2. Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6. Mengurangkan insiden nyanyuk - merawat alzheimer
7. Membantu merawat penyakit parkinson
8. Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
9. Meningkatkan kesihatan imun badan
10. Menggalakkan kesihatan badan secara keseluruhan
11. Sebagai agen detoks untuk badan.
11. Sebagai agen detoks untuk badan.
Best kan Vivix Shaklee ni? Insha Allah, dengan pengambilan Vivix ni merupakan antara ikhtiar kita untuk mengurangkan simptom penyakit menjadi lebih kronik. Anda masih perlu konsultasi doktor dan mengikut cadangan doktor yang merawat anda.
Bagi yang berminat nak dapatkan Vivix, boleh contact Nad yeπ Konsultasi percuma kepada anda.
Nadhirah
+60132465026
Trusted Shaklee Independent Distributor
Subscribe to:
Posts (Atom)